Wednesday, March 7, 2018

KULIAH 11 - GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING KEBERGANTUNGAN ANTARA KAWASAN


Konsep Globalisasi Ekonomi



Globalisasi ekonomi adalah satu proses penyebaran atau penyelerakan aktiviti ekonomi melintasi sempadan geografi sesebuah negara di seluruh dunia. Globalisasi ekonomi juga bermaksud saling bergantung antara negara daripada segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia tanpa had sempadan.



Proses Dalam Globalisasi Ekonomi



Terdapat dua istilah penting globalisasi ekonomi iaitu:



A)      Liberalisasi Ekonomi



·         Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas.



·         Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan. la bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran (kuasa permintaan dan penawaran].



·         Seluruh dunia akan menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengeksploitasi pasaran.



B)      Deregulasi Ekonomi



·         Deregulasi ekonomi ialah dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan serta perkhidmatan dan lain-lain dengan bebasnya keluar masuk dalam negara tersebut.



·         Sebagai contoh penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif, penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal berpilih seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran bebas



Faktor Yang Mempercepatkan Globalisasi Ekonomi



·         Kepesatan perkembangan ICT Ledakan maklumat. Kemajuan lCT banyak membantu dalam mengendalikan urusan perniagaan, pelaburan, pemasaran dll bentuk perdagangan dengan cepat dan tepat. Kos pengurusan bertambah murah dan mudah.



·         Kemajuan pengangkutan global ‘Trans benua’. Sistem pengangkutan melangkaui benua juga menjadi pemanan kepada proses globalisasi. Proses globalisasi menjadi bertambah mudah dengan meningkatnya kecanggihan pengangkutan udara dan pengangkutan laut iaitu kemudahan pengangkutan yang sangat diperlukan oleh sektor ekonomi masa kini.



·         Dasar terbuka kerajaan masa kini. Dasar buka pintu kepada pasaran bebas telah diamalkan oleh keseluruhan negara demokrasi. Kerajaan merasakan penyertaan dalam aktiviti ekonomi di peringkat global adalah satu perkara yang sangat penting supaya negara tidak ketinggalan dalam mengelar kemajuan sosio-ekonominya.



·         Keupayaan modal dan teknologi. Syarikat Multinasional (MNCs) memiliki modal dan teknologi yang tinggi untuk melabur di mana sahaja yang menguntungkan. Ekonomi sesebuah kawasan lebih cepat berkembang dengan suntikan modal asing ini (FDI).



Komponen Globalisasi Ekonomi



·         Komponen Pengaliran Modal. Pengaliran modal menerusi pelaburan asing (FDI) menjadi faktor utama dalam mengintegrasi dan memacu ekonomi sesebuah negara di peringkat antarabangsa. Ia dilakukan melalui firma pelaburan antarabangsa atau dikenali sebagai syarikat multinasional [Multinasional Corporation (MNCs).



·         Komponen Perdagangan Antarabangsa. Komponen ke dua dalam proses globalisasi ialah perdagangan antarabangsa. Proses globalisasi akan meningkatkan aktiviti perdagangan di peringkat antarabangsa. Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT) serta pengenalan kawasan perdagangan bebas (FTA) telah menggalakkan liberalisasi dalam perdagangan antarabangsa



·         Komponen Buruh dan Tenaga Pakar. Buruh atau tenaga manusia adalah satu lagi komponen globalisasi yang penting. ia melibatkan pergerakan tenaga manusia merentasi sempadan dari kawasan yang berlebihan buruh ke kawasan yang menghadapi kekurangan buruh. Proses globalisasi ekonomi telah mewuiudkan keperluan buruh berkualiti tinggi di peringkat global (Global Workers). Komponen Teknologi Telekomunikasi dan Pengangkutan.



·         Komponen globalisasi juga dipercepatkan dengan perkembangan teknologi masa kini. Teknologi adalah alat atau tatacara yang membantu memudahkan pembuatan sesuatu produk. Teknologi ICT terutamanya internet memudahkan untuk berkomunikasi, membantu dalam mengendalikan perniagaan, pelaburan. pasaran saham dan perdagangan antarabangsa.



Kesan-Kesan Globalisasi Ekonomi



A)      Kesan Positif Globalisasi Ekonomi



·         Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Sesebuah negara. Keterbukaan yang dibawa oleh proses globalisasi telah mewujudkan persaingan yang hebat dalam segala aspek ekonomi hari ini. Sesebuah negara terpaksa meningkatkan kualiti produk yang berkos rendah dalam usahanya untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.



·         Menambahkan keupayaan modal dalam negara. Globalisasi ekonomi akan membawa masuk pelaburan luar asing (FDI) yang sudah tentu mampu menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara yang diiabun'nya. Hanya dengan suntikan modal asing sahaja membolehkan industri berkembang pesat terutamanya di negara-negara sedang membangun.



·         Perluasan pasaran dan perdagangan antarabangsa. Penghapusan dasar perlindungan dan sekatan tarif (GATT) dan amalan pasaran bebas akan memberikan peluang kepada produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.



·         Menggalakkan Pemindahan Teknologl, R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) seria Inovasi. Melalui globalisasi akan menggalakkan kemasukan Teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara-negara yang lebih maju



Kesan Negatif Globalisasi Ekonomi



·         Monopoli Pasaran Terlalu Bergantung Kepada Pelaburan Asing. Kemasukan pelaburan bebas dari syarikat MNCs dan TNCs akan mewujudkan pergantungan yang kuat kepada firma-firma tersebut dan jika tidak dikawal dari awal lagi maka firma-firma itu pula yang memonopoli pasaran dan menentukan arus perkembangan ekonomi sesebuah negara.



·         Jurang ekonomi bandar dengan luar bandar semakin melebar. Selain itu, pelaburan asing yang sukar dikawal akan dibiarkan bertumpu di bandar-bandar utama sahaja oleh sebab kemudahan asas yang sudah sedia terdapat di bandar. Kawasan luar bandar terus ketinggalan.



·         Persaingan Kepada industri Kecil dan Sederhana (IKS) Risiko Muflis. Globalisasi juga membawa persaingan yang hebat akibat keterbukaan kepada penyertaan syarikat gergasi dari luar negara. Entiti ekonomi tempatan yang lebih kecil saiznya, tidak cekap dari segi pengurusan dan pengeluaran sukar untuk bersaing dan risiko untuk muflis



·         Menghakis Kedaulatan Negara Negara sedang membangun sangat mudah terjejas oleh proses globalisasi terkini. Monopoli ekonomi akan menyebabkan negara sedang membangun terpaksa tunduk kepada kehendak syarikat multinasional. Ini akan menghakis kedaulatan sesebuah negara yang lemah ekonominya.



·         Ancaman Kepada Budaya Tempatan. Perkembangan pesat iCT dan keterbukaan dalam aspek internet dan teknologi maya telah mendorong kepada gejala negatif seperti penyebaran pornografi, penyebaran ideologi yang bertentangan dengan nilai dan agama dan lain-lain yang akan menjejaskan budaya tempaan melalui penerapan budaya kuning. Selain itu budaya tidak sihat iU90_ mudah disebarluaskan melalui pelbagai media alternatif seperti budaya gay (LGBT), punk. rock dari-lain ke dalam masyarakat tempaan. Nilai budaya murni sedia ada akan terhakis.

No comments:

Cuti2 Cameron 2013

Cuti2 Cameron 2013 Slideshow: Asmawi’s trip to Cameron Highlands was created with TripAdvisor TripWow!

Hari Keluarga Janda Baik, Bentong, Pahang 2011

Hari Keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Slideshow: Asmawi’s trip to Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

TRIP TO LANGKAWI

Trip to Langkawi, Kedah Slideshow: Asmawi’s trip from Pahang, Malaysia to Langkawi was created by TripAdvisor. See another Langkawi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.