1.
Globalisasi ekonomi bermaksud
saling bergantung antara negara daripada segi bahan mentah, buruh, modal,
pasaran dan teknologi pengeluaran. Hubungan ini dipermudahkan oleh kemajuan
dalam teknologi maklumat dan sistem perhubungan.
2.
Proses globalisasi menyebabkan
pengurangan dalam halangan hubungan antara negara dalam bidang ekonomi,
perdagangan dan pelaburan. Urusan perdagangan dipermudahkan. la mewujudkan
keterbukaan ekonomi sesebuah negara kepada pasaran global. persaingan pasaran
dan peluang. Peluang untuk maju lebih cerah namun dalam masa yang sama juga
boleh menyebabkan kegagalan
Kesan Globalisasi Ekonomi
Kesan Positif
1.
Perdagangan bebas-Aliran
perdagangan antara negara akan bertambah. Setiap negara akan menikmati
penghapusan pelbagai cukai dan sekatan perdagangan. KDNK sesebuah negara akan
meningkat jika cekap dan bijak bersaing.
2.
Perluasan pasaran-Pasaran barangan
dan perkhidmatan bertambah luas. Hubungan pemasaran antara sebuah negara dengan
negara lain lebih kukuh. Sebelum ini hanya bergantung kepada pasaran domestik
sahaja.
3.
Pemindahan teknologi-Malaysia akan
mendapat faedah melalui pemindahan teknologi dan kepakaran asing terutama dari
negara maju. Pemindahan teknologi berlaku secara latihan dalam perkhidmatan.
usaha sama dan kursus pembaikan kualiti.
4.
Aliran buruh-Negara yang
kekurangan tenaga buruh akan memperoleh sumber tersebut daripada negara yang
mempunyai tenaga buruh yang ramai. Buruh negara lain dibenarkan bekerja dalam
sektor perladangan, perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan seperti di
Malaysia.
5.
Menggalakkan persaingan-Sistem
pasaran bebas sentiasa menggalakkan persaingan secara Sihat antara pemain
industri dan perniagaan. Persaingan sihat akan memberi faedah dari segi pembaikan
kualiti barangan dan perkhidmatan.
6.
Peningkatan kualiti
produk-Pengusaha akan sentiasa cuba meningkatkan kualiti barangan dan
perkhidmatannya dan ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Akhirnya. Pengguna
akan mendapat faedah peningkatan kualiti tersebut.
1.
Penguasaan ekonomi negara oleh
MNC-Syarikat MNC memiliki modal besar dan berteknologi tinggi. Pergantungan
keterlaluan kepada MNC akan menyebabkan MNC membeli pasaran dan menentukan arus
perkembangan ekonomi di sesebuah negara.
2.
Ancaman kepada barangan dan
perkhidmatan tempatan-Globalisasi membawa persaingan hebat dalam pasaran.
Syarikat tempatan yang tidak cekap tidak dapat bersaing untuk menghasilkan
barangan yang berkualiti dan murah.
3.
Ancaman kepada budaya
tempatan-Keterbukaan juga menjejaskan budaya tempatan. Cara pemakanan, fesyen,
bahasa dan gaya hidup budaya barat dianggap tidak sesuai dengan budaya
tempatan.
4.
Kesukaran mengawal aliran
modal-Pelabur asing sentiasa mencari pasaran baru yang menguntungkan. Kemasukan
pelaburan asing yang sangat banyak akan menjejaskan ekonomi jika mereka menarik
keluar pelaburan dengan segera.
5.
Penghakisan kedaulatan
negara-Negara yang miskin dan lemah sukar mengawal MNC. MNC akan memberi
tekanan kepada sesebuah negara untuk mengikuti telunjuk mereka. Negara tidak
lagi membangun mengikut acuan sendiri tetapi mengikut telunjuk pelabur asing.
Kepentingan Kerjasama antara Kawasan
1.
Kecekapan dapat ditingkatkan
menerusi perkongsian teknologi, kepakaran dan modal.
2.
Ekonomi lebih berkembang kerana pasaran
lebih luas.
3.
Daya saing lebih berdaya maju
kerana barangan dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak dengan kualiti
tinggi.
4.
Pengkhususan negara dapat
mengkhusus dalam bidang yang mempunyai kelebihan tenaga buruh atau bahan
mentah.
5.
Penyertaan dalam ekonomi global
menyebabkan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran globalisasi.
Aspek-aspek Saling Bergantung Antara Kawasan
1.
Pelaburan-Pelaburan asing
diperlukan kerana kekurangan modal tempatan. Malaysia banyak menerima pelaburan
dari Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura. Hal ini menjadikan Malaysia sebagai
negara pengeluar utama produk elektrik dan elektronik di dunia.
2.
Teknologi-Teknologi tinggi dari
negara maju dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi. Penduduk menerima
latihan dan pemindahan kepakaran di tempat mereka bekerja.
3.
Pengeluaran-Usaha membangunkan
pengeluaran barangan dan perkhidmatan bergantung kepada input bahan mentah yang
diimport. Ia dijadikan barangan siap dan dieksport semula seperti barangan
elektronik.
4.
Pasaran-Barangan dan perkhidmatan
perlu dipasarkan ke negara lain. Malaysia adalah negara perdagangan yang ke-18
terbesar dunia. ia menunjukkan perdagangan antarabangsa menjadi tumpuan pasaran
barangan Malaysia.
5.
Buruh-Negara atau kawasan yang
kekurangan tenaga buruh mendapatkan bekalan buruh dari kawasan yang mempunyai
lebihan tenaga buruh. Malaysia bergantung kuat kepada tenaga buruh asing dari
negara jiran seperti Indonesia dan Bangladesh. Mereka bekerja dalam sektor
perindustrian, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan restoran.
Kerjasama Serantau
1.
Konsep kerjasama serantau
bermaksud satu pakatan kerjasama antara negara serantau yang telah menjalinkan
persefahaman. kesepakatan dan kerjasama dalam bidang-bidang yang telah
dipersetujui.
2.
Idea kerjasama muncul setelah timbul
kesedaran betapa sukarnya untuk bersaing bersendirian di pasaran antarabangsa
dalam era globalisasi. Kesukaran untuk bersaing ini dirasai oleh semua negara
di dunia sama ada negara maju apatah lagi negara sedang membangun seperti
Malaysia Antara pakatan ekonomi serantau ialah: ‘
(a) Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
(b) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
(c) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
(d) Kerjasama Ekonomi Antara Negara Asia Timur (EAEC)
(e) Kesatuan Eropah (EU)
(f) Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Faedah-faedah
sosioekonomi yang diperoleh Malaysia dengan menyertai ASEAN:
1.
Pasaran-Barangan dan perkhidmatan
yang dikeluarkan di Malaysia mudah menembusi pasaran ASEAN. Pasaran bersama
meningkatkan KDNK Malaysia.
2.
Bekalan buruh-Kekurangan tenaga
buruh terutama dalam sektor ekonomi dapat ditampung melalui mengimport tenaga
buruh asing dari negara anggota. Malaysia turut menikmati kemasukan tenaga
mahir dan kepakaran tinggi dalam bidang lain.
3.
Aliran modal-Kekurangan modal
tempatan akan ditampung oleh kemasukan modal asing (FDI) dari negara ASEAN. la
menambahkan modal dalam negara dan mengurangkan kadar pengangguran.
4.
Perkongsian sumber alam-Malaysia
menikmati bekalan sumber dari pelbagai negara berbeza. la untuk memenuhi
keperluan sumber makanan, bahan mentah dan bahan api.
5.
Perkongsian teknologi-Malaysia
menikmati pemindahan teknologi dan meningkatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Berlaku penjimatan kos pengeluaran dan peningkatan
kecekapan.
6.
Meningkatkan daya saing-Persaingan
dengan pengusaha negara lain mendorong pengusaha Malaysia memperbaiki kualiti
produk dan menurunkan harga supaya lebih kompetitif. Harga barangan dapat
dikurangkan.
7.
Meningkatkan keselamatan
serantau-Ancaman pengganas dan lanun dapat dikurangkan. Rondaan pasukan
keselamatan dari pelbagai negara dapat menjamin keselamatan terutama di
perairan Selat Melaka.
8.
Menjaga alam sekitar-Jawatankuasa
bersama dibentuk bagi menangani isu-isu alam sekitar seperti jerebu. Sistem
amaran awal diwujudkan bagi membuat persediaan sebelum bencana seperti sistem
amaran awal tsunami.
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
1.
Aliran perdagangan antara negara
ASEAN-AFTA ditubuhkan untuk menggalakkan perdagangan di kalangan negara anggota
ASEAN. Halangan perdagangan seperti cukai berganda, tarif dan dasar
perlindungan cuba dihapuskan.
2.
Pasaran-Barangan sesebuah negara
anggota boleh dipasarkan di mana-mana negara anggota ASEAN yang mengamalkan
pasaran bebas. Saiz pasaran barangan dan perkhidmatan lebih besar kerana
penduduk ASEAN melebihi 540 juta orang.
3.
Ancaman globalisasi-Globalisasi
ekonomi memberi kelebihan kepada negara kaya dan maju. Lambakan barangan akan
berlaku dalam pasaran ASEAN. AFTA berfungsi menghalang lambakan pasaran.
4.
Persaingan-Setiap negara anggota
yang mengeluarkan barangan yang sama akan mengelakkan untuk bersaing sesama
sendiri. Pengusaha akan mencari satu mekanisme pasaran yang mencakupi
perkongsian teknologi, bahan mentah, kepakaran dan rangkaian pemasaran seperti
kerjasama Malaysia dengan Indonesia dalam penetapan harga minyak kelapa sawit.
5.
Faedah kos berbanding-Setiap
negara anggota akan mengkhusus dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan
yang dimiliki. ia dapat menawarkan barangan pada harga rendah kerana
menjimatkan kos, penggunaan bahan mentah dan memperoleh perkongsian teknologi
dan kemahiran.
6.
Menjamin bekalan berterusan-Setiap
negara akan menikmati jaminan bekalan barangan yang berterusan. Sebarang
gangguan pasaran yang boleh menyebabkan kekurangan bekalan akan ditampung
melalui import dari negara anggota sendiri.
Faedah-faedah yang Diterima Malaysia daripada AFTA
1.
Harga barangan dan perkhidmatan
lebih murah-Disebabkan perlaksanaan cukai rendah atau penghapusan dasar
perlindungan, harga sesetengah barangan atau perkhidmatan menjana lebih murah.
2.
Pilihan pengguna yang lebih
banyak-Kemasukan barangan dan perkhidmatan luar akan mempelbagaikan produk di
pasaran. Pengguna lebih banyak pilihan barangan di pasaran.
3.
Menjana peluang pekerjaan-Aktiviti
pengeluaran sama ada industri atau pertanian akan meningkat bagi memenuhi
permintaan pasaran AFTA. Kesannya, peluang pekerjaan akan bertambah sekali gus
mengurangkan kadar pengangguran.
4.
Pengkhususan aktiviti
pengeluaran-Kerjasama antara pengusaha di kalangan negara AFTA akan menjimatkan
kos dan meningkatkan kecekapan pengeluar. la mendatangkan keuntungan
pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi seperti penjimatan kos
buruh, kos bahan mentah dan kos pengangkutan.
5.
Pembangunan teknologi dan
kepakaran-Untuk mencapai daya saing kompetitif dalam pasaran AFTA, kebanyakan
syarikat akan berusaha meningkatkan teknologi dan R&D. ia bertujuan
memenuhi kepelbagaian cita rasa pengguna dari segi kualiti dan harga yang mampu
beli.
6.
Meningkatkan aliran
perdagangan-Penghapusan halangan tarif dan cukai akan meningkatkan aman
perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan ASEAN. Pendapatan eksport negara
akan meningkat dan defisit imbangan perdagangan akan diperbaiki.
7.
Mengurangkan tekanan globalisasi-Disebabkan
globalisasi ekonomi, barangan dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat
dan lain-lain mudah memasuki pasaran. Melalui AFTA pergantungan produk dari
negara maju dapat dikurangkan.
8.
Kemasukan pelabur asing-Penguasaan
modal dalam negara juga berkembangan. Pelabur asing ASEAN akan bertambah. Ia
dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi khususnya perindustrian.
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
1.
APEC ditubuhkan pada tahun 1989 dan
dianggotai oleh negara-negara yang berada dalam lingkungan Lautan Pasifik.
2.
Ini bermakna keanggotaan APEC
terdiri daripada negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan,
China, Singapura, Kanada, Australia serta New Zealand dan negara-negara sedang
membangun seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Mexico.
3.
APEC bukanlah sebuah pertubuhan
kerangka ekonomi yang memerlukan setiap negara anggota melaksanakan objektif
penubuhannya secara total (paksa) tetapi perlaksanaannya adalah secara sukarela
berdasarkan keperluan sesebuah negara.
4.
Bentuk kerjasama APEC hanya
tertumpu kepada bidang ekonomi sahaja.
5.
APEC mengutamakan pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi setiap negara anggota. Faedah pertumbuhan dan pembangunan
ini akan memberi keuntungan kepada setiap penduduk di kalangan negara anggota.
6.
Bagi merealisasikan matlamat
tercapai, setiap negara anggota akan membuka pasaran mereka dan menghapuskan
halangan-halangan pasaran selaras dengan prinsip World Trade Organization (WTO)
dan General Agreement on Tariffs and Trade (GATT).
7.
Negara anggota bersetuju untuk
mewujudkan lebih banyak peluang kepada Foreign Direct Investment (FDI). ia akan
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
Kepentingan Pakatan
Ekonomi Serantau
1.
Mengurangkan kesan negatif
globalisasi ekonomi dunia-Syarikat kecil dari negara sedang membangun sukar
bersaing kerana kekurangan modal, teknologi dan tidak memiliki rangkaian
pemasaran cekap. Melalui pakatan ekonomi serantau tekanan persaingan
dikurangkan. Persaingan menjadi lebih adil kepada setiap peserta pasaran.
2.
Pasaran bersama-Saiz pasaran tidak
lagi bergantung kepada pasaran domestik semata-mata. Setiap negara anggota akan
mengurangkan atau menghapuskan cukai dan tarif barangan import untuk memudahkan
barangan negara lain memasuki pasaran.
3.
Meningkatkan daya saing
serantau-Ketahanan daya saing lebih berkesan kerana tindakan ke atas pasaran
lebih bersifat kolektif. Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan lebih
berkualiti dan harga lebih kompetitif.
4.
Menjaga kepentingan bersama
serantau-Kepentingan bersama sentiasa diutamakan selaras dengan semangat
persefahaman ASEAN. Malaysia, Indonesia dan Thailand telah membentuk satu
jawatankuasa untuk menyelaras usaha mempertahankan harga minyak sawit di
pasaran.
5.
Keperluan guna tenaga
buruh-Persefahaman telah dibentuk untuk membekalkan buruh dari negara yang
berlebihan tenaga buruh seperti Indonesia, Filipina dan Thailand ke negara yang
kurang tenaga buruh seperti Malaysia dan Singapura. Bagi Malaysia guna tenaga
asing telah membantu menggerakkan sektor perladangan, pembinaan dan
perindustrian.
6.
Teknologi penyelidikan dan
pembangunan-Kerjasama serantau juga memberi faedah peningkatan teknologi kepada
negara sedang membangun. Ia berdasarkan perkongsian pintar dan kerjasama
menang-menang. Teknologi ini dapat dipelajari oleh pekerja tempatan melalui
kursus, latihan dan usaha sama.
Halangan-halangan Kerjasama Serantau
1.
Perbezaan ekonomi antara negara
anggota-Tahap pembangunan ekonomi yang berbeza telah menjadi penghalang utama
kerjasama serantau. Setiap negara akan mempertahankan tarif dar1 dasar
perlindungan masing-masing demi kepentingan penduduk.
2.
Konflik politik wilayah dalam
negara anggota-Sebahagian negara anggota mempunyai masalah politik dalaman.
Selatan Thailand sentiasa bergolak kerana menuntut kemerdekaan dari kerajaan pusat
Thailand, sama seperti selatan Filipina.
3.
Persaingan antara kepentingan
negara dengan kepentingan serantau-Konflik kepentingan negara dengan
kepentingan serantau. ini berlaku kerana barangan yang dikeluarkan bersifat
homogen. Contohnya, Malaysia sentiasa melindungi industri automotifnya daripada
lambakan alat ganti kenderaan dari Thailand.
4.
Keupayaan melaksanakan projek
kerjasama serantau Perlaksanaan projek bersama lebih bergantung kepada
keupayaan modal dari negara yang lebih maju. ia menjadi bebanan baru kepada
negara maju dalam pakatan.
5.
Pencemaran merentasi sempadan-Asia
Tenggara sering menghadapi masalah pencemaran udara (jerebu) akibat kebakaran
hutan di Indonesia. Malahan asap jerebu boleh bergerak sejauh 1 200 km hingga
selatan Mindanao.
6.
Keselamatan serantau-Serangan
lanun dan pengganas boleh berlaku merentasi sempadan seperti rampasan kapal
tangki. serangan hotel di Jakarta dan cubaan melumpuhkan ekonomi Singapura. ia
mengganggu pertumbuhan ekonomi negara pakatan serantau.
Segi Tiga Pertumbuhan
1.
Segi tiga pertumbuhan merujuk
kepada kerjasama memajukan sub-sub wilayah yang berjiran di dalam ASEAN.
2.
Terdapat tiga jenis segi tiga
pertumbuhan ASEAN. iaitu:
(a) Segi Tiga Pertumbuhan lMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand-Growth
Triangle)
(b) Segi Tiga Pertumbuhan IMS-GT (indonesia, Malaysia, Singapura- Growth
Triangle)
(c) Segi Tiga Pertumbuhan BlMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia,
Filipina-East ASEAN Growth Triangle)
3.
Fokus kerjasama lMS-GT ialah
perindustrian. lMT-GT pula ialah sumber pertanian dan pelancongan manakala
EAGA-BIMP dalam pelbagai kegiatan ekonomi.
4.
Peranan segi tiga pertumbuhan dalam
memajukan wilayah melalui:
(a) Perdagangan-Aktiviti perniagaan dan perdagangan menjadi rancak kerana
pasaran lebih luas. Cukai barangan dan perkhidmatan boleh dikurangkan apabila sesuatu
kawasan digazet sebagai kawasan bebas cukai di wilayah tersebut.
(b) Pelaburan-Nilai pelaburan akan bertambah. Sub wilayah yang lebih maju
akan melabur dalam pelbagai bidang di wilayah yang kurang maju. Pelaburan
Singapura paling banyak di Wilayah Pembangunan iskandar Johor (WPI).
(c) Pelancongan-Sub wilayah selatan Thailand menawarkan produk pelancongan
yang menarik seperti Phuket manakala Malaysia pula di Pulau Langkawi.
Pertambahan bilangan pelancong asing akan memberi pendapatan kepada negara dan
penduduk.
(d) Pergerakan buruh-Pergerakan buruh di kawasan segi tiga dipermudahkan
dengan hanya kepaduan pas masuk (boarding pass).
(e) Penggunaan sumber-Sumber alam dapat dieksploitasi dengan berkesan. ia
boleh meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
(f) Pengangkutan dan perhubungan-infrastruktur pengangkutan dinaiktarafkan
seperti pembinaan pelabuhan baharu, lapangan terbang dan jaringan jalan raya
atau lebuh raya. Capaian internet juga dipertingkatkan bagi memudahkan pengguna
mendapat maklumat dengan cepat.
Halangan-halangan yang Dihadapi oleh Segi Tiga
Pertumbuhan
1.
Halangan fizikal-Bentuk muka bumi
bergunung-ganang dan terdiri daripada pulau-pulau menyukarkan perhubungan
diantara kawasan segi tiga terutama di BiMP-EAGA.
2.
Halangan politik-Terdapat
sebahagian wilayah yang tidak aman, sering berlaku pergolakan dan pertempuran
bersenjata. Wilayah selatan Thailand dan selatan Mindanao terdapat pemberontak menuntut
kemerdekaan dari kerajaan pusat. la mengganggu kemajuan wilayah berkenaan.
3.
Halangan pasaran-Kemiskinan dan
pendapatan per kapita isi rumah rendah terutama di selatan Thailand, selatan
Filipina dan Indonesia. Ia mengurangkan keberkesanan pasaran, mengehadkan permintaan
barangan dan mengurangkan pelaburan.
4.
Dasar percukaian-Persaingan sesama
sendiri kerana mengeluarkan barangan yang sama antara ahli. Terdapat dasar
percukaian dan perlindungan bertujuan menjaga kepentingan sendiri.
5.
Kekurangan modal-Kecuali
Singapura, lain-lain negara yang terlibat sebagai ahli merupakan negara sedang
membangun. Modal tempatan bersaiz kecil, tidak berkeupayaan menggerakkan
pertumbuhan ekonomi. Ia menjejaskan pembangunan kawasan.
6.
Kekurangan teknologi-Keupayaan
teknologi setiap negara anggota sangat terhad terutama dalam pengeluaran industri.
Malahan
No comments:
Post a Comment