Konsep
Ketidakseimbangan Pembangunan Antara Kawasan/Wilayah
Pembangunan yang tidak seimbang bermaksud aras kemaluan
sosioekonomi yang tidak sama rata dicapai dalam sesebuah kawasan atau wilayah.
Terdapat dua keadaan iaitu ada kawasan mundur dan kawasan malu. Perbezaan
indeks sosioekonomi seperti KDNK antara kawasan, pendapatan perkapita, kuasa
beli pengguna, tabungan, taraf kesihatan. tahap pendidikan, kualiti hidup dan
lain-lain biasanya diguna untuk mengukur ketidakseimbangan pembangunan yang
dicapai antara kawasan atau wilayah.
Petunjuk/Bukti
Ketidakseimbangan Pembangunan Antara Kawasan/ Wilayah di Malaysia
A.
Petunjuk Ekonomi
·
Perbezaan KDNK dan Pendapatan
perkapita penduduk antara negeri! wilayah
·
Guna tenaga dan kadar pengangguran
mengikut kawasan/ negeri
·
Petunjuk-petunjuk ekonomi yang
lain seperti tabungan penduduk. kuasa beti pengguna, pola perbelaniaan
pengguna, tenis ekonomi yang diiaiankan sama ada dominasi pertanian atau
perindustrian serta perkhidmatan, keupayaan pinjaman. aliran tunai. pemilikan
harta modal, pemilikan saham, dan lain-lain.
B.
Petunjuk sosial kualiti hidup
·
Taraf kesihatan penduduk
-kemudahan kesihatan, perubatan, bilangan doktor dengan pesakit dil .
·
Taraf pendidikan kadar kenal
huruf, kadar celik teknologi khususnya iCT, jurang digital antara negeri.
·
Kemudahan dan akses sosial. Antara
petunjuknya ialah seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan/
telekomunikasi, pusat-pusat perkhidmatan penduduk, kemudahan rekreasi,
kemudahan awam, dan lain-lain.
C.
Petunjuk demografi
·
Antaranya seperti perbezaan antara
kadar kelahiran, kadar kematian, kadar mortaliti antara negeri/wilayah.
·
Jangka hayat penduduk, struktur
umur penduduk (nisbah golongan muda, dewasa dan tua). nisbah tanggungan
penduduk mengikut kumpulan umur, komposisi tenaga kerja yang produktif dan
tidak produktif.
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Ketidakseimbangan Pembangunan di Malaysia
· Perbezaan bentuk muka bumi dan
tanih. Perbezaan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berbukit-bukau. berlembah
dan berlurah berbanding kawasan yang pamah, rata, datar, dan beralun mempengaruhi
pembangunan pertanian. pelbagai tapak bina, dan ketersampaian yang berbeza
antara sesuatu kawasan, sumber mineral (bijih timah, petroleum dll). sumber
bahan mentah akan lebih maju berbanding dengan kawasan kekurangan sumber alam.
· Faktor Sejarah: Dasar penjajah
."pecah dan perintah" Ketidakseimbangan pembangunan antara kaum
adalah diwarisi oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah pada
zaman sebelum merdeka.
· Kadar perindustrian yang berbeza,
Taburan dan kemaluan ekonomi industri dan rantaian ekonomi yang berkaitan
seperti perkhidmatan tertumpu di jaluran industri pantai barat Semenanjung
Malaysia. Fokus pelaburan atau kemasukan modal masih tertumpu di kawasan
berkenaan.
·
Faktor pembandaran. Perkembangan
bandar juga tertumpu di kawasan-kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia
dibandingkan dengan kawasan lain. Pusat-pusat pertumbuhan ekonomi utama dan
Bandar besar banyak terdapat di kawasan ini.
· Faktor penduduk. Faktor penduduk
meliputi taburan dan kepadatan, saiz atau jumlah, pendapatan perkapita serta
kualiti penduduk atau taraf pendidikan yang berbeza mengikut kawasan (Misalnya
bandar dengan luar bandar). Kemudahan infrastruktur. Faktor-faktor sosial
meliputi kemudahan pendidikan. kemudahan kesihatan, kemudahan asas (prasarana).
dan kemudahan pengangkutan dan perhubungan masih tertumpu di kawasan pantai
barat Semenanjung Malaysia.
Strategi dan
Program Pembangunan Antara Wilayah di Malaysia.
· Program pembangunan in situ.
Program pembangunan insltu mnekankan Pembangunan fizikal desa seperti
penyediaan. kemudahan asas yang lengkap dan sempurna. bekalan elektrik. air,
jalan raya. telekomunikasi. penyediaan rumah rakyat menerusi Program Perumahan
Rakyat termiskin (PPRT) serta menyediakan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi desa
dan pasaran hasil desa.
· Program pembangunan pertanian
bersepadu (IADP). IADP ialah satu pakej pembangunan bersifat kesepaduan yang
menggabung jalinkan segala tenaga, sumber berpotensi, dan agensi bagi memajukan
sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan desa. Antara strategi
yang dirancang di bawah IADP ialah seperti program pembangunan tanah pertanian,
kepelbagaian tanaman. program penanaman semula, dan juga penyatuan saiz dan aset
tani yang tidak ekonomik di bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok}.
· Rancangan pembangunan wilayah
(RPW) secara khusus. Pada era 1970-an Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW)
adalah satu strategi membangunkan wilayah mundurkan berdasarkan konsep
penjanaan sumber alam dan pembangunan tanah baru di kawasan rancangan
penempatan peneroka FELDA atau FELCRA.
· Strategi Pembandaran Desa.
Pembandaran desa bermaksud strategi membandarkan kawasan-kawasan desa yang
berpotensi. Petempatan desa yang dipilih akan dilengkapkan dengan kemudahan
asas dan perkhidmatan 0803 pembandaran mark dijadikannya bandar kecil atau
bandar sederhana.
· Strategi Perindustrian Desa.
Strategi perindustrian desa bermaksud memajukan desa-desa berpotensi dengan
aktiviti perindustrian yang diwujudkan secara aglomerasi (berkelompok). Industri
kecil dan sederhana (IKS) yang berantaian antara satu sama lain dikelompokkan
di sesebuah kawasan khas dan diberi bantuan untuk dimajukan.
· Pemodenan Infrastruktur Desa
Secara Bersepadu Bagi Menigkatkan Kualiti Hidup. Perubahan sesebuah desa di
Malaysia juga berlaku menerusi pemodenan infrastruktur dan sosioekonominya.
Pemodenan infrastruktur fizikal menjadi teras pembangunan insitu.
· Menyediakan Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC). Di bawah RTC semua agensi kerajaan dikelompokkan di bawah
satu bumbung untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk setempat sepanjang
masa. Misalnya kemudahan kesihatan pusat bayaran bil-bil utiliti, agensi
kewangan seperti bank SME, pinjaman TEKUN dll secara bersepadu.
· Memajukan bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) di desa bagi mengurangkan jurang digital antara
bandar dengan desa.
mcm typo laa
ReplyDeleteKemaluan sosioekomomi..HAHAHA
ReplyDeletepetunjuk penganguran ? pendapatan perkapita , KDNK , kemudahan asas ?
ReplyDelete