Thursday, June 3, 2010

Skema Jawapan - Peperiksaan Pertengahan Tahun PPUA 2010

1. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?

Tenaga merujuk kepada keupayaan (1m) untuk menghasilkan sebarang aktiviti (1m). Tenaga diperlukan untuk mengerakkan sesuatu objek (1m) pada sesuatu jarak (1m). Unit untuk mengukur tenaga ialah joule, Btu dan kalori (1m). Tenaga tidak boleh dimusnahkan (1m).

(5 × 1m = 5 markah)

(ii) Nyatakan tiga proses pemindahan tenaga dari matahari ke permukaan bumi.

Aii1 – proses perolakan
Aii2 – proses pengaliran
Aii3 – proses bahangan

(3 × 1m = 3 markah)

(b) Huraikan kesan bahangan suria terhadap proses fizikal yang berlaku di atmosfera bumi.

B1 – proses sejatan
B2 – proses perpeluhan
B3 – proses pemeluwapan dan kerpasan
B4 – pembentukan tekanan udara dan pergerakan angin.

(mana-mana 3 × 3m = 9 markah)

(c) Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

C1 – perpeluhan
C2 – fotosintesis dan pengeluaran makanan
C3 – perbezaan ciri-ciri hutan khatulistiwa & hutan sederhana
C5 – respirasi
C6 – perbezaan jenis dan ciri haiwan di kawasan topika lembap & kawasan sederhana

(mana-mana 4 × 2m = 8 markah)


2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi? [5]

Gempa bumi boleh ditakrifkan sebagai pembebasan tenaga yang berlaku secara tiba-tiba dari pusat gempa dan lazimnya menghasilkan gelombang kejutan yang berpunca daripada sesaran di sepanjang garis gelinciran.

(b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami. [10]

Kejadian gempa bumi dasar laut dan kejadian tsunami mempunyai kaitan yang amat rapat. Biasanya, gempa bumi dasar laut berpunca daripada berlakunya pertembungan atau himpitan antara dua atau tiga plat-plat tektonik. Apabila ini berlaku menyebabkan daya yang kuat terbebas dan ini menjadikan air laut bergelombang lebih daripada biasa. Gelombang air laut yang besar ini menjadi ombak yang amat kuat dan bergerak pada kelajuan yang tinggi ke arah pantai. Ombak besar inilah yang dikenali sebagai tsunami.
Selain itu, gempa bumi dasar laut boleh juga ber¬laku apabila terjadi proses gelinciran plat tektonik. Apabila satu plat tektonik tergelincir maka daya terhasil dengan kuat. Daya yang kuat ini akan terbebas melalui kawasan gelinciran tersebut dan bebas ke atas memasuki air laut. Daya ini mampu menghasilkan gelombang yang tinggi dan bergerak ke kawasan pantai sebagai tsunami atau ombak besar.
Gempa bumi dasar laut boleh juga berlaku apabila berlaku kejadian pemisahan antara dua atau tiga plat tektonik di dasar taut. Kejadian ini menyebabkan ruang besar antara plat tektonik dan menyebabkan pergerakan air laut memasuki kawasan tersebut. Pada masa yang sama wujud daya yang kuat dan daya ini akan berusaha mencari jalan keluar dari¬pada kawasan pemisah plat-plat tektonik tersebut. Daya yang kuat ini akhirnya menolak semula air laut yang memasuki kawasan pemisah tadi ke atas dan menjadikan gelombang kuat atau tsunami yang bergerak ke arah pantai di permukaan laut.

(c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia. [10]

Kesan penting yang dibawa oleh kejadian tsunami terhadap alam sekitar manusia ialah kemusnahan harta benda. Apabila ombak besar melanda kawasan-kawasan perumahan atau bandar seperti bandar Acheh, menyebabkan harta benda manusia seperti rumah, bangunan kerajaan, kereta dan sebagainya hilang dan musnah. Keadaan ini turut menyebabkan ke¬musnahan yang ketara kepada infrastruktur sesebuah bandar. Sistem jalan raga, paip air, perhubungan dan sebagainya akan musnah dan dengan itu menyebab¬kan penduduk mengalami kesukaran bergerak dan berhubung antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Kejadian tsunami juga menyebabkan kematian dan kecederaan. Kejadian tsunami yang melanda bandar Acheh telah menyebabkan beratus ribu nyawa manusia terkorban dan tidak kurang juga yang tercedera. Usaha membersihkan kawasan yang dilanda tsunami mengambil masa yang lama dan dengan itu, bangkai-bangkai binatang dan mayat-¬mayat yang bertaburan boleh menyebabkan ber¬lakunya penyebaran atau wabak penyakit. Di sam¬ping, itu ramai penduduk yang kehilangan anggota keluarga dan saudara mara. Keadaan ini mening¬galkan kesan atau gangguan psikologi atau trauma yang amat besar kepada mereka yang terselamat.
Tsunami juga menyebabkan kawasan-kawasan pertanian, perniagaan musnah dan ini menjadikan manusia kehilangan mata pencarian. Bagi sesebuah negara, kejadian tsunami ini boleh menyebabkan gangguan ekonomi yang amat ketara. Ramai manu¬sia akan menganggur dan dengan itu memungkin¬ kan meningkatnya gejala penyakit sosial yang ketara seperti mencuri, merompak dan sebagainya.

3. (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa? [5]

Luluhawa ialah proses pemecahan, peleraian, pereputan dan penguraian batuan di permu¬kaan bumi atau hampir permukaan bumi secara in situ menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa.

(ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi luluhawa kimia di sesuatu kawasan. [10]

Faktor fizikal yang mempengaruhi luluhawa kimia:
• Bentuk muka bumi/aspek
- aktif di kawasan bercerun berbanding dengan kawasan yang bentuk muka buminya rata
- batuan di kawasan bercerun sentiasa terdedah kepada agen-agen luluhawa kerana bahan-bahan regolit yang ter¬luluhawa tidak kekal lama di kawasan tersebut (sentiasa dipindahkan oleh agen hakisan seperti air mengalir, glasier)
- cerun yang menghadap angin lazim akan menerima jumlah hujan tahunan yang lebat berbanding cerun yang membela¬kangi arah tiupan angin-giat luluhawa
• Suhu sentiasa tinggi sepanjang tahun (Kha¬tulistiwa, purata suhu 27 °C)-luluhay. a kimia aktif sepanjang tahun, kenaikan suhu sebanyak 1 °C-meningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10%
• Hujan-bekal sumber air untuk tindak balas kimia dalam proses luluhawa (larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis)
• Jenis batuan-batuan berbeza, daya keta¬hanan yang berbeza contohnya, batuan lembut (batu kapur) lebih mudah terluluhawa melalui proses larutan dalam luluhawa kimia manakala batuan yang lebih keras (feldspar) sukar terluluhawa
• Tumbuh-tumbuhan-bekal asid, gas-gas dan sebatian kimia dilarutkan oleh air hujan lalu membentuk asid karbonik lemah yang bertindak balas dengan batuan seperti bate kapur dan dolomit

(iii) Jelaskan kesan luluhawa kimia terhadap pembentukan landskap dan aktiviti manusia. [10]

Kesan luluhawa kimia kepada pembentukan landskap dan aktiviti manusia:
Pembentukan landskap
• Pandang darat batu kapur (karst)-tindak balas antara kalsium karbonat dalam batu kapur dengan air hujan (asid karbonik) menghasilkan kalsium bikarbonat mem¬bentuk muka bumi gua batu kapur (stalaktit, stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah dan sebagainya) contohnya, Gua Niah dan Batu Caves
• Pembentukan tanah laterit-aktiviti peng¬oksidaan, batu igneus yang ada kandungan besi (ferum) terdedah kepada air dan oksi¬gen bertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya
• Pembentukan tanah liat putih (kaolin)¬luluhawa kimia melalui proses hidrolisis, batuan akan menyerap air dan bertindak balas dengannya menyebabkan mineral tersebut menjadi lemah contohnya, tindak balas antara air dengan mineral dalam batu granit iaitu felsfar
• Pembentukan tors dan bornhard-tors¬tunggul-tunggul mereput kerana mengalami proses gondolan akibat luluhawa kimia dan hakisan; bornhard-tonjolan-tonjolan (bon¬jolan) batuan yang timbul dari dalam bumf setelah batuan di sekitar kawasan tersebut terluluhawa dan kemudiaannya dihakis dan diangkut oleh air
• Pembentukan regolit yang tebal-longgar/ peroi akibat aktiviti luluhawa kimia, semakin tebal lapisan ini menunjukkan semakin aktif luluhawa kimia di kawasan tersebut seperti di Kepulauan Borneo mempunyai lapisan regolit setebal 50-100 meter
Kesan kepada aktiviti manusia
• Kegiatan pertanian-bahan regolit yang tebal-subur untuk kegiatan pertanian con¬tohnya, tanah laterit-sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit
• Kegiatan perindustrian-tanah liat (kaolin)¬industri tembikar
• Kegiatan pelancongan-pandang darat karst-pemandangan yang menarik dan unik

3. (b) Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kawasan pantai,
(i) terangkan bagaimana anda menentukan zon tindakan ombak di pantai berkenaan. [4]

Kaedah menentukan zon tindakan ombak:
• Memerhati dan menanda takat air pasang
• Memerhati dan menanda takat air surut

(ii) nyatakan tiga bentuk muka bumi hakisan yang terdapat di situ. [3]

Tiga bentuk muka bumf hakisan:
• Beting pasir
• Teluk dan tanjung
• Pantai berpasir

(iii) jelaskan cara-cara ombak menghakis pinggir pantai tersebut. [8]

Cara-cara ombak menghakis pantai:
• Menghakis secara hidraul-damparan ombak memampatkan udara dalam rongga batuan
• Menghakis secara lelasan-bahan muatan ombak melelas batuan pantai
• Menghakis secara larutan-air melarutkan mineral batuan pantai
• Menghakis secara lagaan-muatan ombak berlanggar dengan batuan pantai

(iv) huraikan pengaruh bentuk muka bumi pinggir pantai tersebut kepada kehidupan penduduk di kawasan tersebut. [10]

Pengaruh bentuk muka bumi pinggir pantai:
• Beting pasir-petempatan
• Teluk-kawasan tangkapan ikan/akuakultur
• Tanjung-membina rumah api/jeti pendaratan ikan
• Pantai berpasir-kawasan pelancongan/ rekreasi/sukan air Jana keghatan ekonomi penduduk setempat


4. (a) Huraikan maksud aliran lumpur. [4]

Aliran lumpur ialah:
• Pergerakan lumpur yang menuruni cerun. la ter¬diri daripada campuran tanih dan air yang ber¬lebihan terutamanya selepas berlakunya hujan lebat dalam masa yang lama

(b) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya aliran lumpur? [9]

Aliran lumpur berlaku disebabkan oleh:
• Bahagian bukit atau kawasan tadahan terdedah oleh aktiviti pembalakan hingga gondol. Hal ini menyebabkan is mudah terhakis oleh agen-agen hakisan
• Berlaku hujan lebat yang lama hingga kandungan lembapan tanih begitu banyak
• Kedudukan dan pembentukan tanih di atas batuan dasar yang tidak mantap

(c) Huraikan impak aliran lumpur terhadap alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal. [12]

Impak aliran lumpur
• Impak terhadap alam sekitar manusia
- berpotensi menyebabkan kehilangan nyawa dan kecacatan
- meningkatkan perasaan trauma dan masalah psikologi lain
• Impak terhadap alam sekitar fizikal
- meningkatkan masalah hakisan
- menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar fizikal semula jadi
- berlaku proses pemendapan berlebihan di kawasan tanah rendah
- pembentukan alur atau aliran lumpur

5. Apakah yang dimaksudkan dengan cuaca dan iklim? [5]

• Cuaca ialah pemerhatian terhadap fenomena cuaca seperti kerpasan, suhu, kelembapan dan angin yang bersifat mikro dan setempat. Cuaca bersifat dinamik dan sukar diramal.
• Iklim ialah unsur-unsur fenomena cuaca seperti kerpasan dan suhu. Ia diperhatikan dalam tempoh masa yang lama. Ia berskala besar merangkumi kawasan yang luas.

(b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca di Malaysia. [10]

Faktor-faktor yang mempengaruhi cuaca di Malaysia:
• Kedudukan hampir dengan garisan khatulistiwa
• Keadaan angin
• Kelautan
• Ketinggian sesuatu tempat dari aras laut
• Pegaruh aktiviti manusia

(c) Adakah aktiviti manusia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi iklim dan cuaca di sesuatu kawasan? [10]

Aktiviti manusia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi iklim dan cuaca di sesuatu kawasan:
• Perindustrian
• Pengangkutan
• Pembukaan kawasan pertanian
• Pembandaran
• Pembalakan

6. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu? [5]

Jerebu ialah partikel kecil yang terapung di udara dalam skala yang besar. Ia berlaku disebabkan oleh berlakunya kebakaran hutan, letusan gunung berapi. Jerebu atau partikel halus akan berlaku dalam tempoh masa yang lama dan akan hilang apabila adanya pengaruh angin atau hujan.

(b) Huraikan tiga faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu. [10]

Tiga faktor utama yang menyumbang kepada masalah jerebu:
• Pembakaran hutan
• Pembebasan asap kenderaan bermotor
• Letusan gunung berapi

(c) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu. [10]

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu:
• Penguatkuasaan undang-undang melarang pembakaran terbuka
• Pemeriksaan kenderaan bermotor yang melebihi lima tahun secara berkala oleh PUSPAKOM
• Penggunaan bahan api mesra alam - BIOFEUL
• Pengangkutan mesra alam – komuter dan LRT
• Kempen – kurangkan pembakaran terbuka dan galakan penggunaan kenderaan awam


7. (a) Berdasarkan Jadual 1, Jadual 1, lukiskan graf yang sesuai untuk mengambarkan imbangan air di Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 2002. [10]

Graf garis. Penting disertakan perkara-perkara berikut;
• Tajuk: Imbangan Air di Jelebu, Negeri Sembilan pada Tahun 2002.
• Label tajuk kecil dan unit iaitu kerpasan dan sejatan (mm)
• Skala yang sesuai iaitu 1 cm=20 mm
• Petunjuk
• Plotan poin-poin iaitu 24 poin dengan jelas


(b) Terangkan pola imbangan air pada graf yang telah anda lukiskan untuk soalan 7 (a). [5]

Pola imbangan air pada graf yang dilukis ialah;
• Imbangan air tidak sekata – kurangan air lebih ketara
• Lebihan air berlaku dari bulan Dis – Mac
• Kurangan air berlaku dari April – Nov

(c) Jelaskan kesan-kesan fenomena kurangan air terhadap alam sekitar fizikal [10]

Kesan-kesan fenomena kurangan air terhadap alam sekitar fizikal – kemarau;
• Menggalakkan proses hakisan oleh angin
• Menggalakkan berlakunya kebakaran hutan
• Menggalakkan berlakunya jerebu dan pencemaran udara
• Kemerosotan isipadu air dalam sistem saliran
• Kelembapan udara rendah
• Mengancam hidupan akuatik


8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sejatpeluhan? [5]

Sejatpeluhan bermaksud proses pengangkatan air ke atmosfera membentuk wap air melalui sejatan dari badan air dan perpeluhan dari tumbuhan

(b) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatpeluhan. [10]

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatpeluhan;
• Dipengaruhi oleh kadar kelembapan permukaan tanah dan tumbuhan
• Dipengaruhi oleh suhu ambien yang berada di atas permukaan bumi dan tumbuhan
• Tanah mempunyai kadar kelembapan yang mencukupi
• Bahang suria yang mencukupi
• Aliran atau pergerakan udara yang mencukupi bagi membolehkan kadar sejatpeluhan berlaku

(c) Jelaskan kesan kekurangan kandungan kelembapan udara terhadap kegiatan manusia seharian. [10]

Kesan kekurangan kandungan kelembapan udara terhadap kegiatan manusia seharian;
• Kekurangan kandungan kelembapan boleh meningkatkan kadar ketidakselesaan manusia dan seterusnya mengurangkan kegiatan seharian
• Boleh melembapkan pergerakan manusia kerana keadaan menjadi panas apabila kandungan kelembapan semakin kurang
• Cepat berasa dahaga dan dengan itu melemahkan manusia dan berkurangnya daya kegiatan manusia
• Cepat berpeluh dan ini mengurangkan kandungan air dalam badan sekiranya tidak membanyakkan minum air dan seterusnya melemahkan manusia
• Menyebabkan manusia cepat letih dan berasa lesu dan malas.

Tugasan Cuti Sekolah - PPUR

Soalan 1

a) Takrifkan konsep sistem bumi. [5]
b) Jelaskan pergerakan bumi di dalam sistem suria. [8]
c) Huraikan 4 subsistem yang terdapat dalam sistem bumi. [12]

Soalan 2

a) Takrifkan konsep tenaga. [5]
b) Terangkan perbezaan antara tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik. [8]
c) Bincangkan pengaruh tenaga suria terhadap alam sekitar fizikal dan kehidupan manusia. [12]

Cuti2 Cameron 2013

Cuti2 Cameron 2013 Slideshow: Asmawi’s trip to Cameron Highlands was created with TripAdvisor TripWow!

Hari Keluarga Janda Baik, Bentong, Pahang 2011

Hari Keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Slideshow: Asmawi’s trip to Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

TRIP TO LANGKAWI

Trip to Langkawi, Kedah Slideshow: Asmawi’s trip from Pahang, Malaysia to Langkawi was created by TripAdvisor. See another Langkawi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.