Thursday, March 8, 2018

KULIAH 12 KERJASAMA SERANTAU : APEC DAN ASEAN


Konsep Kerjasama Serantau



Kerjasama serantau adalah satu pakatan yang dibentuk antara negara-negara berjiran dalam konteks untuk menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip "saling menguntungkan". Kerjasama serantau lazimnya melibatkan kerjasama dalam bidang ekonomi [regional economic association) yang dianggap sebagai satu integrasi ekonomi antara negara berjiran. Kerjasama serantau ini akan menerima manfaat dari sifat keterbukaan dan saling kebergantungan antara negara yang terlibat dalam aspek ekonomi dan juga geo politik.



Kepentingan Kerjasama Ekonomi Serantau



Berasaskan prinsip ‘saling menguntungkan’ maka kerjasama ekonomi serantau penting untuk:



·         Keuntungan dalam konteks aliran perdagangan antara negara. Amalan dalam liberalisasi perdagangan akan dapat dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja. Aliran perdagangan akan lebih adil dengan prinsip timbal-balik



·         Keuntungan daripada segi perluasan saiz pasaran. Kesan positif perluasan pasaran boleh dinikmati oleh semua negara anggota menerusi pertambahan penduduk serantau apabila bergabung dan peningkatan kuasa beli pengguna yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dituai ke serata negara. .



·         Keuntungan daripada segi perkongsian teknologi dan R&D. Perkongsian hasil R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang. Negara-negara yang kurang malu teknologinya dalam sesebuah pakatan kerjasama boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang lebih maju apabila kerjasama yang lebih erat wujud.



·         Keuntungan daripada segi perkongsian pelaburan modal. Perkongsian modal! kewangan dilangsungkan menerusi pelbagai konsep dan kaedah seperti Pelaburan Silang [Cross investment], Pelaburan Bersama serta Pelaburan Langsung.



·         Keuntungan dalam konteks pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara, pinjaman tenaga pakar atau program usaha sama antara universiti.



·         Keuntungan dalam konteks pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi pertukaran maklumat dan teknologi terkini. isu-isu alam sekitar serantau seperti pencemaran laut. jerebu merentas sempadan, pencerobohan perairan perikanan di luar daripada ZEE. isu kepupusan sumber marin akan dapat diatasi secara bersama melalui kerjasama teknikal, tenaga, kewangan, kepakaran dan lain-lain lagi.



Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)



Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau lebih dikenali sebagai APEC (Asia Pacific Economic Co-Operation) adalah pertubuhan separuh rasmi yang dianggotai oleh 21 buah negara. ia melibatkan kerjasama ekonomi sahaja. Kerjasama ini bersifat terbuka yang membolehkan mana-mana negara yang dilingkungi oleh lautan Pasifik boleh menganggotainya.



A.      Ciri Keanggotaan APEC



·         APEC dianggotai oleh 21 buah negara dari tiga benua berbeza. Negaranegara itu adalah : Amerika Syarikat Australia Brunei. Chile, China, Flip/na, Hong Kong. indonesia Jepun, Kanada, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand Papua New Guinea. Peru, Russia, Singapura, Taiwan, Tha/land dan Vietnam.



·         Semua negara ini terletak dalam Lembangan Pasifik yang berpantaikan Lautan Pasifik.



·         Keseluruhan negara anggota APEC mempunyai sejumlah 50% dari penduduk dunia, 55% dari hasil pengeluaran dan 40% dari perdagangan dunia. Sekretariat tetapnya terletak di Singapura.



·         Negara anggota APEC juga terdiri daripada pelbagai ideologi politik dan ekonomi. Paling jelas ialah pertembungan antara ideologi demokrasi dan pasaran bebas yang dikepalai oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun dengan ideologi komunis dan sosialis yang diwakili oleh China serta Rusia. Walaupun berbeza ideologi tetapi mereka bersatu di bawah prinsip dan pahit APEC.



B.      Kepentingan Kerjasama Ekonomi APEC



·         Meningkatkan aliran perdagangan antara negara, Konsep liberalisasi perdagangan yang terkandung dalam perjanjian perdagangan Trans-Pasifik, pastinya akan meningkatkan aliran perdagangan antara Negara Asia Pasifik apabila masing-masing negara menghapuskan dasar perlindungan negara masing-masing.



·         Perluasan saiz pasaran. Keadaan ini dinikmati oleh semua negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara.



·         Keuntungan perkongsian teknologi R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, pembangunan sumber manusia, telekomunikasi, sumber marin, pelancongan, pengangkutan, dan sebagainya antara sesama anggota APEC



·         Keuntungan perkongsian modal atau kewangan dilakukan menerusi pelbagai konsep pelaburan silang, pelaburan bersama, serta pelaburan langsung dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian. pelancongan, perindustrian, perkhidmatan, pengangkutan, perhubungan. dan sebagainya.



·         Pengaliran buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara, pinjaman tenaga pakar, atau program usaha sama antara universiti menerusi projek Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Pelbagai Hala Asia Pasifik



C.      Masalah Yang di hadapi oleh APEC



·         Masalah keahlian APEC yang tersangat luas dan sangat pelbagai. ia terdiri daripada negara maju sehinggalah ke negara miskin dan ini sudah tentunya menimbulkan masalah identiti di antara negara-negara anggota.



·         Jurang ekonomi yang ketara antara sesama negara anggota. Terdapat negara yang terlalu kaya dan ada negara yang amat miskin. idea globalisasi dan liberalisasi perdagangan membolehkan Negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat dan Jepun mengambil kesempatan melalui kemajuan teknologinya untuk mengaut keuntungan dan memonopoli ekonomi negara yang lebih lemah.



·         Masalah politik yang tidak stabil di kalangan negara anggota. Sesetengah negara Asia Pasifik mengalami masalah pergolakan politik di wilayah sempadan seperti di Selatan Thailand dan Selatan Filipina .



·         Masalah kekurangan teknologi dan kepakaran. Sebahagian besar daripada negara-negara Asia Pasifik berada dalam kelompok negara sedang membangun dan negara mundur yang masih mempunyai tahap teknologi yang rendah. ini melambatkan proses globalisasi ekonomi serantau



Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)



ASEAN adalah sebuah pakatan kerjasama ekonomi serantau yang terbentuk dalam W"(li/("lh Asia Tenggara yang kini dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara. Akronim ASEAN itu terjelma dari perkataan Inggeris iaitu Association of Southeast Asian Nations yang boleh diterjemahkan menjadi Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN bergerak berdasarkan prinsip ZOPFAN iaitu Zon Aman, Bebas dan Berkecuali serta prinsip tidak campurtangan hal ehwal BOW nGaara-negara ahii.



Bagaimana ASEAN Mampu Mengurangkan Kesan Negatif Globalisasi Ekonomi di Rantau Asia Tenggara.



·         Mengurangkan monopoli pasaran barangan dari negara-negara malu melalui penubuhan kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA).



·         Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAN oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat menerusi penubuhan Bank ASEAN. Koperasi ASEAN, penggunaan mata wang ASEAN, dan lain-lain.



·         Dapat mengurangkan kebergantungan kepada modal dari syarikat multinasional (MNCs) menerusi penggabungan syarikat-syarikat Negara ASEAN untuk menjadi kongelemerat yang memiliki modal yang kukuh.



·         Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju ini dilakukan melalui konsep perkongsian pintar, konsep saling melengkapi, prinsip menang-menang, langkah pertukaran teknologi dan inovasi baru. dan latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesama negara anggota ASEAN.



·         Membendung campur tangan politik dari negara-!negara malu menerusi prinsip Zon Aman, Bebas. dan Berkecuali (ZOFPAN), dasar tidak campur tangan negara-negara anggota, seria prinsip kemakmuran bersama ASEAN.






Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)



AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. AFTA ialah saiu bentuk usahasama dalam kalangan Negara ASEAN untuk mengurangkan atau menghapuskan iarif/ cukai bagi sesetengah barangan atau produk ASEAN yang diperdagangkan di kalangan Negara-negara ASEAN itu sendiri.



Menerusi AFTA. maka peningkatan aliran perdagangan intra ASEAN akan berlaku apabila harga barangan menjadi lebih murah di samping hubungan pengeluar-pengguna di dalam ASEAN, hubungan perindustrian (pengilang) sesama negara ASEAN dan hubungan rangkaian pemasaran akan menjadi lebih kukuh lagi.



Sebab-Sebab AFTA Ditubuhkan



·         Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN melalui penghapusan sekatan/ halangan tariff, penghapusan dasar perlindungan, peraturan/ birokrasi, cukai yang lebih rendah.



·         Memperbaiki defisit imbangan perdagangan antara Negara ASEAN mengimbangi import dan eksport antara negara.



·         Memperluaskan pasaran bersama. Pasaran dalam negara yang mengamalkan pasaran bebas ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari saiz pasaran yang besar melebihi 530 juta orang.



·         Mengurangkan tekanan] ancaman globalisasi ekonomi. AFTA diwujudkan untuk mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA. Eropah. Jepun dll di dalam pasaran ASEAN -Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan serta mengurangkan ancaman lambakan produk dari China.



·         Untuk mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama. Meningkatkan kerjasama antara pengilang atau pengeluar dan rangkaian pemasaran dalam konteks pengkhususan pengeluaran, perkongsian teknologi, dan kepakaran.



·         Saling keuntungan] menikmati faedah kos berbanding seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah, pengkhususan dan perkongsian komponen produk. Harga barangan akan menjadi lebih rendah. Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa ada/ berterusan. Terutama sekali barangan keperluan harian pengguna seperti produk makanan, pakaian, barangan elektrik dsb.



Faedah Menyertai AFTA Oleh Malaysia



a.       Faedah kepada pengguna/ penduduk



·         Harga barangan lebih murah dan menguntungkan pengguna. ini kerana AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah/ penghapusan cukai bagi sesetengan produk.



·         Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna. Kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam pasaran AFTA menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan



·         Menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti ekonomi. Kesan positif perluasan pasaran. Permintaan yang tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap barangan dan perkhidmatan menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan dan pertanian dipertingkatkan.



b.       Faedah kepada pengusaha/pengilang



·         Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran. AFTA membuka kedasar"3 yang lebih erat antara pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos. mengelak persaingan produk sejenis. meningkatkan kecekapan pengeluaran dll



·         Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran. Bagi menjamin daya saing produk di pasaran bebas AFTA maka syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bagi mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa pengguna.



c.       Faedah kepada perkembangan ekonomi Malaysia (ekonomi makro)



·         Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan *dagangan ASEAN meningkat kerana boleh menikmati faedah



·         daripada penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai/ tarif yang lebih rendah. Perluasan pasaran. Saiz pasaran semakin luas/ jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang.



·         Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi yang dihadapi Malaysia. AFTA mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA. Eropah, Jepun dll di dalam pasaran ASEAN.

No comments:

Cuti2 Cameron 2013

Cuti2 Cameron 2013 Slideshow: Asmawi’s trip to Cameron Highlands was created with TripAdvisor TripWow!

Hari Keluarga Janda Baik, Bentong, Pahang 2011

Hari Keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Slideshow: Asmawi’s trip to Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

TRIP TO LANGKAWI

Trip to Langkawi, Kedah Slideshow: Asmawi’s trip from Pahang, Malaysia to Langkawi was created by TripAdvisor. See another Langkawi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.