Konsep Kerjasama
Serantau
Kerjasama serantau adalah satu pakatan yang dibentuk
antara negara-negara berjiran dalam konteks untuk menjaga kepentingan bersama
berdasarkan prinsip "saling menguntungkan". Kerjasama serantau
lazimnya melibatkan kerjasama dalam bidang ekonomi [regional economic
association) yang dianggap sebagai satu integrasi ekonomi antara negara
berjiran. Kerjasama serantau ini akan menerima manfaat dari sifat keterbukaan
dan saling kebergantungan antara negara yang terlibat dalam aspek ekonomi dan
juga geo politik.
Kepentingan
Kerjasama Ekonomi Serantau
Berasaskan prinsip ‘saling menguntungkan’ maka kerjasama
ekonomi serantau penting untuk:
·
Keuntungan dalam konteks aliran
perdagangan antara negara. Amalan dalam liberalisasi perdagangan akan dapat
dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja.
Aliran perdagangan akan lebih adil dengan prinsip timbal-balik
·
Keuntungan daripada segi perluasan
saiz pasaran. Kesan positif perluasan pasaran boleh dinikmati oleh semua negara
anggota menerusi pertambahan penduduk serantau apabila bergabung dan
peningkatan kuasa beli pengguna yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh
dituai ke serata negara. .
·
Keuntungan daripada segi
perkongsian teknologi dan R&D. Perkongsian hasil R&D dan inovasi baru
dalam pelbagai bidang. Negara-negara yang kurang malu teknologinya dalam
sesebuah pakatan kerjasama boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari
negara yang lebih maju apabila kerjasama yang lebih erat wujud.
·
Keuntungan daripada segi
perkongsian pelaburan modal. Perkongsian modal! kewangan dilangsungkan menerusi
pelbagai konsep dan kaedah seperti Pelaburan Silang [Cross investment],
Pelaburan Bersama serta Pelaburan Langsung.
·
Keuntungan dalam konteks
pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam
sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk
kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara, pinjaman tenaga pakar atau
program usaha sama antara universiti.
·
Keuntungan dalam konteks
pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam
sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi pertukaran
maklumat dan teknologi terkini. isu-isu alam sekitar serantau seperti
pencemaran laut. jerebu merentas sempadan, pencerobohan perairan perikanan di luar
daripada ZEE. isu kepupusan sumber marin akan dapat diatasi secara bersama
melalui kerjasama teknikal, tenaga, kewangan, kepakaran dan lain-lain lagi.
Kerjasama Ekonomi
Asia Pasifik (APEC)
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau lebih dikenali
sebagai APEC (Asia Pacific Economic Co-Operation) adalah pertubuhan separuh
rasmi yang dianggotai oleh 21 buah negara. ia melibatkan kerjasama ekonomi
sahaja. Kerjasama ini bersifat terbuka yang membolehkan mana-mana negara yang
dilingkungi oleh lautan Pasifik boleh menganggotainya.
A. Ciri Keanggotaan APEC
·
APEC dianggotai oleh 21 buah negara
dari tiga benua berbeza. Negaranegara itu adalah : Amerika Syarikat Australia
Brunei. Chile, China, Flip/na, Hong Kong. indonesia Jepun, Kanada, Korea
Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand Papua New Guinea. Peru, Russia,
Singapura, Taiwan, Tha/land dan Vietnam.
·
Semua negara ini terletak dalam
Lembangan Pasifik yang berpantaikan Lautan Pasifik.
·
Keseluruhan negara anggota APEC
mempunyai sejumlah 50% dari penduduk dunia, 55% dari hasil pengeluaran dan 40%
dari perdagangan dunia. Sekretariat tetapnya terletak di Singapura.
·
Negara anggota APEC juga terdiri daripada
pelbagai ideologi politik dan ekonomi. Paling jelas ialah pertembungan antara
ideologi demokrasi dan pasaran bebas yang dikepalai oleh Amerika Syarikat, Kanada
dan Jepun dengan ideologi komunis dan sosialis yang diwakili oleh China serta
Rusia. Walaupun berbeza ideologi tetapi mereka bersatu di bawah prinsip dan
pahit APEC.
B. Kepentingan Kerjasama Ekonomi
APEC
·
Meningkatkan aliran perdagangan
antara negara, Konsep liberalisasi perdagangan yang terkandung dalam perjanjian
perdagangan Trans-Pasifik, pastinya akan meningkatkan aliran perdagangan antara
Negara Asia Pasifik apabila masing-masing negara menghapuskan dasar
perlindungan negara masing-masing.
·
Perluasan saiz pasaran. Keadaan
ini dinikmati oleh semua negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk
serantau dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan
boleh dijual ke serata negara.
·
Keuntungan perkongsian teknologi R&D
dan inovasi baru dalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, pembangunan
sumber manusia, telekomunikasi, sumber marin, pelancongan, pengangkutan, dan
sebagainya antara sesama anggota APEC
·
Keuntungan perkongsian modal atau
kewangan dilakukan menerusi pelbagai konsep pelaburan silang, pelaburan bersama,
serta pelaburan langsung dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian.
pelancongan, perindustrian, perkhidmatan, pengangkutan, perhubungan. dan
sebagainya.
·
Pengaliran buruh dan tenaga pakar.
Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara ditampung oleh negara
lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara,
pinjaman tenaga pakar, atau program usaha sama antara universiti menerusi
projek Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Pelbagai Hala Asia Pasifik
C.
Masalah Yang di hadapi oleh APEC
·
Masalah keahlian APEC yang
tersangat luas dan sangat pelbagai. ia terdiri daripada negara maju sehinggalah
ke negara miskin dan ini sudah tentunya menimbulkan masalah identiti di antara
negara-negara anggota.
·
Jurang ekonomi yang ketara antara
sesama negara anggota. Terdapat negara yang terlalu kaya dan ada negara yang
amat miskin. idea globalisasi dan liberalisasi perdagangan membolehkan Negara-negara
kaya seperti Amerika Syarikat dan Jepun mengambil kesempatan melalui kemajuan
teknologinya untuk mengaut keuntungan dan memonopoli ekonomi negara yang lebih
lemah.
·
Masalah politik yang tidak stabil
di kalangan negara anggota. Sesetengah negara Asia Pasifik mengalami masalah
pergolakan politik di wilayah sempadan seperti di Selatan Thailand dan Selatan
Filipina .
·
Masalah kekurangan teknologi dan
kepakaran. Sebahagian besar daripada negara-negara Asia Pasifik berada dalam
kelompok negara sedang membangun dan negara mundur yang masih mempunyai tahap
teknologi yang rendah. ini melambatkan proses globalisasi ekonomi serantau
Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASEAN)
ASEAN adalah sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau
yang terbentuk dalam W"(li/("lh Asia Tenggara yang kini dianggotai
oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara. Akronim ASEAN itu terjelma dari
perkataan Inggeris iaitu Association of Southeast Asian Nations yang boleh
diterjemahkan menjadi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN bergerak
berdasarkan prinsip ZOPFAN iaitu Zon Aman, Bebas dan Berkecuali serta prinsip
tidak campurtangan hal ehwal BOW nGaara-negara ahii.
Bagaimana ASEAN
Mampu Mengurangkan Kesan Negatif Globalisasi Ekonomi di Rantau Asia Tenggara.
·
Mengurangkan monopoli pasaran
barangan dari negara-negara malu melalui penubuhan kawasan pasaran bebas ASEAN
(AFTA).
·
Mengurangkan monopoli pasaran
kewangan ASEAN oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat menerusi
penubuhan Bank ASEAN. Koperasi ASEAN, penggunaan mata wang ASEAN, dan
lain-lain.
·
Dapat mengurangkan kebergantungan
kepada modal dari syarikat multinasional (MNCs) menerusi penggabungan syarikat-syarikat
Negara ASEAN untuk menjadi kongelemerat yang memiliki modal yang kukuh.
·
Mengurangkan dominasi teknologi
dan kepakaran dari negara-negara maju ini dilakukan melalui konsep perkongsian
pintar, konsep saling melengkapi, prinsip menang-menang, langkah pertukaran
teknologi dan inovasi baru. dan latihan tenaga manusia secara bersama dan
bersepadu sesama negara anggota ASEAN.
·
Membendung campur tangan politik
dari negara-!negara malu menerusi prinsip Zon Aman, Bebas. dan Berkecuali
(ZOFPAN), dasar tidak campur tangan negara-negara anggota, seria prinsip
kemakmuran bersama ASEAN.
Kawasan
Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. AFTA ialah
saiu bentuk usahasama dalam kalangan Negara ASEAN untuk mengurangkan atau
menghapuskan iarif/ cukai bagi sesetengah barangan atau produk ASEAN yang
diperdagangkan di kalangan Negara-negara ASEAN itu sendiri.
Menerusi AFTA. maka peningkatan aliran perdagangan intra
ASEAN akan berlaku apabila harga barangan menjadi lebih murah di samping
hubungan pengeluar-pengguna di dalam ASEAN, hubungan perindustrian (pengilang)
sesama negara ASEAN dan hubungan rangkaian pemasaran akan menjadi lebih kukuh
lagi.
Sebab-Sebab AFTA
Ditubuhkan
·
Meningkatkan aliran perdagangan
intra ASEAN melalui penghapusan sekatan/ halangan tariff, penghapusan dasar
perlindungan, peraturan/ birokrasi, cukai yang lebih rendah.
·
Memperbaiki defisit imbangan
perdagangan antara Negara ASEAN mengimbangi import dan eksport antara negara.
·
Memperluaskan pasaran bersama.
Pasaran dalam negara yang mengamalkan pasaran bebas ASEAN boleh ditembusi
apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari saiz pasaran yang
besar melebihi 530 juta orang.
·
Mengurangkan tekanan] ancaman
globalisasi ekonomi. AFTA diwujudkan untuk mengurangkan monopoli pasaran dari
negara-negara maju seperti USA. Eropah. Jepun dll di dalam pasaran ASEAN
-Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan serta mengurangkan ancaman lambakan
produk dari China.
·
Untuk mengelakkan persaingan
produk yang sama di pasaran yang sama. Meningkatkan kerjasama antara pengilang
atau pengeluar dan rangkaian pemasaran dalam konteks pengkhususan pengeluaran,
perkongsian teknologi, dan kepakaran.
·
Saling keuntungan] menikmati
faedah kos berbanding seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah, pengkhususan
dan perkongsian komponen produk. Harga barangan akan menjadi lebih rendah.
Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa ada/ berterusan. Terutama sekali
barangan keperluan harian pengguna seperti produk makanan, pakaian, barangan
elektrik dsb.
Faedah Menyertai
AFTA Oleh Malaysia
a.
Faedah kepada pengguna/ penduduk
·
Harga barangan lebih murah dan
menguntungkan pengguna. ini kerana AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah/
penghapusan cukai bagi sesetengan produk.
·
Pilihan barangan lebih banyak
kepada pengguna. Kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam pasaran AFTA
menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan
·
Menjana peluang pekerjaan melalui
peningkatan aktiviti ekonomi. Kesan positif perluasan pasaran. Permintaan yang
tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap barangan dan perkhidmatan menyebabkan
aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan dan pertanian dipertingkatkan.
b.
Faedah kepada pengusaha/pengilang
·
Keuntungan pengkhususan aktiviti
pengeluaran. AFTA membuka kedasar"3 yang lebih erat antara pengusaha intra
ASEAN untuk menjimatkan kos. mengelak persaingan produk sejenis. meningkatkan
kecekapan pengeluaran dll
·
Keuntungan pembangunan teknologi,
R&D dan kepakaran. Bagi menjamin daya saing produk di pasaran bebas AFTA
maka syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bagi mengeluarkan
barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa pengguna.
c.
Faedah kepada perkembangan ekonomi
Malaysia (ekonomi makro)
·
Meningkatkan aliran perdagangan.
Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan *dagangan ASEAN meningkat kerana boleh
menikmati faedah
·
daripada penghapusan sekatan
perdagangan, dasar perlindungan dan cukai/ tarif yang lebih rendah. Perluasan
pasaran. Saiz pasaran semakin luas/ jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki
saiz pasaran melebihi 530 juta orang.
·
Mengurangkan tekanan globalisasi
ekonomi yang dihadapi Malaysia. AFTA mengurangkan monopoli pasaran dari
negara-negara maju seperti USA. Eropah, Jepun dll di dalam pasaran ASEAN.
No comments:
Post a Comment