Thursday, March 8, 2018

KULIAH 13 KERJASAMA SERANTAU : SEGITIGA PERTUMBUHAN ASEAN

Konsep Segi tiga Pertumbuhan ASEAN

Segi tiga pertumbuhan ASEAN merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kecil di dalam wilayah ASEAN yang melibatkan tiga atau empat buah negara berjiran. Teras kerjasama ini ialah saling memperoleh keuntungan apabila negara-negara yang berjiran saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan kawasan yang telah dipilih. Terdapat tiga kawasan segi tiga pertumbuhan ASEAN yang telah dibentuk iaitu: Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT GT). Indonesia, Malaysia, Singapura (IMS GT) dan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (EAGA BIMP)

Ciri-ciri Segi Tiga Pertumbuhan ASEAN

A.      Segitiga Pertumbuhan : lndonesia Malaysia. Thailand (IMT-GT]

·         IMT-GT meliputi kawasan seluas hampir 200 000 kilometer persegi. Malaysia Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak utara serta Kelantan, Thailand lima wilayah asal di Selatan Thailand dan tiga kawasan baru iaitu Trang, Pattalung, dan Nakhon Sithammarat,  Indonesia dua wilayah di Sumatera Utara.

·         Jumlah penduduk yang terdapat di kawasan segi tiga ini adalah antara 25 juta hingga 26 iuta orang yang kebanyakannya tinggal di luar bandar

·         Ekonomi primer yang meliputi pertanian padi sawah, perladangan getah, dan kelapa sawit, perikanan pinggir pantai, pembalakan, dan perlombongan petroleum dan gas asli

·         Ekonomi sekunder yang meliputi industri memproses seperti industri padi, memproses getah dan minyak sawit, memproses kayu balak dan petrokimia.

·         Ekonomi tertiar yang tertumpu kepada sektor pelancongan seperti perhotelan, resort di Pulau Langkawi, Pulau Phuket, Acheh, dan Danau Toba. Di samping sektor pengangkutan seperti perkhidmatan feri dan perkhidmatan udara.

B.      Segitiga Pertumbuhan : Indonesia Malaysia, Singapura (IMS-GT]

·         Pada peringkat permulaan IMS-GT dikenali sebagai SIJORI iaitu gabungan antara Singapura, Johor. dan Riau.

·         Kini kawasan segi tiga ini diperluaskan meliputi kawasan seperti Bangkahuiu. Jambi, dan Sumatera Barat di Indonesia. Manakala Malaysia pula meliputi Batu Pahat, Muar, Mersing, Gelang Patah, dan Melaka

Kelebihan IMS-GT berbanding dengan segitiga pertumbuhan yang lain.

·         Lokasinya yang hampir dengcm Singapura (negara yang lebih maju). Kesannya limpahan pembangunan di Singapura ke kawasan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan pulau Batam berlaku dengan lebih cepat.

·         Jaminan keselamatan tinggi. Kawasan lMS-GT lebih stabil daripada segi politik. aman dan tidak berlaku tuntutan autonomi wilayah seperti mana di IMT-GT (Selatan Thailand) dan EAGA-BlMP (Selatan Filipina). Keadaan ini mewujudkan iklim pelaburan yang sihat untuk meyakinkan para pelabur menanam medal tanpa risiko keselamatan.

·         Menjadi tumpuan kerajaan. lMS-GT menjadi fokus ke tiga-tiga kerajaan untuk m@WUi'udkan pusat pertumbuhan ekonomi serantau yang baru berasaskan sektor teriier/ kutub pertumbuhan selatan .

·         Galakan dan insentif diberi kepada pelabur dalam dan luar negara IMS-GT untuk menanam modal seperti insentif percukaian, ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dsb.

·         Kawasan sedia malu dengan ekonomi moden. Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sudah bertapak kukuh di kawasan IMS-GT khususnya di Singapura dan Johor Baharu. IMS-GT juga memiliki kemudahan asas yang sudah yang lengkap/ ketersampaian tinggi.

·         Kuasa beli penduduk lebih tinggi. Penduduk di kawasan lMS-GT berpendapatan sederhana/ tinggi yang terdiri dari golongan menengah khususnya dari Singapura dan Johor Baharu. Kuasa beli mereka adalah tinggi. Nilai mata wang (Dollar Singapura) juga adalah tinggi. Kuasa beli tinggi membolehkan mereka berbelanja di kawasan iMS-GT. Contoh penduduk Singapura berbelanja di Johor Baharu dan Batam, indonesia.

·         Keupayaan modal yang banyak. Modal yang banyak dilabur oleh pelabur swasta dari Singapura. China, Kuwait. Berunai dll negara kaya kerana potensi keuntungan yang Tinggi di lMS-GT terutama sekali di Wilayah Pembangunan Iskandar. Modal yang banyak menjamin kepesatan pembangunan sektor perindustrian dan perkhidmatan ~ pelancongan. pendidikan, kesihatan dsb

·         Keupayaan teknologi yang lebih tinggi. Kemajuan teknologi dan R&D yang lebih tinggi dan pesat berbanding dengan kawasan seg itiga yang lain yang diterajui oleh Singapura dan Johor . Industri berteknologi tinggi (Hi-TECH) juga berpengkalan di Singapura. teknologi pelabuhan dan perkapalan dsb.

C.      Segitiga Pertumbuhan  Indonesia, Brunei, Malaysia, Filipina (EAGA BlMP)

EAGA (East ASEAN Growth Area) meliputi kawasan yang terletak di timur ASEAN. Berbeza dengan segi tiga pertumbuhan yang lain EAGA meliputi kawasan yang lebih luas. BIMPEAGA meliputi Kawasan berikut". Brunei Darussalam. Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan irian Jaya bagi indonesia, Sabah, Sarawak, Labuan bagi Malaysia dan Mindanao dan Pahlawan, bagi Filipina.

Terdapat tiga bidang kerjasama yang telah diberi keutamaan dalam EAGA iaitu;

·         Pembangunan sumber alam… khususnya berasaskan sumber pertanian, perladangan, dan sumber pembalakan. Kedua-dua sektor ini paling diutamakan kerana potensi EAGA amat bergantung kepada kekayaan sumber-sumber alamnya yang masih belum diteroka sepenuhnya khususnya di Kalimantan.

·         Pembangunan infrastruktur fizikal dan sumber tenaga terutamanya di Lembah Mindanao yang boleh dianggap sebagai lembah baru pelaburan ekonomi di kawasan timur ASEAN.

·         Pembangunan pelancongan ekologi amat digalakkan kerana kawasan ini menawarkan sumber pelancongan semula ladi yang menarik sama ada pulau. pantai. hutan, dan lain-lain yang jelas belum dimanfaatkan.

Kepentingan Kerjasama Segitiga Pertumbuhan ASEAN

·         Mempercepatkan pembangunan sumber alam seperti sumber hutan. tanah, perikanan, petroleum dan gas asli dll.

·         Mempercepatkan pembangunan infrastruktur asas. seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan. bekalan tenaga elektrik, bekalan air dll

·         Perluasan pasaran dan perdagangan. Perluasan pasaran berlaku melalui pertambahan penduduk apabila segitiga pertumbuhan menggabungkan wilayahwilayah yang berjiran. Kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran setempat boleh dinikmati bersama.

·       Peningkatan pelaburan modal. Kekurangan modal yang dihadapi oleh pihak swasta tempatan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh pihak swasta yang lain dari negara lain yang terlibat dengan pakatan segi tiga berkenaan.

·         Memajukan teknologi. R&D. dan inovasi baru. Negara ASEAN yang masih terkebelakang teknologinya seperti Indonesia dan Filipina akan dapat menikmati keuntungan pemindahan teknologi daripada negara yang lebih maju seperti Singapura dan Malaysia.

·         Memudahkan pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesuatu kawasan segi tiga akan ditampung oleh buruh dan kepakaran negara jiran.

Masalah yang Dihadapi oleh Pakatan Segi Tiaa Pertumbuhan ASEAN

·         Halangan fizikal seperti bentuk muka bumi yang terlalu bergunung ganang dan berpulau menjadikan kawasan ini sukar untuk dimajukan. Kesukaran dalam melakukan perhubungan antara kawasan. Darjah ketersampaian antara tempat menjadi rendah

·         Kekurangan modal yang telah menjejaskan banyak yang telah projek pembangunan di perlaksanaan tiga pertumbuhan ASEAN bawah segi tiga pertumbuhan yang telah dipersetujui sebelumnya

·         Masalah teknologi. Kebanyakan negara anggota mempunyai keupayaan teknologi dan kepakaran yang rendah. Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan projek secara besar-besaran dan terpaksa mengimport teknologi dari luar untuk mengatasi masalah tersebut.

·         Masalah politik dalaman. Masalah politik khususnya berkait dengan tuntutan bertindih antara Negara. Sesetengah kawasan yang dituntut adalah terletak di dalam kawasan segitiga pertumbuhan. Di samping masalah keselamatan seperti ancaman pengganas di Lahad Datu Sabah.

·         Masalah pasaran. Saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli penduduk menjadi rendah dan saiz pasaran menjadi terhad.


No comments:

Post a Comment