Selasa, 11 November 2008

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM 2008

Bagi semua pelajar-pelajar yang bakal menduduki STPM 2008, diucapkan semoga dapat menempuhi dengan penuh semangat dan penuh keyakinan. Anda semua sebenarnya telah begitu hampir untuk mencipta satu lakaran penting dalam hidup bagi masa depan yang mendatang.
Segala usaha anda selama ini bakal diluahkan dalam tempoh tiga minggu ini. Semua yang dipelajari dan yang diajar olehl cikgu-cikgu bakal ditanya hanya dalam masa tiga jam sahaja. Harapan cikgu, semuanya dapat dijawab dengan baik.
Apa yang diharapkan jangan lupa memohon pertolongan dari Allah s.w.t agar segala usaha anda selama ini diberkati dan dipermudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan nanti.

Sabtu, 6 September 2008

SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Kini kita bersua kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Seluruh umat islam pastinya dengan penuh rendah diri pastinya dapat merasai keberkatan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Diharapkan pada bulan ini, kita sama-sama dapat meningkatkan lagi amalan kita.