Bagi semua pelajar-pelajar yang bakal menduduki STPM 2008, diucapkan semoga dapat menempuhi dengan penuh semangat dan penuh keyakinan. Anda semua sebenarnya telah begitu hampir untuk mencipta satu lakaran penting dalam hidup bagi masa depan yang mendatang.
Segala usaha anda selama ini bakal diluahkan dalam tempoh tiga minggu ini. Semua yang dipelajari dan yang diajar olehl cikgu-cikgu bakal ditanya hanya dalam masa tiga jam sahaja. Harapan cikgu, semuanya dapat dijawab dengan baik.
Apa yang diharapkan jangan lupa memohon pertolongan dari Allah s.w.t agar segala usaha anda selama ini diberkati dan dipermudahkan ketika menjawab soalan peperiksaan nanti.