BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR
FIZIKAL
TEMA 1 – ALAM SEKITAR FIZIKAL
Konsep
Sistem dan Sistem Suria
Konsep
Sistem
1
Sistem bermaksud satu set angkubah
atau komponen unsur fizikal yang saling berinteraksi antara satu sama lain
untuk mencapai tahap keseimbangan.
2
Setiap sistem mempunyai tenaga dan
jisim yang boleh masuk dan keluar dalam sesebuah sistem tersebut. Terdapat tiga
jenis sistem alam sekitar fizikal, iaitu:
(a) sistem terpencil yang mempunyai sempadan tertutup yang tidak
membenarkan pemindahan tenaga dan jisim melalui sistem tersebut.
(b) sistem tertutup yang mempunyai sempadan tertentu yang hanya membenarkan
input-output tenaga tetapi tidak membenarkan output jisim.
(c) sistem terbuka yang membenarkan input-output jisim dan tenaga menerusi
sempadannya untuk berfungsi dan mencapai tahap keseimbangan.
Sistem Suria
1
Sistem suria terletak dalam
Galaksi Bima Sakti atau Milky Way yang terdiri dari lapan buah planet yang
beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing yang berbentuk elips
secara mendatar.
2
Matahari menjadi pusat orbit,
punca tenaga dan graviti. Kesemua lapan buah planet (Utarid (Mercury), Zuhrah
(Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn),
Uranus (Uranus) dan Neptun (Neptune)) berputar di atas paksinya sendiri sambil
beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masingmasing.
3
Sistem bumi memperoleh tenaga dari
matahari. Sistem ini merupakan gabungan pelbagai komponen atau sistem
(atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera) yang berinteraksi dalam
persekitaran fizikal bumi.
4
Persekitaran fizikal bumi terdiri
daripada komponen litosfera, atmosfera, hidrosfera dan biosfera.
5
Litosfera ialah lapisan kerak bumi
yang terdiri daripada batuan, mineral dan tanah hasil daripada proses luluhawa
batuan.
6
Atmosfera terdiri daripada lapisan
pelbagai gas seperti nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan wap air yang
menyelimuti bumi.
7
Hidrosfera meliputi semua badan
air di permukaan bumi (seperti lautan, tasik, sungai, paya) dan air bawah
tanah.
8
Biosfera terdiri dari komponen
hidupan flora, fauna dan organisma seni.
Kedudukan Bumi dalam Sistem Suria
1
Bumi adalah satu planet yang
berbentuk sfera. Hal ini dapat dibuktikan melalui:
(a)
gambar foto bumi yang diambil dari
angkasa melalui satelit menunjukkan bumi berbentuk sfera.
(b)
pelayaran kapal mengelilingi dunia
yang bermula dan berakhir di tempat yang sama.
(c)
melihat kapal dari lautan yang
menghala ke pelabuhan atau daratan di mana struktur paling tinggi akan
kelihatan terlebih dahulu diikuti dengan struktur sebuah kapal.
(d)
gambaran kaki langit yang
melengkung apabila dilihat di lautan dan kawasan terbuka terutama dari tepi
laut atau dari tempat tinggi.
(e)
bukti kejadian gerhana bulan
apabila imej atau bayang bumi yang terkena pada bulan kelihatan melengkung di
permukaan bulan.
2
Bumi berputar di atas paksinya
yang condong (23—0) daripada garisan tegak. Bumi berputar dari arah
barat ke timur selama 24 jam untuk satu putaran lengkap. Keşan putaran bumi
menyebabkan:
(a)
kejadian siang dan malam apabila
bahagian bumi yang menghadap matahari mengalami waktu siang, manakala bahagian
bumi yang membelakangi matahari mengalami waktu malam.
(b)
kejadian pasang surut air laut
pada bahagian permukaan bumi yang menghadap dan menerima tarikan graviti bulan.
(c)
perbezaan waktu tempatan kerana
putaran bumi dari barat ke timur. Satü putaran lengkap (3600 ) mengambil
masa 24 jam. Oleh itu, bahagian timur bumi menerima sinaran matahari dan
mengalami waktu siang terlebih dahulu.
(d)
pembiasan arah angin lazim dan
arus lautan disebabkan daya koriolis, iaitu daya pesongan akibat putaran bumi.
Di hemisfera utara, pembiasan angin dan arus lautan berlaku ke arah kanan,
manakala di hemisfera selatan pula ia terbias ke kiri.
3
Bumi beredar mengelilingi matahari
mengikut orbitnya yang berbentuk elips yang mengikut arah lawan jam dan
mengambil masa selama satu tahun untuk membuat satu edaran lengkap. Keşan
peredaran bumi menyebabkan:
(a)
kejadian empat musim berlaku
apabila pancaran matahari pada waktu tengah hari berada pada latitud bumi dan
berubah-ubah semasa peredaran bumi. Perbezaan penerimaan jumlah bahang matahari
menyebabkan kejadian empat musim di kawasan beriklim sederhana dunia.
(b)
di hemisfera utara, ekuinoks musim
bunga (21 Mac kedudukan matahari berada tegak di atas Garisan Khatulistiwa),
solstis musim panas (21 Jun kedudukan matahari berada tegak di atas Garisan
Sartan), ekuinoks musim luruh (23 September kedudukan matahari berada tegak di
atas Garisan Khatulistiwa dan solstis musim dingin (22 Disember kedudukan
matahari berada tegak di atas Garisan Jadi).
(c)
waktu siang dan malam tidak sama
panjang antara hemisfera utara dengan hemisfera selatan disebabkan peredaran
bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksi bumi. Semasa solstis musim
panas kedudukan matahari berada di hemisfera utara dan tepat di atas Garisan
Sartan. Hal ini menyebabkan waktu siang lebih panjang di hemisfera utara.
Manakala semasa solstis musim sejuk, kedudukan matahari berada di hemisfera
selatan dan tepat di atas Garisan Jadi. Hal ini menyebabkan waktu malam lebih
panjang di hemisfera utara.
(d)
fenomena gerhana bulan berlaku
apabila bumi berada sebaris di antara matahari dengan bulan. Hal ini berlaku
kerana cahaya matahari dihalang oleh bumi menyebabkan bayang bumi melindungi
bulan.
(e)
fenomena gerhana matahari berlaku
apabila bulan berada sebaris di antara matahari dengan bumi. Hal ini berlaku
kerana cahaya matahari dihalang oleh bulan menyebabkan bayang bulan melindungi
atau jatuh pada permukaan bumi.
(f)
keadaan perihelion dan afelion
berlaku kerana peredaran bumi mengelilingi matahari mengikut orbit yang
berbentuk elips. Perihelion merujuk kepada kedudukan bumi pada jarak paling
hampir dengan matahari. Manakala afelion pula merujuk kepada kedudukan bumi
pada jarak paling jauh dengan matahari.
4
Kejadian empat musim mempengaruhi
aktiviti manusia di kawasan yang beriklim sederhana.Antaranya ialah:
(a)
aktiviti pertanian giat dijalankan
pada musim panas. Aktiviti ini bermula pada musim bunga dan berakhir sebelum
musim sejuk. Pada masa ini, permukaan tanah bebas daripada fros antara tiga
hingga empat bulan. Tanaman utama yang ditanam seperti gandum, barli, oat dan
buah-buahan sitrus.
(b)
aktiviti penternakan lembu dan
biri-biri pada musim panas dijalankan di padang ragut. Manakala pada ı
musim sejuk haiwan ternakan dikurung dan diberi makan di
dalam kandang kerana padang ragut dilitupi salji.
(c)
aktiviti perikanan giat dijalankan
pada musim panas dan terhenti pada musim sejuk kerana laut membeku dan
pelabuhan terpaksa ditutup.
(d)
aktiviti pembalakan hutan pokok
tirus di Kanada dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku dan
memudahkan aktiviti menebang. Permukaan bumi yang dilitupi salji dan licin
memudahkan kayu balak ditarik ke sungai. Pada musim panas, salji yang mencair
memudahkan kayu balak dihanyutkan ke kilang-kilang papan yang terletak di
sepanjang tebing sungai.
(e)
aktiviti perlombongan di kawasan
empat musim seperti melombong besi dan tembaga di Kanada giat dijalankan pada
musim panas. Aktiviti ini terpaksa dihentikan pada musim sejuk kerana permukaan
bumi dilitupi salji tebai yang menyukarkan kerja-kerja melombong.
(f)
aktiviti pelancongan dan rekreasi
giat berlaku pada musim panas kerana cahaya matahari yang banyak menggalakkan
aktiviti berjemur di pantai. Manakala pada musim sejuk kegiatan pelancongan
terhad kerana salji yang tebai menyukarkan pengangkutan (!apangan terbang
ditutup dan pengangkutan darat menjadi terhad) tetapi menggalakkan aktiviti
sukan musim sejuk seperti bermain ski atau luncur salji.
(g)
aktiviti pemburuan dijalankan pada
musim sejuk kerana bulu binatang sangat tebai pada musim sejuk. Pergerakan
binatang sangat perlahan di atas salji yang tebai dan ini memudahkan kerja
pemburuan dilakukan.
Tenaga dan PerananTenaga Suria
KonsepTenaga
1
Tenaga bermaksud keupayaan untuk
melakukan sesuatu kerja atau aktiviti. Terdapat dua sumber tenaga dalam sistem
bumi, iaitu tenaga endogenik (tenaga yang berpunca dari dalam bumi) dan tenaga
eksogenik (tenaga yang berpunca dari luar bumi).
2
Tenaga endogenik yang berpunca
dari perut bumi digerakkan oleh tekanan arus perolakan magma yang berupaya
menghasilkan tenaga pergerakan plat (gempa bumi), tenaga haba bumi, tenaga
graviti dan tenaga radiogenik (bahan yang terhasil oleh perepqtan radioaktif).
3
Tenaga endogenik dapat
menggerakkan lapisan kerak bumi menyebabkan berlakunya aktiviti pembentukan
gunung berapi, proses lipatan kerak bumi, gelinciran, pergerakan plat tektonik,
kejadian gempa bumi dan rebakan dasar laut.
4
Tenaga eksogenik merupakan tenaga
yang berpunca dari luar bumi, iaitu matahari. Tenaga haba matahari dipindahkan
ke bumi melalui sinaran gelombang elektromagnet pendek dan melalui bahangan.
5
Tenaga haba matahari yang sampai
ke atmosfera dan bumi kemudiannya ditukarkan kepada bentuk tenaga bahangan
(insolasi), tenaga potensi, tenaga kinetik dan tenaga kimia. Hal ini
menyebabkan berlakunya proses eksogenik di permukaan bumi seperti proses luluhawa,
pergerakan jisim, hakisan, pengangkutan dan proses pemendapan.
Peranan Tenaga Suria
Peranan Tenaga Suria terhadap Proses-proses Fizikal
1
Tenaga suria berperanan terhadap
proses-proses fizikal yang berlaku di dalam sistem geomorfologi, atmosfera, hidrologi
dan ekologi.
2
Sistem geomorfologi—Pancaran
tenaga suria secara langsung menyebabkan berlakunya proses luluhawa fizikal
seperti proses pengembangan batuan pada waktu siang (suhu tinggi) dan
pengecutan pada waktu malam (suhu rendah). Secara tidak langsung, tenaga
matahari yang menghasilkan hujan dan angin boleh menyebabkan kejadian luluhawa
kimia, tanah runtuh dan hakisan permukaan.
3
Sistem atmosfera—Perbezaan taburan
tenaga suria di bumi menyebabkan kesan pemanasan dan tekanan udara yang
berbeza. Perbezaan tekanan udara ini menyebabkan berlakunya pergerakan edaran
umum atmosfera, kejadian angin monsun dan angin tempatan seperti bayu laut dan
bayu darat.
4
Sistem hidrologi—Tenaga matahari
berfungsi menggerakkan kitaran air secara menegak (sejatan, kerpasan dan
resapan) dan kitaran air secara mendatar (alir lintang atmosfera, air larian
permukaan dan aliran air bawah tanah).
5
Sistem
ekologi—Tenaga matahari membantu tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui
proses fotosintesis dan proses pemindahan tenaga melalui siratan dan rantaian
makanan.
Peranan Bahangan Suria terhadap Tumbuhan
1
Bahagian mempengaruhi proses
transpirasi atau pepeluhan. Transpirasi ialah proses kehilangan air dari liang
stoma daun dan tisu tumbuhan manakala fotosintesis pula ialah proses tumbuhan
membuat makanannya sendiri menggunakan cahaya matahari.
2
Tumbuhan memerlukan bahangan
cahaya matahari yang banyak untuk menggalakkan pokok berbunga dan berbuah.
3
Taburan keamatan bahangan matahari
menentukan taburan jenis hutan yang berbeza di dunia seperti hutan
khatulistiwa, hutan pokok tirus dan hutan tundra.
4
Selain itu, perbezaan bahangan
matahari juga mempengaruhi ciri-ciri tumbuhan seperti jenis tumbuhan, kepadatan
pokok, bentuk daun, jenis dahan, kanopi pokok, tumbuhan parasit, tumbuhan menjaiar
atau melilit dan lain-lain.
Peranan Bahangan Suria terhadap Haiwan
1
Tenaga suria menentukan sifat
fizikal haiwan seperti warna, ketebalan kulit dan bulu. Selain itu, tenaga
suria juga mempengaruhi proses respirasi bagi mengimbangi suhu badan haiwan.
2
Hibernasi (tidak aktif atau tidur
sepanjang musim) bagi sesetengah haiwan terutamanya ketika musim sejuk seperti
beruang kutub.
3
Haiwan seperti burung berpindah
habitat (berhijrah) kerana mengikut perubahan musim. Burung-burung ini akan
berhijrah dari kawasan yang mengalami musim sejuk ke kawasan yang mengalami
musim panas untuk mencari sumber makanan dan bahangan matahari.
4
Bahangan suria mempengaruhi
kepelbagaian jenis dan cara hidup haiwan yang mengikut perbezaan kawasan iklim.
5
Bahagian suria juga mempengaruhi
musim haiwan mengawan, iaitu pada musim sejuk dan pembiakan pada musim panas.
Peranan Bahangan Suria terhadap Aktiviti Manusia
1
Aktiviti pertanian (pembajakan,
penanaman, pembajaan, penyemburan racun serangga dan penuaian) di kawasan
tropika lembap dapat dijalankan dengan berkesan sepanjang tahun kerana
penerimaan bahangan suria yang banyak sepanjang tahun. Bahangan suria menggalakkan
tanaman melakukan proses fotosintesis, berbunga dan berbuah.
2
Aktiviti penternakan dapat
dijalankan sepanjang tahun di kawasan tropika lembap yang menerima tenaga suria
yang banyak sepanjang tahun.
3
Aktiviti pembalakan giat
dijalankan pada musim kering kerana menerima tenaga suria yang banyak. Pada
musim hujan aktiviti pembalakan terjejas kerana gangguan hujan dan masalah
pengangkutan darat.
4
Aktiviti perlombongan dapat
dijalankan sepanjang tahun kerana tenaga suria sepanjang tahun mengelakkan
kejadian hujan lebat dan banjir.
5
Aktiviti perikanan memerlukan
tenaga suria sepanjang tahun kerana sinaran matahari memudahkan nelayan pergi
ke laut dan menggalakkan pertumbuhan plankton untuk pembiakan ikan.
6
Aktiviti pelancongan dan rekreasi
seperti berjemur di pantai, berkelah, berkhemah dan sukan pantai dapat
dijalankan sepanjang tahun di kawasan tropika lembap kerana menerima cahaya
matahari sepanjang tahun.
7
Aktiviti Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) seperti mengeringkan ikan dan menjemur hasil pertanian seperti
padi, sagu, koko dan lada hitam memerlukan tenaga matahari yang banyak
sepanjang tahun.
No comments:
Post a Comment