Saturday, April 21, 2018

Tema Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar


Tema Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar



Sektor Ekonomi Primer

 


Ekonomi Primer




1.  Ekonomi primer merujuk kepada aktiviti peringkat utama seperti aktiviti ekonomi yang berasaskan pertanian, perikanan, perhutanan dan perlombongan.

2.  Antara kepentingan sektor primer kepada negara ialah:



Kepentingan
Jenis-jenis sektor ekonomi primer
Pertanian
Perikanan
Perhutanan
Perlombongan
Membekalkan sumber makanan dan tenaga
Beras ialah makanan ruji penduduk Malaysia.
Membekalkan sumber protein daripada hasil tangkapan seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya
Buah-buahan serta hasil hutan seperti durian dan petai.
Sumber petroleum digunakan untuk bahan bakar kenderaan.
Menyediakan peluang pekerjaan
Bekerja sebagai petani dan pengurus lading. Melalui pekerjaan ini, dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan mengurangkan pengangguran.
Bekerja sebagai nelayan dan pemborong ikan. Melalui pekerjaan ini dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan mengurangkan pengangguran.
Bekerja sebagai pembalak dan pemandu lori. Melalui pekerjaan ini dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan mengurangkan pengangguran.
Bekerja sebagai pengurus dan pegawai geologi. Melalui pekerjaan ini dapat meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan mengurangkan pengangguran.
Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Mengeksport minyak sawit ke India. Pertukaran mata wang asing memberi keuntungan kepada negara.
Mengeksport sumber perikanan seperti ikan dan sebagainya ke Singapura. Pertukaran mata wang asing memberi keuntungan kepada negara.
Mengeksport papan lapis ke Jepun. Pertukaran mata wang asing memberi keuntungan kepada negara.
Mengeksport petroleum dan gas asli ke Jepun. Pertukaran mata wang asing memberi keuntungan kepada negara.




Kepentingan
Jenis-jenis sektor ekonomi primer
Pertanian
Perikanan
Perhutanan
Perlombongan
Kesan pengganda
Memajukan sektor pemprosesan, perkhidmatan dan pelancongan (agro
pelancongan)
Memajukan sektor pemprosesan, dan perkhidmatan

Memajukan sektor pemprosesan, perkhidmatan dan pelancongan (ekopelancongan)
Memajukan sektor pemprosesan,dan perkhidmatan

Meningkatkan tekonologi
Penggunaan teknologi jentera penuai, baja kimia dan biji benih yang mempunyai daya tahan penyakit dan cepat matang.
Penggunaan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), kapal besar dan echo sounder bagi mengesan kedudukan ikan
Penggunaan helicopter dan remote sensing bagi mengesan jenis tumbuhan di sesuatu kawsan hutan
Penggunaan remote sensing dapat mengesan jenis tanih dan taburan mineral.
Menggalakkan urbanisasi
Kawasan luar bandar bertukar menjadi bandar baharu seperti Jengka, Pahang
Kawasan luar bandar bertukar menjadi bandar baharu seperti Batu Maung, Pulau Pinang
Kawasan luar bandar bertukar menjadi bandar baharu seperti Sandakan, Sabah
Kawasan luar bandar bertukar menjadi bandar baharu seperti Kerteh, Terengganu.



Sektor Pertanian




Aktiviti pertanian di Malaysia dibahagikan kepada pertanian pindah yang diamalkan oleh penduduk asal pedalaman, pertanian sara diri khusus dalam pengeluaran padi, pertanian ladang kelapa sawit, getah dan koko serta pertanian tanah tinggi.



Ciri-ciri
Jenis-jenis pertanian
Pertanian pindah
Pertanian sara diri
Pertanian ladang
Pertanian tanah tinggi
Lokasi/
taburan
Pedalaman Sabah, Sarawak dan Pahang
Luar bandar dan di dataran aluvium atau lembangan sungai
Luar bandar, kawasan beralun atau berbukit
Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Kundasang, Sabah.




Ciri-ciri
Jenis-jenis pertanian
Pertanian pindah
Pertanian sara diri
Pertanian ladang
Pertanian tanah tinggi
Skala operasi
Dijalankan secara kecil-kecilan dan saiz keluasan kurang daripada tiga ekar
Giat dijalankan pada sesuatu kawasan, keluasan tanah kurang daripada tiga ekar milik keluarga.
Dijalankan secara ekstensif dan keluasan melebihi 100 ekar
Dijalankan secara intensif
Orientasi pengeluaran
Diusahakan untuk kegunaan keluarga sahaja.
Hasil untuk kegunaan sendiri, lebihan hasil akan dijual.
Dieksport ke luar negara.
Hasil dijual dan dieksport ke luar negara.
Penggunaan teknologi
Peralatan tradisional seperti cangkul, tajak dan tugal.
Peralatan tradisional seperti cangkul digunakan. Teknologi moden diperkenalkan oleh kerajaan seperti jentera penuai dan baja kumia.
Peralatan moden sepenuhnya seperti penggunaan jentera, biji benih berkualiti, baja kimia dan racun serangga.
Peralatan moden sepenuhnya seperti penggunaan jentera, biji benih berkualiti, baja kimia dan racun serangga.
Tenaga buruh
Ahli keluarga dan saudara-mara
Ahli keluarga, saudara-mara dan sedikit buruh yang diupah.
Buruh upah sepenuhnya dan ada pengkhususan pekerjaan. Buruh diambil dari negara luar seperti Bangladesh.
Buruh upah sepenuhnya dan ada pengkhususan pekerjaan. Buruh diambil dari negara luar seperti Bangladesh.
Modal
Sangat sedikit dan kecil
Sedikit daripada simpanan sendiri atau meminjam daripada saudara-mara. Terdapat juga bantuan modal daripada kerjaan
Besar daripada pelaburan syarikat dan pinjaman bank
Besar daripada pelaburan syarikat dan pinjaman bank






Kesan Pertanian ke atas Alam Sekitar Fizikal




1        Amalan tebang dan bakar, penggunaan racun serangga dan rumpai serta pembakaran jerami menghasilkan asap dan bau yang mengandungi bahan-bahan pencemar seperti karbon dioksida dan bahan terampai di udara. Pembakaran terbuka boleh menyebabkan jerebu. Penerokaan untuk pertanian ladang dan pertanian pindah akan memusnahkan hutan semula jadi. Lebih banyak bahang matahari sampai ke permukaan bumi dan kelembapan udara semakin berkurang menyebabkan suhu persekitaran meningkat.

2        Penggunaan baja kimia dan racun serangga akan dibawa ke sungai berhampiran semasa hujan lebat. Penggondolan tanah menyebabkan bahan regolit turut dibawa oleh air larian permukaan ke sungai berhampiran. Air sungai bertukar warna menjadi kekuningan dan menjadi cetek disebabkan bahan pemendapan.

3        Penerokaan hutan untuk pertanian mendedahkan permukaan tanah dengan agen hakisan seperti air. Struktur tanah menjadi longgar dan mudah dihakis serta boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan cerun.

4        Penebangan hutan untuk pertanian juga menyebabkan tumbuhan semula jadi dan habitat hidupan liar musnah dan berpindah ke tempat Iain atau mati.



Usaha-usaha Memodenkan Sektor Pertanian




1       Penggunaan peralatan yang moden seperti jentera pembajak, baja kimia dan racun serangga, biji benih yang tahan penyakit dan cepat matang diperkenalkan kepada petani bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

2        Menyatukan saiz tanih yang tidak ekonomik untuk diuruskan secara komersial dan sistematik seperti ladang terutamanya bagi pekebun kecil getah.

3        Menyediakan semua infrastruktur pertanian yang melibatkan semua agensi berkaitan pembangunan luar bandar. Tanih diurus secara bersepadu dan berjadual terutama bagi tanaman padi.

4        Menubuhkan pusat transformasi luar bandar atau RTC (Rural Transformation Centre) yang menjadi pemangkin pemb.angunan luar bandar terutama sektor pertanian.

5       Penyelidikan dan pembangunan: memperkenalkan kaedah pertanian baharu seperti hidroponik, benih klon, pengubahsuaian tisu kultur dan bioteknologi pertanian. la membantu meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pengeluaran.

6       Aktiviti ini sentiasa dipengaruhi oleh perubahan permintaan pasaran, perubahan dalam penyelidikan yang melibatkan pembiakbakaan, pengubahsuaian tisu, teknologi nano dan transgenetik.



Sektor Perikanan




Di Malaysia, sektor perikanan terbahagi kepada empat jenis, iaitu perikanan pinggir pantai, perikanan laut dalam, perikanan air tawar dan perikanan akuakultur. Setiap jenis perikanan mempunyai ciri-ciri tersendiri membabitkan lokasi tangkapan, skala operasi, penggunaan buruh, teknologi dan modal.




Ciri-ciri
Jenis-jenis perikanan
Perikanan pinggir pantai
Perikanan laut dalam
Perikanan air tawar
Perikanan akuakultur
Lokasi/
taburan
Di sepanjang pantai Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu
Aktiviti tangkapan di Laut China Selatan, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi
Di sungai dan tasik seperti Sungai Pahang dan Tasik Chini
Di kolam kawasan tebus guna paya bakau dan sangkar di muara sungai atau pantai terlindung
Skala operasi
Kurang 20 batu nautika dari pantai
Melebihi 20 batu nautika dari pantai
Kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri atau keluarga
Untuk pasaran dalam dalam dan luar negara
Orientasi pengeluaran
Kecil-kecilan, hasil untuk kegunaan sendiri dan lebihan akan dijual
Berorientasi pasaran dalam dan luar negara terutamanya di Singapura dan Taiwan
Kecil-kecilan, hasil untuk kegunaan sendiri dan lebihan akan dijual
Berorientasi pasaran dalam dan luar negara terutamanya di Singapura dan Taiwan.
Penggunaan teknologi
Tradisional seperti sampan, jaring, pancing dan pukat
Moden dengan kapal besar yang dilengkapi GPS dan bilik dengan beku
Tradisional seperti sampan dan pancing
Moden, mengikut jadual pemakanan ikan dan penjagaan kualiti air dan ternakan
Buruh
Ahli keluarga dan saudara-mara
Mengupah buruh asing kebanyakan dari Thailand
Ahli keluarga dan saudara-mara
Mengupah pekerja asing
Modal
Modal sendiri atau dipinjam daripada saudara-mara. Terdapat juga bantuan modal daripada kerajaan.
Modal yang diperlukan besar untuk membeli peralatan menangkap ikan. Terdapat juga pinjaman daripada bank dan koperasi
Modal sendiri atau dipinjam daripada saudara-mara. Terdapat juga bantuan modal subsidi daripada kerajaan.
Besar untuk penyediaan kolam, sangkar, benih dan makanan



Perikanan bukan sahaja membekalkan sumber protein kepada penduduk, malah ia juga mampu menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan negara, merangsang sektor ekonomi Iain, menggalakkan perkembangan teknologi dan menyediakan kemudahan infrastruktur. Namun aktiviti in juga mendatangkan kesan ke atas alam sekitar fizikal dan manusia.



Kesan Aktiviti Perikanan ke atas Alam Sekitar



1          Pembuangan minyak hitam akibat dari pengoperasian semasa pencucian tangki kapal dar tumpahan minyak mencemarkan laut atau muara sungai. Hidupan akuatik terjejas dan mati.

2          Penerokaan kawasan paya bakau untuk pembinaan jeti dan kolam ikan akan menyebabkar tumbuhan semula jadi paya bakau musnah dan pupus.

3          Penerokaan kawasan paya bakau akan menjejaskan ekosistem paya manakala penggunaan puka di kawasan batu karang pula akan memusnahkan habitat ikan. Hal ini akan menyebabkan kawasar pembiakan ikan turut terjejas.



Isu dan Masalah Sektor Perikanan



1          Produktiviti semakin menurun kerana berpunca daripada penangkapan berlebihan dan kemusnahar kawasan habitat ikan. Jumlah nelayan pinggir pantai juga terlalu ramai menyebabkan eksploitas berlebihan sumber perikanan.

2          Perluasan Zon Ekonomi Eksklusif yang dilakukan oleh negara-negara jiran di kawasan lautar menyebabkan kawasan penangkapan semakin terhad.

3          Persaingan antara nelayan tempatan dengan nelayan negara jiran sehingga berlaku pertelingkahar dan mengancam nyawa nelayan.

4          Kekurangan tenaga buruh muda kerana golongan muda tidak berminat untuk menjadi nelayan. Ha ini adalah kerana pekerjaan ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap, berpanas dan terdeda kepada ancaman laut bergelora.



Sektor Perhutanan



Malaysia memiliki hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan pokok kayu keras seperti cengal meranti,nyatuh dan keruing. Hutan hujan tropika merupakan hutan yang tertua di dunia dan memilik kepelbagaian biodiversiti termasuklah flora dan fauna. Penerokaan hutan hujan semula jadi banyaP mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar khususnya ke atas alam sekitar fizikal yanc mendatangkan kesan ke atas sistem hidrologi, atmosfera, geomorfologi dan biosfera.



Kesan Penerokaan Hutan ke atas Alam Sekitar Fizikal



1          Fungsi hutan sebagai penyerap bahangan matahari tidak berfungsi kerana hutan telah musnah Tanah menerima pancaran matahari secara terus telah menyebabkan peningkatan bahangan (suhu setempat menjadi lebih panas). Kemusnahan hutan juga mengganggu keseimbangan gas-gaf semula jadi. Karbon dioksida bertambah manakala pengeluaran oksigen terganggu.

2          Proses transpirasi terganggu menyebabkan kadar kelembapan udara juga terganggu. Hal ini akar mengurangkan pembentukan awan sekali gus mengurangkan jumlah hujan. Proses sejat-peluhar giat berlaku kerana bahangan matahari bertambah. Tanah cepat kehilangan air menyebabkan ai tanih berkurang dan kering. Sungai pula menjadi cetek dan kering terutamanya ketika musin kemarau. Tanah telah terdedah kepada air larian permukaan. Sewaktu hujan Jebate regolit dibawa ai larian ke sungai berhampiran menyebabkan air sungai bertukar warna keruh kekuningan dan banyal bahan cemar. Kejadian banjir lebih kerap kerana curahan hujan tidak lagi dihalang

3          Tanah lebih terdedah agen hakisan dan struktur tanih longgar kerana tiada akar tumbuhan mengikat tanih. Hujan lebat menghakis tanih dan menyebabkan kejadian tanah runtuh terutama di cerun.

4          Tumbuhan semula jadi di tebang manakala pokok kecil mati. Hidupan liar turut pupus kerana habitat terganggu. Hubungan antara pengeluar dengan pengguna terjejas. Ekosistem mengalami gangguan teruk sehingga membentuk ekosistem lain selepas penerokaan hutan. Oleh kerana kesan besar yang diperoleh akibat penerokaan tersebut, langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan menjadi semakin penting. la melibatkan langkah perundangan, pengurusan strategik serta kempen dan pendidikan.



Sektor Perlombongan




Sumber perlombongan yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada sumber mineral dan sumber bukan mineral. Contoh sumber mineral seperti bijih timah, bijih besi dan emas manakala sumber bukan mineral pula terdiri daripada sumber tenaga seperti petroleum, gas asli dan bukan tenaga seperti pasir silika, lempung (tanah liat) dan batu kapur.



Kesan Aktiviti Perlombongan ke atas Alam Sekitar Fizikal




1          Kerja-kerja cari gali tembaga dan pengangkutan hasil lombong menyebabkan debu-debu tanah, pasir dan asap kenderaan mencemarkan udara. Kawasan perlombongan tembaga/bijih timah digondolkan. Tiada tanaman tutup bumi menyebabkan bahangan matahari lebih banyak. Kawasan menjadi lebih panas. Perlepasan haba di loji penapisan petroleum dan gas turut meningkatkan suhu setempat.

2          Aktiviti pembersihan bijih timah, pasir dan tembaga menyebabkan air sungai tercemar. Perlanggaran kapal tangki dan kebocoran saluran paip di tengah laut juga menyebabkan air laut tercemar.

3          Pembersihan hutan untuk dijadikan kawasan perlombongan meningkatkan kadar sejatan, air tanah menyusut dan kawasan tadahan terjejas.



Kesan kepada alam sekitar fizikal
Jenis-jenis sektor ekonomi primer
Pertanian
Perikanan
Perhutanan 
Perlombongan
Kesan ke atas atmosfera
·     Pencemaran udara – kaedah tebang dan bakar, pembakaran jerami dan semburan bahan kimia
·     Peningkatan suhu setempat

·         Pencemaran udara – proses pengangkutan menghasilkan debu tanah dan perlepasan karbon dioksida
·      Peningkatan suhu setempat
·       Pencemaran udara
·       Peningkatan suhu




Kesan kepada alam sekitar fizikal
Jenis-jenis sektor ekonomi primer
Pertanian
Perikanan
Perhutanan 
Perlombongan
Kesan ke atas hidrosfera
·     Pencemaran air
·     Kitaran hidrologi terganggu
·     Banjir
·     Kemarau
Pencemaran air
·         Pencemaran air
·         Kitaran hidrologi terganggu
·         Banjir
·         Kemarau
·         Pencemaran air
·         Kitaran hidrologi terganggu
·         Banjir
·       Kemarau
Kesan ke atas geomorfologi
·     Hakisan tanih
·     Tanah runtuh
·     Tanah tandus

·           Hakisan tanih
·           Tanah runtuh
·           Tanah tandus 
·           Hakisan tanih
·           Tanah runtuh
·           Tanah tandus 
Kesan ke atas biosfera
·     Kepupusan flora dan fauna
·     Kemusnahan habitat dan rantaian makanan
·     Kepupusan flora dan fauna
·     Kemusnahan habitat dan rantaian makanan
·     Kepupusan flora dan fauna
·     Kemusnahan habitat dan rantaian makanan
·     Kepupusan flora dan fauna
·     Kemusnahan habitat dan rantaian makanan



Langkah Mengurangkan Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar



Aktiviti
Langkah-langkah kawalan
Perundangan
Pengurusan strategik
Kempen dan pendidikan
Pertanian
·      Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
·      Kuatkuasakan akta oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan
·      Tangkap, dakwa di mahkamah dan denda
Langkah kejuruteraan
·    Membina gabion dan groin, menyimen cerun, membina saliran untuk mengelakkan hakisan
Langkah bukan kejuruteraan
·    Tanaman hidroponik
·    Tanaman bergilir
·    Tanaman mengikut kontur
·    Kawalan biologi
·    Penggunaan baju organik
·      Kempen melalui media dengan slogan seperti ‘Cintailah Sungai Kita’
·      Pendidikan alam sekitar di semua peringkat persekolahan



Aktiviti
Langkah-langkah kawalan
Perundangan
Pengurusan strategik
Kempen dan pendidikan
Perikanan
·      Akta perikanan
·      Kuat kuasakan akta daripada Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan
·      Tangkap, dakwa di mahkamah dan denda.
Pemeliharaan ikan dalam sangkar
·      Kempen melalui media dengan slogan seperti ‘Cintailah Sungai Kita’
·      Pendidikan alam sekitar di semua peringkat persekolahan
Perhutanan
·      Akta Perhutanan
·      Kuatkuasakan akta oleh Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa tempatan
·      Tangkap, dakwa di mahkamah dan denda
Langkah pengurusan
·      Tanaman ladang hutan
·      Rawatan silvikultur
·      Hutan simpan
·      Kempen melalui media dengan slogan seperti ‘Cintailah Sungai Kita’
·      Pendidikan alam sekitar di semua peringkat persekolahan
Perlombongan
·      Akta Perhutanan
·      Kuatkuasakan akta oleh Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa tempatan
·      Tangkap, dakwa di mahkamah dan denda

·      Kempen melalui media dengan slogan seperti ‘Cintailah Sungai Kita’
·      Pendidikan alam sekitar di semua peringkat persekolahan



Sektor Ekonomi Sekunder



Ekonomi Sekunder




1          Aktiviti ułama bagi sektor sekunder ialah pemprosesan, pembuatan dan pembinaan.



Ciri-ciri Sektor Perindustrian di Malaysia




1         Taburan—Di bandar-bandar ułama pantai barat Semenanjung Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Butterworth dan Johor Bahru. Selain iłu juga, kawasan perindustrian juga terletak di sekitar lapangan terbang seperti di Bayan Lepas, di pelabuhan ułama seperti di Pasir Gudang dan sebagainya.

2          Skala bagi aktiviti perindustrian ini daripada industri kecil dan sederhana kepada industri berskala besar seperti PROTON.

3          Orientasi pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan atau untuk dieksport.

4          Modal tempatan bersaiz kecil manakala modal asing bersaiz besar seperti syarikat MNC.

5          Terdapat industri berintensif buruh seperti industri elektrik dan elektronik serta industri berintensif modal seperti industri automotif dan petrokimia.

6          Sektor perindustrian tempatan masih berteknologi rendah manakala pelabur asing menggunakan teknologi tinggi dan moden.



Kepentingan Sektor Perindustrian




1         Meningkatkan KDNK—Aktiviti eksport menambah pendapatan negara melalui kutipan cukai dan keuntungan pertukaran mata wang asing.

2          Menyediakan peluang pekerjaan—Penduduk dapat bekerja sebagai pengurus dan juruteknik, meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan pengangguran.

3          Memajukan sektor lain—Kemajuan industri memberi impak kepada pertumbuhan sektor lain seperti perniagaan, perbankan dan pertanian.

4          Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan—Usaha penyelidikan dan pembangunan dapat dipergiat selaras dengan pertumbuhan industri.

5          Kemudahan Infrastruktur—Bekalan air, elektrik, jalan raya dan talian komunikasi dinaiktarafkan dan penduduk tempatan dapat menikmatinya.

6          Pemangkin perkembangan bandar baharu—Muncul bandar baharu berasaskan kegiatan perindustrian seperti bandar baharu Kulim di Kedah dan Nilai di Negeri Sembilan.



Perkembangan Sektor Perindustrian




1          Industri berteknologi tinggi—Malaysia beralih dari industri berorientasi buruh kepada industri berteknologi tinggi dan berasaskan modal untuk mengatasi masalah kekurangan buruh dan memberi pulangan tinggi.

2          Pelaburan asing—Pelaburan asing dikuasai oleh MNC yang memberi kesan negatif jika terlalu bergantung kepadanya. MNC sering kali menukar negara hos (tempat pelaburan) bergantung kepada negara mana yang menawarkan iklim pelaburan paling kondusif.

3          Persaingan—Kebanyakan negara sedang membangun memiliki jenis industri yang sama. Persaingan sengit berlaku untuk menguasai pasaran.

4          Peningkatan kos—Kos bahan mentah, buruh dan kos pengangkutan menyebabkan sebahagian industri terpaksa memindahkan operasi ke negara lain.

5          Pencemaran alam sekitar—Aktiviti industri dikatakan penyebab utama pencemaran alam sekitar, peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.



Kesan Alam Sekitar Akibat Aktiviti Perindustrian




1          Pencemaran air—Pembuangan sisa toksik ke dalam saliran berhampiran yang memasuki sistem sungai menyebabkan air sungai tercemar menjadi kehitaman dan berbau busuk. Hidupan akuatik terjejas dan meningkatkan kadar keperluan oksigen biologi hidupan.

2          Pencemaran udara—Perlepasan asap dan bahan cemar lain seperti gas karbon dioksida, sulfur oksida dan karbon monoksida ke udara. Ini meningkatkan kadar PMIO di udara dan menyebabkan jerebu.

3          Pencemaran bunyi—Penjanaan jana kuasa dan aktiviti jentera menghasilkan bunyi bising yang kuat. Bunyi bising menyebabkan penduduk berasa tidak selesa.

4          Hujan asid—Gas cemar seperti karbon monoksida dan sulfur oksida akan bercantum dengan wap air di udara. la terpeluwap dan membentuk awan yang boleh menurunkan hujan asid. Air hujan asid menjejaskan tanaman pertanian dan melunturkan cat bangunan.

5          Meningkatkan suhu setempat—Aktiviti industri melepaskan haba ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil dan pengurangan tumbuhan hijau di lokasi industri. Haba terperangkap sehingga meningkatkan suhu di kawasan tersebut.

6          Hakisan dan tanah runtuh—Penerokaan tanah untuk tapak industri melibatkan kerja-kerja pemotongan serta perataan tanah dan bukit. Tumbuhan hijau ditebang. Sewaktu hujan lebat, air larian permukaan cepat menghakis tanah dan menyebabkan runtuhan tanah di kawasan cerun.



Isu-isu Utama Sektor Perindustrian di Malaysia




1          Taburan industri yang tidak seimbang antara kawasan—Taburan industri lebih padat di bandarbandar utama seperti di Kuala Lumpur dan Klang. Ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah pencemaran alam sekitar yang teruk. Indeks pencemaran udaranya pada tahap tidak sihat.

2          Pergantungan kepada pelaburan asing—Pelabur asing menerajui proses perindustrian di Malaysia. Keadaan ini mendatangkan masalah apabila pelabur asing menarik semula pelaburan mereka. Pekerja akan kehilangan kerja, rantaian pengeluaran dengan industri tempatan terputus dan pekerja yang diberhentikan sukar memperoleh kerja baharu yang sesuai.

3          Pencemaran alam sekitar fizikal—lndustri dikatakan paling menyumbang kepada pencemaran seperti pencemaran udara, air dan bunyi. la mengganggu sistem ekologi, memusnahkan sebahagian hidupan air dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk setempat.

4          Kekurangan rantaian dengan industri tempatan—Hubungan antara industri pelabur asing dengan industri tempatan sangat minimum. Hubungan antara mereka hampir tidak wujud. la menyukarkan industri tempatan meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.

5.      Kos buruh yang tinggi—Kekurangan buruh menyebabkan kos upah buruh di Malaysia meningkat. Sektor industri terpaksa menawarkan pelbagai insentif seperti elaun kenderaan, menyediakan rumah sewa dan sebagainya. la akan meningkatkan kos pengeluaran. Namun, masalah ini dapat diatasi melalui pengambilan buruh asing dari Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.

6.      Pergantungan kepada tenaga buruh asing—Pergantungan keterlaluan kepada buruh asing juga memberi keburukan kepada industri. Buruh asing sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, bergaduh hingga menyebabkan kematian sesama mereka dan mengganggu masyarakat setempat. Mereka sering melakukan mogok beramai-ramai ke atas majikan jika syarat pekerjaan tidak menepati kehendak mereka. lni mengganggu pengeluaran.



Sektor Ekonomi Tertier




Ekonomi Tertier




Aktiviti ułama bagi sektor ekonomi tertier ialah pelancongan, pengangkutan, perhubungan, komunikasi, perniagaan runcit dan borong, kewangan dan insurans, perkhidmatan awam dan swasta, utiliti, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi maklumat.



Kepentingan Sektor Tertier




1          Menyediakan peluang pekerjaan—Meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan pengangguran seperti bekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

2          Pertumbuhan ekonomi negara—KDNK tumbuh dengan lebih baik seiring dengan pengaruh globalisasi seperti ICT dan k-ekonomi. Pendapatan negara meningkat.

3          Menarik pelaburan asing—Pelaburan asing lebih banyak dan besar seperti dalam sektor perbankan, insurans dan pengangkutan.

4          Memajukan sektor ekonomi lain—Sektor primer dan perindustrian lebih cepat berkembang kerana prasarana perkhidmatan moden seperti pengangkutan, perbankan dan insurans melicinkan urusan perdagangan.

5          Mempelbagaikan sektor ekonomi—Pergantungan kepada sektor tradisi seperti primer dan sekunder dapat dikurangkan. Kemudahan utiliti dipertingkatkan untuk pertumbuhan ekonomi.

6          Mengurangkan pencemaran alam sekitar—Sektor perkhidmatan paling kurang mencemarkan persekitaran berbanding sektor pertanian dan perindustrian.



Kesan Aktiviti Perkhidmatan Terpilih ke atas Alam Sekitar Fizikal




Kesan kepada alam sekitar fizikal
Aktiviti perkhidmatan
Pelancongan
Pengangkutan
Kesan ke atas atmosfera
Pencemaran udara-Pembinaan hotel, pusat peranginan, jalan raya
menghasilkan debu tanah yang berterbangan di udara.
·         Pencemaran udara-Pembakaran enjin mengeluarkan karbon dioksida dan asap.
·         Peningkatan suhu-Haba terhasil daripada pembakaran enjin dan karbon dioksida memerangkap haba panas di atmosfera.
Kesan ke atas hidrologi
Pencemaran air-pembuangan air kumbahan hotel ke saliran berhampiran, air busuk
Pencemaran air-tumpahan minyak daripada perlanggaran kapal, pembaungan minyak kotor kapal dengan segaja.
Kesan ke atas geomorfologi
·         Hakisan tanih
·         Tanah runtuh
·         Hakisan tanih
·         Tanah runtuh
Kesan ke atas biosfera
·         Kerosakan flora dan fauna
·         Gangguan rantaian makanan
Pembinaan infrastruktur pengangkutan menyebabkan kerosakan flora dan fauna dan gangguan rantaian makanan.



Kepentingan Sektor Tertier




1          Menyediakan peluang pekerjaan—meningkatkan pendapatan isi rumah, taraf hidup dan mengurangkan pengangguran. Bekerja dalam sektor awam, pelancongan dan perniagaan.

2               Meningkatkan pendapatan negara—Mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara mampu meningkatkan KDNK.

3               Memajukan sektor ekonomi lain seperti industri dan ekonomi primer. Bahan mentah cepat dihantar untuk diproses dan dipasarkan.

4               Menarik pelaburan asing—Pelaburan langsung dari luar negara melalui syarikat perkhidmatan seperti bank HSBC.

5               Meningkatkan teknologi—Bidang R&D berkembang pesat terutamanya yang melibatkan ICT, perhubungan dan pengangkutan.

6               Transformasi ekonomi—Ekonomi moden berteraskan perkhidmatan menjadi tonggak utama ekonomi dan bukan lagi pertanian.



Sektor Tertier: Sistem Pengangkutan




Sistem pengangkutan di Malaysia terbahagi kepada pelbagai kategori seperti sistem jalan raya, lebuh raya, kereta api, pengangkutan udara, pengangkutan air dan pengangkutan di dalam bandar.



Kepentingan Sistem Pengangkutan di Malaysia




1               Meningkatkan darjah ketersampaian—Kemudahan pengangkutan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan dari satu tempat ke tempat lain dengan selamat. Pergerakan ulang-alik ke tempat kerja atau ke sesuatu lokasi cepat serta menjimatkan masa dan kos.

2               Membangunkan sumber alam—Jaringan pengangkutan turut memudahkan sumber asli sesuatu kawasan dieksploitasi. Sumber mudah dibawa ke kilang untuk pemprosesan dan tidak mudah rosak. Contohnya, padi dan kelapa sawit perlu segera dihantar ke kilang pemprosesan. Kelewatan penghantaran akan menyebabkannya cepat busuk dan tidak lagi berkualiti.

3               Memperluaskan pasaran—Barangan/produk boleh sampai ke tangan pengguna jika sistem pengangkutan cekap. Barangan tidak rosak semasa dihantar walau pun jauh di pedalaman. Malahan barangan keluaran desa juga mampu dipasarkan sehingga ke bandar jika memiliki kemudahan pengangkutan.

4               Membangunkan kawasan—Kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air bersih dan talian komunikasi akan mudah disediakan. Penduduk dapat menikmati kemudahan ini. Kualiti hidup dapat ditingkatkan.

5               Agen pembaharuan dan inovasi—Kemudahan pengangkutan menjadi agen dan pemangkin kepada pembaharuan sesuatu kawasan dan membolehkan inovasi sampai kepada golongan sasaran. Idea pembaharuan dan inovasi yang diperkenalkan mudah diterima penduduk.

6               Mempercepatkan pergerakan penduduk—Melalui rangkaian lebuh raya tempoh perjalanan akan menjadi lebih singkat dan jaraknya lebih dekat. Gangguan trafik seperti kesesakan dapat dikurangkan. Perjalanan lebih lancar, selamat dan cepat berbanding penggunaan kereta api dan jalan raya biasa.



Kesan Aktiviti Pengangkutan Darat ke atas Alam Seldtar Fizikal



1          Hakisan dan tanah runtuh—Pembinaan jalan raya dan lebuh raya melibatkan kerja-kerja perataan, pemotongan dan menebuk bukit. Bukit akan diteres dan struktur tanah menjadi longgar kerana tiada ikatan akar tumbuhan. Sewaktu hujan lebat hakisan oleh air larian permukaan aktif. Tebing jalan raya atau lebuh raya akan mudah runtuh.

2          Pencemaran udara—Penggunaan bahan api fosil sebagai bahan bakar kenderaan membebaskan asap dan gas karbon monoksida ke udara. Semakin bertambah kenderaan, kualiti udara akan semakin merosot. la mendatangkan kesan kepada penduduk terutama peningkatan masalah pernafasan.

3          Pencemaran bunyi—Jumlah kenderaan yang bertambah akan menyebabkan persekitaran kurang selesa. Kenderaan akan mengeluarkan bunyi bising yang boleh mengganggu ketenteraman.

4          Peningkatan suhu setempat—Suhu persekitaran akan meningkat. Gas pencemar dan asap yang dibebaskan akan memerangkap bahangan bumi dari terus terlepas ke atmosfera tinggi. Bahangan akan dibalikkan semula ke bumi menyebabkan suhu setempat akan meningkat.

5          Kemusnahan kawasan tadahan air—Pembinaan lebuh raya dan landasan kereta api akan memusnahkan sebahagian hutan semula jadi di sepanjang laluannya. Fungsi hutan sebagai storan air akan terganggu.

6          Kemusnahan tanah lembap—Laluan jalan pengangkutan turut melibatkan kawasan paya dan tanah lembap. la akan ditimbus dan dikeringkan. Ekosistem tanah lembap musnah dan menyebabkan sebahagian hidupannya pupus



Sektor Tertier: Sistem Pelancongan



Aktiviti pelancongan melibatkan kawasan pulau, pantai, tanah tinggi, hutan lipur,inggalan sejarah, acara sukan, persidangan,

 

Ciri-ciri Aktiviti Pelancongan



1.      Jenis pelancongan—Terdapat pelancongan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron. Ciri 1 berasaskan air seperti pantai, pulau, air terjun, jeram dan taman tema air.

2.      Lokasi—Pulau peranginan seperti Pulau Tioman yang terletak di Laut China Selatan dan kawasan pedalaman seperti Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu atau di bandar seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

3.      Skala operasi—Sebahagian produk pelancongan milik pengusaha swasta bertemakan taman tema. la beroperasi secara besar-besaran seperti Legoland di Nusajaya, Johor.

4.      Pemilikan—Pusat pelancongan semula jadi seperti air terjun dan pantai ialah hak milik awam seperti pantai di Port Dickson dan Pulau Pinang. Terdapat juga milik pengusaha swasta seperti Taman Tema Air Sunway Lagoon di Subang Jaya, Selangor.

5.      Modal—Modal besar diperoleh dari pinjaman bank atau kerajaan.

6.      Buruh—Buruh mahir seperti pengurus ialah penduduk tempatan manakala buruh kurang mahir seperti pekerja am ialah buruh asing sama ada dari Bangladesh atau Indonesia.



Kepentingan Aktiviti Pelancongan



1         Menyediakan peluang pekerjaan—Mengurangkan pengangguran, meningkatkan pendapatan isi rumah, taraf hidup dan kuasa beli penduduk.

2         Mempelbagaikan pendapatan negara—Pelancong asing berbelanja dan ini akan memberi keuntungan kepada negara. Malahan ia mengukuhkan pasaran dalam negara.

3         Kesan pengganda—Perniagaan kraf tangan, makanan, pengangkutan, penginapan, telekomunikasi dan pertukaran mata wang akan berkembang. Ia berkait rapat dengan keperluan pelancong.

4         Membangunkan kawasan mundur—Pembangunan sesebuah kawasan akan lebih cepat melalui pertukaran asas ekonomi tempatan. Pusat perniagaan dan pertumbuhan baharu akan muncul seperti perniagaan dan perhotelan.

5         Menyediakan kemudahan infrastruktur—lnfrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan komunikasi akan dinaiktarafkan. Walaupun ia untuk kemudahan pelancong namun penduduk setempat akan turut mendapat faedah.



Kesan Aktiviti Pelancongan ke atas Alam Sekitar



1         Hakisan dan tanah runtuh—Berlaku hakisan tanah di kawasan tanah tinggi dan pantai terutama semasa pembinaan hotel, padang golf dan jalan raya. Di kawasan cerun yang tiada tumbuhan tutup bumi akan menyebabkan runtuhan tanah dan batuan kerana struktur tanah longgar.

2         Pencemaran air—Pembuangan sisa kumbahan dan sisa makanan hotel, pusat peranginan dan restoran akan mengalir masuk ke saliran berhampiran. Air sungai akan berbau busuk. Ia turut mengalir ke laut dan mencemarkan pantai.

3         Gangguan ekosistem—Pembangunan pelancongan di kawasan tanah tinggi, pantai dan pulau akan memusnahkan hutan semula jadi serta habitat flora dan fauna terganggu.

4         Pencemaran persekitaran—Kebanyakan kawasan pelancongan dicemari sampah, plastik dan sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelancong. Jika dibiarkan akan berbau busuk dan mencacatkan pemandangan.

5         Pemanasan setempat—Pembinaan kemudahan pelancongan seperti hotel, pusat perniagaan dan jalan pengangkutan akan memusnahkan kawasan hutan. Bahangan matahari akan terus sampai ke tanah tanpa ada halangan. Tanah tinggi akan mengalami penurunan suhu menyebabkan suhu menjadi sedikit panas.

6         Pencemaran budaya—Pengaruh budaya kuning yang bertentangan dengan budaya tempatan akan menular. Ia mengubah cara pergaulan, cara berpakaian, pemakanan dan pertuturan. Terdapat kes pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh seperti tidak berpakaian di kawasan pelancongan di tanah tinggi, pulau dan pantai.

7         Masalah sosial—Berlaku peningkatan kes ragut, rompak, ugut dan bunuh ke atas pelancong serta penagihan dadah. Penjenayah mengambil kesempatan di atas kelalaian pelancong di kawasan pelancongan.



Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar




Pembangunan bermaksud perubahan daripada mundur dan tradisional kepada moden dan maju melalui pertumbuhan ekonomi kerana tanpa pertumbuhan ekonomi sesebuah kawasan, wilayah atau negara tidak mampu untuk membangun.



Pertunjuk-petunjuk Pembangunan




1          KDNK per kapita—Pertumbuhan dan pendapatan KDNK dapat digunakan untuk pembangunan dan agihan pendapatan seimbang dapat dilakukan.

2          Guna tenaga—Tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran sifar.

3          Petunjuk demografi—Kadar pertumbuhan penduduk yang rendah disebabkan oleh kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah.

4          Kemudahan asas—Jurang kecil di antara luar bandar dengan bandar. Semua kemudahan utiliti seperti capaian jalur lebar juga boleh dinikmati di luar bandar.

5          Pemilikan barangan—lsi rumah memiliki barangan keperluan mencukupi termasuklah kenderaan dan lain-lain.



Ketidakseimbangan Pembangunan di Malaysia




1         Ketidakseimbangan antara kawasan luar bandar dengan bandar—Kawasan luar bandar masih dikaitkan dengan kemiskinan, taraf hidup rendah, keciciran pendidikan dan amalan pemakanan tidak seimbang.

2         Ketidakseimbangan antara negeri-negeri pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia— Negeri-negeri pantai timur adalah antara negeri yang kurang maju dan jauh dari arus pembangunan.

3         Ketidakseimbangan antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak—Keluasan negeri Sabah dan Sarawak menyukarkan penyediaan infrastruktur kepada penduduk selain dari halangan bentuk muka bumi.



Strategi Mengurangkan Ketidakseimbangan Pembangunan di Malaysia




1          Pembangunan wilayah—KESEDAR, KETENGAH, KEJORA dan JENGKA. Teras pembangunan berasaskan pertanian tanaman komoditi kelapa sawit dan getah. Melalui strategi ini kawasan yang sesuai ditanam dengan komoditi utama akan dibangunkan sebagai kawasan petempatan berpusat baharu yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan awam.

2          Koridor pembangunan—Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Koridor Pembangunan Wilayah Utara (NCER), Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER). Pembangunan koridor berteraskan sektor petroleum dan gas, perkhidmatan dan perindustrian.

3          Pusat Transformasi Bandar (UTC)—Mewujudkan pusat transformasi bandar bagi memaksimumkan capaian perkhidmatan kepada penduduk. Kebanyakan perkhidmatan kaunter khidmat kerajaan beroperasi di UTC. la memudahkan urusan penduduk dan mengurangkan halangan birokrasi.

4          Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)—Strategi yang hampir menyerupai UTC, RTC pula merupakan sebuah pusat transformasi di luar bandar. la berfungsi menjadi pusat pertumbuhan ekonomi melalui pengumpulan hasil luar bandar dan dipasarkan secara lebih terancang. RTC Kuala Linggi, Melaka juga merupakan pelabuhan yang menjalankan aktiviti eksport dan import.

5          Pembinaan bandar baharu—Pembinaan bandar baharu berasaskan sumber bahan mentah tempatan, penyelerakan kawasan perindustrian, pembinaan pusat pengajian tinggi IPTA dan pelancongan. Bandar baharu Kerteh dibangunkan berasaskan sumber petroleum dan gas asli yang ditemui di luar pantai Terengganu.

6          Penyelerakan kawasan perindustrian—Kawasan perindustrian baharu didirikan agar tidak tertumpu di kawasan Lembah Klang. la memberi peluang mempelbagaikan ekonomi, menjadi kawasan pertumbuhan baharu dan mengurangkan pencemaran.



Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar




1         Kemerosotan dan kepupusan sumber alam—Sumber alam seperti hutan, perikanan, mineral dan tanah akan semakin berkurangan. Bijih timah pula hampir pupus akibat perlombongan masa dahulu. Kini hanya tinggal bekas lombong dan telah dibangunkan untuk rekreasi, petempatan dan pertanian. Sumber yang boleh diperbaharui seperti hutan dan perikanan masih belum pupus sepenuhnya tetapi semakin berkurang dari segi kuantitinya dan kualitinya.

2          Pencemaran alam sekitar—Pencemaran meliputi pencemaran udara, air, bunyi, sampah, Sisa berbahaya dan tanih. Sebahagian beşar pencemaran ini disumbangkan oleh aktiviti pertanian, perindustrian, pengangkutan dan petempatan bandar.



Langkah-langkah untuk Mengawal Impak Pembangunan Ekonomi terhadap Alam Sekitar




1         Langkah perundangan—Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menetapkan syarat yang ketat bagi penyediaan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sesuatu projek pembangunan yang hendak dilaksanakan. Akta ini dikuatkuasakan dan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar dan PBT. Pesalah alam sekitar akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. Jika didapati bersalah, boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali. Lain-lain akta yang telah diluluskan termasuklah:

(a)       Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

(b)      Akta Perhutanan Negara 1984

(c)       Akta Perancangan Bandar dan Deşa 1976

(d)      Penilaian ImpakAlam Sekitar (EIA)

2          Pengurusan strategik

(a)       Kawalan hakisan dan tanah runtuh

Aktiviti
Amalan pengurusan strategik
Pembinaan
Pembinaan benteng konkrit, tembok penahan, membina sangkar dawai batu, menanam tanaman tutup bumi, membina saliran baharu dan mengehadkan pemotongan cerun kurang daripada 450
Pertanian
Amalan pertanian mengikut kontur, membuat teres, penanaman bergilir, membina sungkupan, amalan pertanian hidroponik dan menanam pokok pelindung.
Pembalakan
Membina perangkap lumpur, takungan/kolam sementara dan zon penampan di kawasan berhampiran sungai.



(b)      Pencemaran udara

Aktiviti
Amalan pengurusan strategik
Perindustrian
Penyelerakan kawasan perindustrian jauh dari kediaman, pemasangan alat penapis asap, meninggikan serombong asap, mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan beralih kepada sumber alternatif
Pengangkutan
Penggunaan bahan api tanpa plumbum, pemasangan alat penapis asap, menggalakkan perkongsian kereta dan beralih kepada kereta hibrid.
Pertanian
Penggunaan baja organik dan kawalan perosak secara biclogi dan beralih daripada kaedah tebang-bakar kepada tebang-reput
Pembakaran sampah
Menggalakkan kitar semula dan membuat baja kompos

(c)       Pencemaran air

Aktiviti
Amalan pengurusan strategik
Pertanian
Semburan baja kimia dan racun perosak ditukar dengan penggunaan baja organik dan kawalan biologi, menanam tanaman tutup bumi untuk halangan hakisan tanih, membina sungkupan dan amalan hidroponik.
Perindustrian
Menjadualkan semula pembuangan sisa, mengitar semula Sisa berjadual, membuang Sisa bertoksik di tempat khas.
Pembalakan
Mengangkut balak dengan menggunakan helikopter.
Aktiviti domestik
Menyediakan perangkap sampah di sungai, merawat Sisa kumbahan, menyediakan kolam takungan dan memperkasakan program kitar semula.


1 comment:

Unknown said...

nota untuk sektor ekonomi tertier,perdagangan dan perniagaan ada ke

Cuti2 Cameron 2013

Cuti2 Cameron 2013 Slideshow: Asmawi’s trip to Cameron Highlands was created with TripAdvisor TripWow!

Hari Keluarga Janda Baik, Bentong, Pahang 2011

Hari Keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Slideshow: Asmawi’s trip to Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

TRIP TO LANGKAWI

Trip to Langkawi, Kedah Slideshow: Asmawi’s trip from Pahang, Malaysia to Langkawi was created by TripAdvisor. See another Langkawi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.