Sunday, March 11, 2018

KULIAH 9 PROSES PEMBANGUNAN EKONOMI.


Konsep Ketidakseimbangan Pembangunan Antara Kawasan/Wilayah



Pembangunan yang tidak seimbang bermaksud aras kemaluan sosioekonomi yang tidak sama rata dicapai dalam sesebuah kawasan atau wilayah. Terdapat dua keadaan iaitu ada kawasan mundur dan kawasan malu. Perbezaan indeks sosioekonomi seperti KDNK antara kawasan, pendapatan perkapita, kuasa beli pengguna, tabungan, taraf kesihatan. tahap pendidikan, kualiti hidup dan lain-lain biasanya diguna untuk mengukur ketidakseimbangan pembangunan yang dicapai antara kawasan atau wilayah.



Petunjuk/Bukti Ketidakseimbangan Pembangunan Antara Kawasan/ Wilayah di Malaysia



A.      Petunjuk Ekonomi



·         Perbezaan KDNK dan Pendapatan perkapita penduduk antara negeri! wilayah



·         Guna tenaga dan kadar pengangguran mengikut kawasan/ negeri



·         Petunjuk-petunjuk ekonomi yang lain seperti tabungan penduduk. kuasa beti pengguna, pola perbelaniaan pengguna, tenis ekonomi yang diiaiankan sama ada dominasi pertanian atau perindustrian serta perkhidmatan, keupayaan pinjaman. aliran tunai. pemilikan harta modal, pemilikan saham, dan lain-lain.



B.      Petunjuk sosial kualiti hidup



·         Taraf kesihatan penduduk -kemudahan kesihatan, perubatan, bilangan doktor dengan pesakit dil .



·         Taraf pendidikan kadar kenal huruf, kadar celik teknologi khususnya iCT, jurang digital antara negeri.



·         Kemudahan dan akses sosial. Antara petunjuknya ialah seperti rangkaian pengangkutan dan perhubungan/ telekomunikasi, pusat-pusat perkhidmatan penduduk, kemudahan rekreasi, kemudahan awam, dan lain-lain.



C.      Petunjuk demografi



·         Antaranya seperti perbezaan antara kadar kelahiran, kadar kematian, kadar mortaliti antara negeri/wilayah.



·         Jangka hayat penduduk, struktur umur penduduk (nisbah golongan muda, dewasa dan tua). nisbah tanggungan penduduk mengikut kumpulan umur, komposisi tenaga kerja yang produktif dan tidak produktif.



Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakseimbangan Pembangunan di Malaysia



·       Perbezaan bentuk muka bumi dan tanih. Perbezaan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berbukit-bukau. berlembah dan berlurah berbanding kawasan yang pamah, rata, datar, dan beralun mempengaruhi pembangunan pertanian. pelbagai tapak bina, dan ketersampaian yang berbeza antara sesuatu kawasan, sumber mineral (bijih timah, petroleum dll). sumber bahan mentah akan lebih maju berbanding dengan kawasan kekurangan sumber alam.



·       Faktor Sejarah: Dasar penjajah ."pecah dan perintah" Ketidakseimbangan pembangunan antara kaum adalah diwarisi oleh dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah pada zaman sebelum merdeka.



·       Kadar perindustrian yang berbeza, Taburan dan kemaluan ekonomi industri dan rantaian ekonomi yang berkaitan seperti perkhidmatan tertumpu di jaluran industri pantai barat Semenanjung Malaysia. Fokus pelaburan atau kemasukan modal masih tertumpu di kawasan berkenaan.



·         Faktor pembandaran. Perkembangan bandar juga tertumpu di kawasan-kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia dibandingkan dengan kawasan lain. Pusat-pusat pertumbuhan ekonomi utama dan Bandar besar banyak terdapat di kawasan ini.



·       Faktor penduduk. Faktor penduduk meliputi taburan dan kepadatan, saiz atau jumlah, pendapatan perkapita serta kualiti penduduk atau taraf pendidikan yang berbeza mengikut kawasan (Misalnya bandar dengan luar bandar). Kemudahan infrastruktur. Faktor-faktor sosial meliputi kemudahan pendidikan. kemudahan kesihatan, kemudahan asas (prasarana). dan kemudahan pengangkutan dan perhubungan masih tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.



Strategi dan Program Pembangunan Antara Wilayah di Malaysia.



·       Program pembangunan in situ. Program pembangunan insltu mnekankan Pembangunan fizikal desa seperti penyediaan. kemudahan asas yang lengkap dan sempurna. bekalan elektrik. air, jalan raya. telekomunikasi. penyediaan rumah rakyat menerusi Program Perumahan Rakyat termiskin (PPRT) serta menyediakan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi desa dan pasaran hasil desa.



·        Program pembangunan pertanian bersepadu (IADP). IADP ialah satu pakej pembangunan bersifat kesepaduan yang menggabung jalinkan segala tenaga, sumber berpotensi, dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmi kemiskinan desa. Antara strategi yang dirancang di bawah IADP ialah seperti program pembangunan tanah pertanian, kepelbagaian tanaman. program penanaman semula, dan juga penyatuan saiz dan aset tani yang tidak ekonomik di bawah rancangan mini estet (pertanian berkelompok}.



·     Rancangan pembangunan wilayah (RPW) secara khusus. Pada era 1970-an Rancangan Pembangunan Wilayah (RPW) adalah satu strategi membangunkan wilayah mundurkan berdasarkan konsep penjanaan sumber alam dan pembangunan tanah baru di kawasan rancangan penempatan peneroka FELDA atau FELCRA.



·     Strategi Pembandaran Desa. Pembandaran desa bermaksud strategi membandarkan kawasan-kawasan desa yang berpotensi. Petempatan desa yang dipilih akan dilengkapkan dengan kemudahan asas dan perkhidmatan 0803 pembandaran mark dijadikannya bandar kecil atau bandar sederhana.



·     Strategi Perindustrian Desa. Strategi perindustrian desa bermaksud memajukan desa-desa berpotensi dengan aktiviti perindustrian yang diwujudkan secara aglomerasi (berkelompok). Industri kecil dan sederhana (IKS) yang berantaian antara satu sama lain dikelompokkan di sesebuah kawasan khas dan diberi bantuan untuk dimajukan.



·     Pemodenan Infrastruktur Desa Secara Bersepadu Bagi Menigkatkan Kualiti Hidup. Perubahan sesebuah desa di Malaysia juga berlaku menerusi pemodenan infrastruktur dan sosioekonominya. Pemodenan infrastruktur fizikal menjadi teras pembangunan insitu.




·      Menyediakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Di bawah RTC semua agensi kerajaan dikelompokkan di bawah satu bumbung untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk setempat sepanjang masa. Misalnya kemudahan kesihatan pusat bayaran bil-bil utiliti, agensi kewangan seperti bank SME, pinjaman TEKUN dll secara bersepadu. 

·      Memajukan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di desa bagi mengurangkan jurang digital antara bandar dengan desa.


3 comments:

Unknown said...

mcm typo laa

Unknown said...

Kemaluan sosioekomomi..HAHAHA

Unknown said...

petunjuk penganguran ? pendapatan perkapita , KDNK , kemudahan asas ?

Cuti2 Cameron 2013

Cuti2 Cameron 2013 Slideshow: Asmawi’s trip to Cameron Highlands was created with TripAdvisor TripWow!

Hari Keluarga Janda Baik, Bentong, Pahang 2011

Hari Keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Slideshow: Asmawi’s trip to Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

TRIP TO LANGKAWI

Trip to Langkawi, Kedah Slideshow: Asmawi’s trip from Pahang, Malaysia to Langkawi was created by TripAdvisor. See another Langkawi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.