Ekonomi primer ialah sektor
ekonomi asas yang berhubung terus dengan sumber alam. Antaranya seperti
pertanian, perikanan. penternakan, perhutanan dan perlombongan adaiah terletak
dalam kategori sektor primer kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat
awai yang menggunakan sumber alam sebagai bahan mentah dan produknya. Tanpa
sumber alam sector ini tidak boleh beroperasi
Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Primer
·
Jenis
aktiviti ekonomi: Terbahagi kepada sektor yang berasaskan sumber alam seperti
pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan dan perikanan.
·
Taburan.
Mengikut kawasan sumber pengeluaran -contoh pinggir laut (perikanan), luar
bandar (pertanian).
·
Orientasi
pengeluaran. Skala pengeluaran samada kecil, sederhana atau besar, intensif
atau ekstensif. Contohnya sektor perladangan tujuannya ialah untuk eksport dan
skala pengeluarannya beratus hektar.
·
Ciri
Penggunaan modal. Modal pusingan yang digunakan banyak atau sedikit. Sebagai
contoh sektor perladangan di Malaysia bermodal besar menggunakan modal GLC
seperti daripada FELDA dan SIMEDARBY.
·
Ciri
buruh dan kepakaran. Meliputi kuantiti dan kualiti penggunaan buruh, tenis
buruh yang digunakan (buruh tempatan atau buruh asing), intensif buruh atau
giat tentera. Dalam sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia banyak menggunakan
tenaga buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh.
·
Ciri
teknologi yang digunakan. Penggunaan teknologi konvensional atau teknologi
moden. Sebagai contoh sektor perikanan pinggir pantai menggunakan teknologi tradisional
seperti bubu. pukat, jala dan pancing. Manakala perikanan laut dalam
menggunakan teknologi moden seperti alat ecosonar dan GPS, pukat tunda, pukat
harimau dil.
Sumbangan/kepentingan Sektor Ekonomi Primer.
·
Memajukan
sektor lain yang berkaitan. Dalam konteks ini rantaian ekonomi hiliran akan
berkembang apabila bahan mentahnya disumbangkan oleh sektor ekonomi primer. Contohnya
sektor perlombongan petroleum dan gas asli membantu perkembangan industri petrokimia
seperti pembuatan plastik, polistrin, cat dan sebagainya.
·
Meningkatkan
kemaluan Teknologi dan R&D. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam
negara melalui program R&D, seperti bioteknologi dan nanoteknologi.
·
Peluang
Pekerjaan. Membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk sekaligus
meningkatkan pendapatan perkapita mereka melebihi garis kemiskinan. Kadar
penggangguran berkurangan, kuasa beli dan tabungan bertambah dan taraf hidup
penduduk akan meningkat.
·
Pasaran
dan Pendapatan Negara. Perluasan pasaran dan kesan-kesan positif dari perluasan
pasaran samada dalam atau luar negara. Ini menyebabkan aliran perdagangan
meningkat mampu memperbaiki imbangan perdagangan, Pendapatan eksport negara
akan bertambah -KDNK meningkat, pertumbuhan ekonomi negara keseluruhannya
menjadi pesat.
·
Modal dan
Pelaburan. Perkembangan sektor ekonomi primer juga berupaya menambahkan dana
dalam negara terutamanya menerusi pelaburan asing (FDI) dan juga syarikat
berkaitan kerajaan (GLC). Contoh FELDA dan SIMEDARBY melabur dalam perladangan
kelapa sawit. SHELL dan PETRONAS melabur dalam perlombongan minyak dan gas.
·
Buruh dan
Kepakaran. Penggunaan tenaga buruh murah, mahir dan separa mahir dalam sektor
perladangan dan perlombongan. Kos buruh yang murah akan menarik kemasukan
pelaburan asing. Di samping penggunaan buruh asing bagi sektor kritikal seperti
sektor perladangan.
Masalah dan Cabaran Yang Dihadapi oleh Sektor Ekonomi Primer Di
Malaysia Masa Kini
·
Kekurangan
modal untuk meningkatkan pengeluaran. Masalah kekurangan buruh. Di Malaysia,
masalah kekurangan buruh dihadapi oleh sektor perladangan.
·
Masalah
pasaran. Masalah ini berlaku kerana penghasilan produk yang tidak berkualiti
sukar untuk bersaing di pasaran global.
·
Masalah
teknologi. Daya saing pasaran juga berkaitan dengan kekurangan teknologi,
R&D dan inovasi bagi menghasilkan produk yang dapat memenuhi citarasa
semasa pengguna.
·
Masalah
pengurusan. Kelemahan pengurusan dan urus tadbir governan serta korporat banyak
mengganggu kelancaran proses pembangunan ekonomi.
·
Masalah
fizikal. ini boleh dikaitkan dengan ancaman cuaca seperti banjir, kemarau,
ancaman pencemaran seperti jerebu dan penularan wabak penyakit.
Sektor Sekunder (Perkilangan)
Sektor sekunder adalah sektor
ekonomi lanjutan daripada sektor primer. ia lebih bersifat pemprosesan dan
pembuatan. Sektor sekunder banyak menggunakan keluaran (output) sektor primer
sebagai bahan mentahnya untuk diproses menjadi barangan separa siap. Contoh
sektor ekonomi sekunder ialah: industri pemprosesan, industri pembuatan,
industri pembinaan dan juga industri penjanaan tenaga.
Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Sekunder:
·
Jenis
aktiviti ekonomi: Terbahagi kepada tiga iaitu industri pemprosesan. industri
pembuatan dan industri pembinaan.
·
Taburan.
industri pemprosesan berada di kawasan sumber. Contohnya kilang memproses
kelapa sawit berada di ladang kelapa sawit. Manakala kilang pembuatan pula
berada di kawasan pasaran/bandar seperti kilang elektrik, elektronik, makanan, minuman
dll supaya produknya mudah dipasarkan.
·
Orientasi
pengeluaran. Syarikat pembuatan seperti PANASONIC. SONY, SAMSUNG. NOKIA adalah
syarikat Multinasiond yang beroperasi secara besar-besaran untuk memenuhi
pasaran global. Manakala lndustri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah berskala
tempatan/kecil yang menjadi pembekal kepada syarikat multinasional.
·
Ciri Penggunaan
modal. Bagi industri berskala besar (syarikat multinasional) adalah milik pelabur
asing sepenuhnya samada dari Jepun, Korea, USA, Eropah dii. Manakala syarikat
IKS adalah dimiliki oleh penduduk tempatan.
·
Ciri
buruh dan kepakaran. Industri berskala besar menggunakan tenaga pakar import
yang dibawa masuk bersama dengan pelaburan mereka. Tenaga buruh bagi syarikat
besar lazimnya menggunakan tenaga buruh tempatan yang lebih murah kosnya.
·
Ciri
teknologi yang digunakan. Syarikat multinasional menggunakan teknologi tinggi
(Hi-Tech). Oleh itu ia amat mementingkan aspek penyelidikan dan pembangunan
(R&D).
·
Ciri
pasaran. Produk sektor pembuatan berfokus kepada pasaran eksport luar negara
misalnya pengeksportan barangan elektrik dan elektronik, pakaian] tekstil,
jentera, petrokimia dil.
Sumbangan/Kepentingan Sektor Ekonomi Sekunder Kepada Pembangunan Negara
·
Menyumbang
kepada KDNK dan pendapatan eksport Negara. Contohnya sektor pembuatan menjadi jentera
pertumbuhan kedua ekonomi Malaysia selepas sektor perkhidmatan.
·
Menyediakan
banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, sekaligus kadar pengganguran
berkurangan dan guna tenaga penuh.
·
Kesan
pengganda iaitu memajukan sektor ekonomi lain yang berkaitan. Misalnya sektor
pemprosesan kelapa sawit membantu sektor perladangan kelapa sawit.
·
Meningkatkan
kemajuan Teknologi dan R&D. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam
negara melaiui program R&D, seperti teknologi rekabentuk, kawalan mutu dan
nanoteknoiogi.
·
Modal dan
Pelaburan. Perkembangan sektor ekonomi sekunder/perkilangan juga berupaya
menambahkan dana dalam negara terutamanya menerusi pelaburan asing (FDl).
·
Buruh dan
Kepakaran. Penggunaan tenaga buruh mahir dan separa mahir dalam sektor
perkilangan.
Masalah dan Isu Yang Dihadapi oleh Sektor Ekonomi Sekunder
·
Masalah
pasaran. ia berkaitan dengan ketidaktentuan pasaran antarabangsa akibat krisis
ekonomi global.
·
Masalah
asas sektor pembuatan terlalu sempit dan nilai tambah yang rendah. Produk
eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu menjurus kepada segelintir
industri sahaja seperti elektrik dan elektronik serta tekstil. Industri-industri
yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added).
·
Masalah
daya saing produk yang lemah. Sektor pembuatan tempatan masih berada di tahap
penghasilan produk bernilai rendah, dan jelas mereka sudah tidak memiliki
kelebihan dalam persaingan antarabangsa khususnya untuk bersaing dengan produk
negara China yang jauh lebih murah.
·
Masalah
kekurangan modal/dana. Bagi industri kecil dan sederhana (IKS) yang dikuasai
oleh pelabur tempatan menghadapi ketidakcukupan modal Untuk menjalankan operasi
secara besar-besaran.
·
Masalah
kekurangan buruh. Pada masa ini industri berskala besar dan IKS juga menghadapi
masalah buruh terutama sekali apabila terlaksananya skim gaji minimum RM 900.00.
Syarikat yang tidak begitu berupaya membayar gaji buruh akan menghadapi
penghijrahan keluar buruh dan sesetengahnya terpaksa bergantung kepada buruh
import.
Sektor Tertier (Perkhidmatan)
Sektor tertier adalah sektor
yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan dan
telekomunikasi. penyimpanan, perkhidmatan utiliti (elektrik. gas dan air),
perdagangan borong. runcit, pelancongan, hotel dan restoran, perkhidmatan
kewangan, insurans dan bank, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan
kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang sudah jauh hubungannya dengan
sumber alam kecuali aktiviti pelancongan.
Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Tertier
·
Jenis
aktiviti ekonomi: Meliputi semua bidang perkhidmatan seperti perkhidmatan
pelancongan, pengangkutan dan telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan bank,
perkapalan dan logistik, perdagangan, perkhidmatan kerajaan dan juga swasta.
·
Taburan.
Sebahagian besar sektor perkhidmatan berada di bandar-bandar besar yang
mempunyai jumlah penduduk yang ramai yang memerlukan pelbagai jenis
perkhidmatan.
·
Orientasi
pengeluaran. Skala operasi samada kecil, sederhana atau besar bergantung kepada
keupayaan syarikat untuk menyediakan kuantiti, kualiti dan liputan
perkhidmatan. Syarikat kewangan antarabangsa misalnya mempunyai liputan
perkhidmatan di seluruh dunia contohnya perkhidmatan bank, insurans dan
perkhidmatan.
·
Ciri Penggunaan
modal. Modal pusingan juga bergantung kepada keupayaan syarikat dan pemilikan
syarikat samada secara individu, konsortium, GLC atau syarikat multinasional.
Syarikat-syarikat yang besar memiliki keupayaan modal yang tinggi berbanding
dengan syarikat kecil.
·
Ciri
buruh dan kepakaran. Tumpuan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi samada di
bidang pengurusan dan teknikal, penyelidikan dan pembangunan. Namun begitu
terdapat juga tenaga buruh bukan profesional seperti peringkat penghantaran dan
pengedaran dll.
·
Ciri
teknologi yang digunakan. Penggunaan teknologi tinggi (Hi-Tech). Oleh itu ia
amat mementingkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D). Teknologi
tinggi juga di bawa bersama dengan tenaga pakar dan pelaburan modal khususnya
dari syarikat multinasional.
Sumbangan Sektor Ekonomi Tertier Kepada Pembangunan Negara
·
Sumbangan
kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Pada masa kini sektor tertier
(perkhidmatan) menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara. Keadaan ini
sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang memasuki era k ekonomi.
·
Sumbangan
kepada Pekerjaan dan Guna Tenaga. Pada masa kini sektor perkhidmatan juga
menjadi 'majikan' terbesar kepada guna tenaga dalam negara. Justeru itu
perkembangan pesat sektor perkhidmatan berjaya mengurangkan kadar pengganguran.
meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, menambahkan kuasa beli dan tabungan
sekaligus meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk Malaysia.
·
Kesan
Pengganda. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perkhidmatan turut membantu
memajukan sektor ekonomi yang lain. Misalnya kemajuan sub sektor pelancongan
(sektor tertier) turut memajukan industri kecil dan sederhana (sektor sekunder)
seperti kraf tangan. batik. tembikar dan lain-lain
·
Meningkatkan
kemajuan Teknologi dan R&D. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam
negara melalui program R&D. Sebagai contoh Teknologi nano diguna secara
berleluasa dalam peralatan telekomunikasi, teknologi, internet tanpa wayar,
teknologi GPS dll.