Bahagian
B: Geografi Alam Sekitar Manusia
Penduduk
Konsep Penduduk
1
Penduduk
ialah bilangan orang atau manusia yang mendiami sesuatu kawasan atau ruang bumi
dalam masa tertentu. Mereka membentuk kumpulan atau kelompok manusia yang
menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial dan bertindak balas dengan alam
sekitar.
2
Penduduk
menjalankan aktiviti dan kehidupan dengan memanfaatkan sumber alam seperti
tanih, lautan, galian atau mineral, air dan udara di persekitaran mereka.
3
Kemajuan
dan keintelektualan penduduk moden membolehkan mereka berinteraksi dan merubah
alam sekitar fizikal dan persekitaran untuk mengisi kehidupan yang mencabar.
4
Manusia
atau penduduk dan alam sekitar saling berinteraksi dan bertindak balas.
5
Manusia
juga adalah agen perubahan melalui aktiviti ekonomi dan sosial mereka, manusia
boleh merubah keadaan dan persekitaran dengan tindakan yang kadang-kadang
sangat melampaui batas dan memberikan impak yang besar ke atas persekitaran
fizikal dan budaya.
Penduduk sebagai Sumber
1
Sumber
merujuk kepada segala unsur atau elemen yang wujud dalam alam semula jadi.
Antara unsur alam yang penting ialah seperti air, udara, hutan atau tumbuhan,
mineral atau galian dan tanah. Sumber adalah sesuatu yang sangat penting serta
sangat bernilai. Jika tidak ada sumber, maka tidak ada kehidupan.
2
Penduduk
atau modal insan terutama generasi muda adalah sebahagian daripada sumber,
iaitu sumber manusia. Kehadiran manusia sangat penting, sangat berharga,
berguna dan bernilai dalam mengeksploitasi kekayaan alam semesta.
3
Penduduk
sebagai sumber atau modal insan yang penting ini boleh diukur atau dinilai
berdasarkan aspek kuantiti dan kualiti.
4
Sebagai
sumber, penduduk dari sudut perspektif ekonomi merupakan bahan atau input yang
penting kepada sesebuah komuniti atau negara kerana mereka mempunyai kekuatan
dan kelebihan tersendiri dari segi jasmani atau fizikal, emosi, rohani, intelek
dan spiritual (JERIS). la mencerminkan seseorang manusia itu berguna jika
kesemua aspek JERIS itu baik dan sempurna yang terangkum dalam diri individu
tersebut.
5
Konsep
penduduk sebagai sumber ialah mereka yang dianggap sebagai satu harta atau aset
atau modal yang bernilai, yang memberi keuntungan dan kebaikan kepada sesebuah
negara atau kumpulan di persekitarannya.
6
Kuantiti
penduduk pula merujuk kepada bilangan, jumlah atau saiz penduduk sama ada ramai
atau sedikit, padat atau jarang dan mendiami sesebuah wilayah atau negara.
7
Bilangan
penduduk yang ramai terutama penduduk yang berada dalam lingkungan umur
produktif, iaitu berumur dari 15 hingga 64 tahun (50 peratus dari jumlah
penduduk Malaysia) menyumbang tenaga kepada pembangunan, keselamatan,
pertahanan dan aspirasi negara. Bilangan penduduk yang ramai adalah pasaran
yang besar kepada keluaran dan produk negara. Bilangan penduduk yang ramai
adalah suatu kekuatan dan kelebihan.
8
Penduduk
sebagai sumber juga merupakan tenaga buruh atau pekerja yang penting. Tenaga
kerja yang ramai, muda, murah dan mudah membantu pembangunan sesebuah negara
terutama dalam aktiviti pengeluaran produk dan aktiviti sosial dan
perkhidmatan.
9
Selain
itu, penduduk sebagai sumber juga berkaitan dengan aspek umur dan jantina
penduduk. Penduduk umur muda yang bermula daripada kanak-kanak dan yang berumur
sehingga 45 tahun adalah sumber masa depan negara. Mereka adalah golongan
pelapis dan permata yang penting untuk membantu memajukan negara.
10
Di
Malaysia golongan tua atau warga emas berusia lebih 60 tahun (6 peratus
daripada jumlah penduduk) masih boleh memberi sumbangan kepada kemajuan dan
pembangunan negara. Bilangan golongan umur tua semakin meningkat kerana jangka
hayat yang semakin panjang. Kaedah rawatan moden dalam hospital yang lengkap di
samping kesedaran pentingnya kesihatan yang baik menyebabkan jangka hayat
penduduk semakin panjang.
11
Penduduk
sebagai sumber dari segi aspek kualiti dikenal pasti melalui taraf pendidikan,
kepakaran dan kemahiran, taraf dan tahap kesihatan serta nilai insaniah atau
soft Skill dan sikap. Kualiti penduduk yang tinggi boleh menentukan tahap
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.
12
Taraf
pendidikan rendah, menengah, ijazah, sarjana dan doktor falsafah yang dimiliki
membezakan kualiti penduduk dari segi keintelektualan. Kadar literasi yang
tinggi mencerminkan kemajuan sesebuah negara dan menyediakan tenaga kerja yang
berpengetahuan.
13
Begitu
juga kepakaran dan kemahiran seseorang insan terutama dalam bidang teknikal,
penyelidikan dan teoretikal membantu sesebuah negara mencapai hasrat menandingi
negara maju atau negara bertaraf dunia. Jurutera, arkitek, ahli kimia,
pendakwah, pereka, juruteknik, jurureka dan Iain-Iain adalah antara golongan
berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing.
14
Kualiti
fizikal dan dalaman individu yang baik mempengaruhi seseorang warganegara.
Rakyat sihat negara sejahtera; jika penduduk sihat mereka akan lebih produktif,
kompetitif dan boleh bekerja dengan lebih rajin. Kesihatan penduduk sangat
dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Hal ini dapat dibuktikan dengan pembinaan
banyak hospital, menyediakan doktor pakar dan jururawat terlatih, mengawal
penularan wabak serta teknologi pencegahan penyakit yang sangat efektif.
15
Nilai insaniah seperti sikap positif, kerjasama, cekap, amanah, bertoleransi, kepimpinan yang dinamik dan mengamalkan nilai-nilai murni membentuk penduduk menjadi sumber dan insan yang boleh memacu dan memimpin negara ke arah kesejahteraan. Nilai murni yang luhur adalah benteng hati yang ampuh.
16
Sebagai
tenaga kerja, penduduk berkualiti mengamalkan nilai-nilai dan etika kerja yang
menitikberatkan kerja bersungguh-sungguh, kesetiaan kepada perusahaan, dedikasi
dalam tugas dan mengamalkan sikap berdikari.
17
Tahap
integriti yang tinggi di samping kejujuran dan amanah terhadap majikan serta
institusi juga merupakan modal insan dan sumber manusia yang sangat berkualiti.
18
Antara
faktor yang boleh mempengaruhi penduduk sebagai sumber yang berkualiti ialah
bekalan makanan mencukupi, berkualiti atau berkhasiat. Air yang bersih dan
bekalan yang berterusan menjamin kualiti hidup yang selesa.
19
Kualiti
dan kuantiti penduduk menentukan tahap eksploitasi sumber alam sekitar semula
jadi dan seterusnya mempengaruhi tahap pembangunan sesebuah negara.
Penduduk sebagai Agen Perubahan
1
Manusia
atau penduduk sesebuah negara berupaya mengeksploitasi sumber ekonomi dan
kekayaan alam semula jadi dengan ilmu, kemahiran, kepakaran yang dimiliki di
samping sedikit nilai cinta dan sayang kepada persekitaran. Mereka boleh
mengubah persekitaran fizikal dan budaya sehingga wujud persekitaran baharu
yang sama ada sangat mapan atau sebaliknya sehingga rosak, musnah dan pupus.
Kerosakan dan kepupusan amat merugikan generasi akan datang.
2
Melalui
tindakan, eksploitasi dan campur tangan manusia sama ada secara berhemah
ataupun agresif, secara langsung atau tidak langsung telah menyebabkan berlaku
perubahan yang sangat besar kepada persekitaran fizikal dan sosiobudaya. Jadi,
penduduk adalah agen perubahan alam sekitar yang dominan.
3
Agen
bermaksud seseorang yang melakukan sesuatu yang menimbulkan atau meninggalkan
kesan.
4
Cara
penduduk memainkan peranan sebagai agen perubahan adalah melalui pelbagai
aktiviti sosioekonomi mereka agar sesuai dengan kehendak dan keperluan hidup
seharian. Tindakan dan gubahan penduduk yang berterusan telah memberi impak
atau perubahan-perubahan yang meluas, sementara atau berterusan seperti:
(a)
perubahan
sosioekonomi
(b)
perubahan
pandang darat fizikal dan empat sistem fizikal (geomorfologi, atmosfera,
hidrologi dan ekologi)
(c)
perubahan
terhadap pandang darat budaya atau manusia (petempatan, guna tanah,
pengangkutan dan lain-lain hasil gubahan manusia).
5
Aktiviti
manusia menjalankan kegiatan pertanian sama ada pertanian pindah (masa dahulu)
dan pertanian ladang atau estet (pada masa sekarang) telah banyak merubah
landskap fizikal dan landskap sosiobudaya sesebuah kawasan.
6
Aktiviti
pertanian pindah penduduk pedalaman terutamanya kaum asli mengubah persekitaran
fizikal dengan membersihkan hutan pada saiz yang kecil dan kemudiannya dibakar,
menanam padi bukit dan ubi. Plot tanah akan ditinggalkan setelah digunakan
beberapa musim dan mereka akan meneroka kawasan bercucuk tanam yang baharu.
Kawasan yang ditinggalkan lama-kelamaan akan menjadi semak samun atau belukar.
7
Aktiviti
pertanian ladang menggunakan kaedah pembersihan hutan secara besar-besaran,
peneresan bukit, perataan tanah, pembajakan, penanaman berteres, penggunaan
baja kimia dan racun serangga dan mengutip hasil dengan jentera moden berantai
boleh menyebabkan berlaku hakisan dan tanah runtuh, tanah tandus dan permukaan
tanah yang kasar, kerosakan ekosistem dan pencemaran air. Hutan rimba telah
bertukar menjadi ladang getah dan kelapa sawit dalam bentuk yang sangat
sistematik dan tersusun.
8
Kesan
daripada proses transformasi desa dan pembandaran telah menyebabkan kawasan
paya telah ditebus guna oleh pengusaha dengan cadangan kerajaan untuk membina
rumah kediaman, pembesaran lapangan terbang dan pusat pertumbuhan baharu atau
rancangan tanah baharu. Pembinaan kompleks perniagaan dan perdagangan juga
dibangunkan di kawasan laut yang ditambak atau ditebus guna. Kawasan paya dan
pantai laut cetek telah bertukar dengan rumah kediaman, hotel, dan pusat
perdagangan. Perubahan landskap secara besar-besaran telah berlaku.
9
Aktiviti menternak
udang dan ikan (kegiatan akuakultur) oleh penduduk juga telah merubah kawasan
paya nipah dan hutan paya bakau menjadi kolam penternakan. Hutan paya nipah dan
hutan paya bakau yang berperanan sebagai zon penampan telah lenyap. Rantaian
makanan terputus dan kepelbagaian biologi telah berhijrah dan pupus. Landskap
kolam dan binaan bangsal memproses mewujudkan dimensi baharu persekitaran
fizikal dan pandang darat budaya.
10
Paling
menarik ialah aktiviti manusia yang membina empangan untuk pengairan dan
menjana kuasa elektrik hidro. Dengan pembinaan empangan yang besar, ia telah
menenggelamkan kawasan hutan yang luas dan kayu bernilai ke dalam tasik buatan
yang sangat besar dan mewujudkan beratus pulau yang dulunya adalah sebuah
puncak bukit atau gunung. Contohnya seperti Empangan Kenyir, Empangan
Chenderoh, Empangan Temenggor dan lain-lain.
11
Pada
skala yang lebih besar penduduk terutama pemimpin syarikat global, teknokrat
dan pemimpin negara yang berkaliber telah berjaya membawa negara seperti
Malaysia berdiri sama tinggi dengan negara maju melalui perdagangan dan
hubungan antarabangsa. Mereka telah merubah suasana dan iklim perniagaan,
pelaburan dan dasar luar negara yang telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah
negara yang sangat pesat membangun.
Taburan
Penduduk
Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk
1
Taburan
penduduk bermaksud penumpuan, sebaran atau agihan dan pembahagian penduduk di
atas sesuatu ruang, kawasan atau wilayah, negeri, negara dan benua. Taburan
adalah dalam keadaan yang berbeza kepadatan dan sentiasa berubah mengikut
peredaran masa, kemajuan ekonomi dan politik.
2
Taburan
penduduk di permukaan bumi secara umumnya adalah tidak seragam, tidak seimbang
atau tidak sekata. Ada kawasan yang padat dengan penduduk, kawasan sederhana
padat dan kawasan yang jarang dihuni penduduk atau berkepadatan rendah. Ada
juga kawasan ekstrem atau melampau yang tidak didiami manusia.
3
Bentuk
muka bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan semula jadi dan ketersampaian yang rendah
semuanya telah menghadkan aktiviti dan taburan manusia. Kawasan tundra (Kutub
Utara) misalnya sangat sejuk dan terpencil maka ia hanya dihuni oleh penduduk
nomad kaum Eskimo. Hutan tebal, gurun panas, bukit dan gunung atau tanah tinggi
semuanya menghalang tumpuan penduduk ke kawasan tersebut. Terdapat penduduk
orang asli di kawasan terpencil dan berhutan tebal.
4
Kawasan
tumpuan yang paling padat dengan penduduk di dunia ialah sama ada di kawasan
pembangunan perindustrian yang maju atau wilayah pembangunan pertanian yang
intensif dan saintifik.
5
Antara
kawasan pembangunan perindustrian utama yang menjadi tumpuan penduduk sejak
zaman dahulu ialah kawasan perusahaan barat laut Eropah, iaitu United Kingdom,
Jerman, Denmark, Perancis dan kawasan perusahaan timur laut Amerika Syarikat di
sekitar tasik-tasik besar Sungai St. Lawrence hingga ke New York.
6
Lembah
Chang Jiang di China, Dataran Indus-Ganges di India, Delta Menam Chao Phraya di
Thailand, Delta Irrawaddy di Myanmar, Pulau Jawa di Indonesia, Pulau Luzon di
Filipina serta lembah dan delta Sungai Nil di Mesir menjadi tumpuan penduduk
pada masa dahulu dan kini kerana tanah yang subur untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
7
Kepadatan
(densiti) penduduk bermaksud bilangan atau jumlah penduduk sesebuah kawasan
atau negara dibahagikan dengan keluasan kawasan atau negara tersebut. Formula
pengiraan kepadatan penduduk adalah seperti berikut:
8
Aras
kepadatan penduduk sesebuah kawasan atau negara sama ada berkepadatan tinggi
atau rendah adalah dipengaruhi oleh keluasan sesebuah negara atau kawasan
tersebut.
9
Kepadatan
penduduk adalah berbeza-beza antara negara misalnya Malaysia (53 orang km
persegi), India (260 orang km persegi), Jepun (327 orang km persegi), China
(118 orang km persegi), Australia (dua orang km persegi), Singapura (5280 orang
km persegi).
10
Benua
Eropah yang meliputi sebanyak 25 buah negara dengan keluasan 9.6 juta kilometer
persegi dan bilangan penduduk berjumlah 850 juta adalah berkepadatan penduduk,
iaitu 90 orang setiap km persegi.
Taburan Penduduk Mengikut Wilayah
1
Jumlah
penduduk dunia pada tahun 2014 ialah seramai tujuh bilion dan taburan atau
sebaran penduduk mengikut wilayah dunia adalah tidak seimbang atau tidak
sekata. Keadaan tersebut mewujudkan kawasan padat, sederhana padat dan jarang
seperti berikut:
Wilayah Dunia
|
Taburan (%)
|
Asia
Afrika
Amerika Latin
Amerika Utara
Eropah
Australasia
|
62
12
9
6
11
1
|
2
Taburan
penduduk wilayah dunia mengikut benua menunjukkan hampir tiga per empat
penduduk terdapat di benua Asia dan benua Eropah. Lebih separuh daripada
penduduk dunia pula tinggal di negara-negara Asia. la meliputi lebih 60 peratus
penduduk dunia atau berjumlah lebih kurang tiga bilion orang.
3
Manakala
kawasan Oceania yang meliputi Australia dan New Zealand adalah kawasan yang
berpenduduk jarang atau kurang penduduk.
4
Kawasan
tumpuan penduduk yang padat dengan kepadatan 200 orang bagi setiap kilometer
persegi terdapat di beberapa buah kawasan utama, iaitu barat laut Eropah
(United Kingdom, Jerman, Denmark, Perancis) Asia Timur (China), Asia Selatan
(India), Amerika Utara (USA-New York dan Kanada-Ottawa) dan Tokyo di Jepun.
5
Kawasan
sederhana padat yang berkepadatan 50 hingga 200 orang bagi setiap kilometer
persegi meliputi kawasan padang rumput hawa sederhana seperti Prairie di
Kanada, Asia Tenggara, Afrika Tengah, Afrika Selatan, Eropah Timur, bahagian
Selatan Rusia dan timur Australia.
6
Kawasan
yang kurang menjadi tumpuan dan jarang penduduk seperti di kutub, kawasan
tundra di Kanada, kawasan pergunungan seperti Gunung Himalaya (Nepal), Gunung
Rocky (Amerika Utara), Gunung Andes (Peru-Bolivia), kawasan padang pasir dan
Gurun Sahara (Afrika Utara), Gurun Gobi (China) serta kawasan pedalaman Asia
Tenggara seperti Borneo, Kalimantan dan Sumatera.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan dan Kepadatan PendudukWilayah Dunia
1
Pelbagai
faktor boleh mempengaruhi taburan dan kepadatan penduduk dunia seperti faktor
alam sekitar fizikal atau faktor semula jadi (iklim, bentuk muka bumi, tanah,
saliran dan sumber galian) dan faktor kemanusiaan (dasar kerajaan, sistem
pengangkutan, peluang pekerjaan, ekonomi dan lain-lain).
2
Sesebuah
negara yang mempunyai bilangan penduduk yang kecil akan mengalami masalah
taburan penduduk yang tidak seimbang atau tidak seragam. Ada sebahagian negara
yang menjadi tumpuan sehingga sebahagian yang lain menjadi terlalu jarang
penduduk seperti di Kanada dan Australia.
3
Bagi
negara yang mempunyai terlalu ramai penduduk sehingga sumber alam yang ada di
dalam negara tersebut tidak mencukupi untuk menampung penduduknya. Contohnya
seperti negara Bangladesh dan India yang mengalami penduduk berlebihan.
4
Negara
maju seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah Barat serta Jepun dapat
menampung bilangan dan keperluan penduduknya. Hal ini kerana kemajuan teknologi
dan sumber alam yang mencukupi dapat menyerap ledakan penduduk dengan
menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan yang optimum.
5
Kerajaan
juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi taburan penduduk seperti
melalui program transmigrasi penduduk di Indonesia. la dilakukan dengan menarik
penduduk di Pulau Jawa (penduduk padat) ke Pulau Sumatera dan Kalimantan
(penduduk jarang).
6
Program
pembangunan wilayah dan pembukaan tanah baharu seperti di Malaysia merupakan
perancangan kerajaan negara untuk mentransformasikan kawasan luar bandar.
Perancangan serampang dua mata ini secara langsung telah menarik pelbagai
kegiatan ekonomi berkaitan serta bilangan penduduk yang ramai tertumpu di
sesebuah kawasan.
7
Faktor-faktor
lain yang mempengaruhi taburan penduduk di wilayah dunia adalah seperti
berikut:
Taburan dan Kepadatan Kawasan
|
Faktor
yang Mempengaruhi
|
Kawasan padat penduduk
|
·
Letakan yang strategik seperti berdekatan dengan sumber
air
·
Darjah ketersampaian yang tinggi
·
Kawasan tanah pamah yang luas dan subur untuk pertanian
secara intensif
·
Kekayaan pelbagai jenis sumber galian termasuk bahan api
Tumpuan pembangunan sektor ekonomi perindustrian, perdagangan dan
perkhidmatan
·
Kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan
·
Perkembangan bandar-bandar
·
Tumpuan migrasi kerana terdapat pelbagai kemudahan
·
Kadar urbanisasi yang pesat
·
Sejarah pembangunan, dasar penjajahan dan tumpuan
peradaban masa lampau
·
Sistem saliran yang baik dan berfungsi
|
Kawasan sederhana padat
|
· Kawasan tanah
pamah dan tanah beralun yang menggalakkan aktiviti pertanian sara diri,
pertanian campur dan pertanian bijirin ekstensif
· Kawasan
pembalakan dan perlombongan
· Kegiatan
perindustrian dan pembandaran
|
Kawasan
jarang penduduk
|
Pelbagai
masalah dan halangan seperti lokasi yang jauh dan terpencil dan ketersampaian
rendah kerana rupa muka bumi yang kasap. Iklim yang ekstrem atau melampau,
lapisan tanah nipis serta hujan tahunan yang sedikit
|
Taburan Penduduk di Malaysia
1
Taburan
penduduk Malaysia adalah tidak seimbang atau tidak seragam. Ketidakseragaman
ini adalah antara kawasan atau wilayah Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat)
dengan Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur).
2
Taburan
penduduk yang tidak seimbang juga berlaku antara kawasan atau negeri di pantai
timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dengan pantai
barat Semenanjung Malaysia (Selangor, Johor, Negeri Sembilan Perak dan Pulau
Pinang). Lebih daripada 80% daripada penduduk Malaysia tertumpu di kawasan
pantai barat Semenanjung Malaysia.
3
Antara
kawasan penduduk padat di Malaysia ialah di Lembah Klang, Lembah Kinta,
Seremban, Pulau Pinang, delta Kedah-Perlis dan delta Kelantan. Manakala bandar
yang menjadi pusat tumpuan penduduk pula seperti Johor Bahru, Ipoh, Kucing,
Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu dan sebagainya.
4
Secara
umum, kawasan yang sederhana padat penduduk terletak di kawasan penanaman
getah, kelapa sawit, pertanian tanah tinggi, kawasan pesisir pantai serta
kawasan pembangunan tanah dan pusat-pusat pertumbuhan baru.
5
Kawasan
yang mempunyai bilangan penduduk yang sederhana padat seperti di kawasan
Rancangan Pembangunan Tanah FELDA (Federal Land Development Authority) KEJORA
(Rancangan Johor Tenggara), KESEDAR (Rancangan Kelantan Selatan), bandar-bandar
kecil di Marang, Jerteh, Bachok, Port Dickson, Jasin, Kangar, Limbang, Semporna
dan lain-lain.
6
Kawasan
jarang penduduk di Malaysia seperti di kawasan pedalaman, iaitu di kawasan
kaki-kaki bukit, kawasan-kawasan kampung dan petempatan yang sukar dihubungi
terutama perkampungan orang asli seperti di sekitar Gua Musang Kelantan, Tanah
Rata dan Kuala Tahan di Pahang.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk di Malaysia
1
Pelbagai
faktor mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia seperti bentuk muka bumi dan
saliran, kegiatan ekonomi, kemudahan asas, sosial dan dasar kerajaan.
2
Faktor
fizikal di Malaysia adalah berkait dengan keadaan tanah tinggi dan tanah pamah yang
beralun, rata dan luas serta lembah-lembah sungai dan kawasan hutan rimba.
3
Kawasan
berbukit bukau dengan liputan hutan yang tebal menyukarkan pembinaan petempatan
dan penumpuan penduduk. Kawasan ini banyak terdapat di kawasan pedalaman
Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
4
Kawasan
tanah pamah dan rendah yang subur, bersaliran baik seperti di delta
Kedah-Perlis, delta Kelantan, kawasan sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Perak
adalah kawasan tumpuan dan kepadatan penduduk utama.
5
Faktor
ekonomi yang berkaitan dengan kemajuan perindustrian, perniagaan, pertanian dan
perkhidmatan yang menyediakan banyak peluang pekerjaan menyebabkan ramai
penduduk tertumpu ke kawasan bandar dan estet perindustrian seperti Kuala
Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Sungai Way, Seberang Perai, Bayan Lepas,
Senawang, Tasek dan lain-lain.
6
Lembah
Klang terutamanya metropolis Kuala Lumpur adalah destinasi utama tumpuan
penduduk atau penghijrah dari negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung
untuk bekerja dan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi. la telah menjadi
antara kawasan yang paling padat penduduk di Malaysia. Jumlah penduduk di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2010 ialah kira-kira 1.67 juta
orang.
7
Kemudahan
pengangkutan terutamanya jalan raya dan jalan kereta api sangat mempengaruhi
mobiliti penduduk menuju ke sesuatu lokasi yang sarat dengan kemudahan sosial
seperti sekolah dan institusi pengajian, klinik dan hospital. Ketersampaian
yang rendah menyebabkan beberapa buah kawasan di Sabah dan Sarawak hanya dihuni
oleh beberapa buah keluarga sahaja.
8
Dasar
atau polisi kerajaan Malaysia yang memberi penekanan kepada kemajuan dan
kesejahteraan negara dan rakyat telah membuka banyak kawasan pembangunan tanah
FELDA, KETENGAH, KESEDAR, DARA dan KEJORA. Kawasan yang dipenuhi hutan tebal,
tanpa jalan dan kemudahan sosial dibersihkan menjadi beberapa gugusan rancangan
tanah moden dengan menarik penduduk yang tidak bertanah menjadi peneroka.
Akhirnya, kawasan tanah rancangan ini telah menjadi pusat pertumbuhan baharu
kawasan luar bandar dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan tumpuan penduduk.
Bandar Muadzam Shah, bandar Al-Muktafi Billah Shah dan bandar Jengka adalah
pusat bandar yang menjadi tumpuan penduduk di luar bandar.
9
Dasar
kerajaan Malaysia untuk menyeimbangkan kemajuan antara kawasan dan negeri
seperti dasar penyelerakan industri ke kawasan atau negeri kurang maju
menyebabkan penduduk tertumpu ke kawasan berkenaan. Contoh kawasan
perindustrian di bawah program ini ialah seperti kawasan perindustrian
Pengkalan Chepa, Mak Mandin, Taman Teknologi Tinggi
Kulim, Proton City dan lain-lain.
Kesan Taburan Penduduk yang Tidak Seragam terhadap Sumber Alam
1
Kesan
tumpuan penduduk dan bilangan penduduk yang ramai di sesuatu kawasan ke atas
sumber tanah akan menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah yang sengit.
Kawasan tanah akan digunakan untuk aktiviti perindustrian, petempatan atau
pertanian. Saiz tanah akan menjadi kecil dan tidak ekonomik untuk menjalankan
aktiviti pertanian secara meluas. Harga tanah juga semakin meningkat.
2
Penggunaan
tanah yang sangat intensif untuk pertanian demi menampung keperluan penduduk
yang ramai menyebabkan tanah cepat hilang kesuburan dan menjadi tandus. Hakisan
dan tanah runtuh juga akan berlaku. Sungai menjadi cetek apabila kelodak
daripada hakisan masuk ke dalam sungai.
3
Sumber
galian atau mineral akan cepat habis bila dieksploit secara berleluasa
menyebabkan sesebuah kawasan itu terjejas dari segi kemajuan dan pembangunan.
Bijih timah yang telah habis dilombong di Lembah Kinta, Lembah Klang, Taiping,
Seremban dan Sungai Lembing telah menyebabkan beberapa buah bandar kecil yang
sangat sibuk pada tahun 1960-an dan 1970-an telah menjadi bandar mati.
4
Hutan
yang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan fauna yang merupakan habitat
biodiversiti serta orang asli telah turut terjejas akibat keperluan penduduk
yang ramai.
5
Tumpuan
penduduk ke kawasan bandar besar telah menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi
sampah sarap. Pencemaran persekitaran ini menyebabkan timbul masalah penyakit,
ketidakselesaan dan masalah bau busuk. Udara juga turut tercemar apabila kilang
dibina dan kenderaan yang membebaskan gas karbon monoksida dan sulfur dioksida.
6
Ada
kawasan yang kaya dengan sumber mineral dan tanah yang luas seperti di
pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi berpenduduk jarang menyebabkan isu
pembaziran alam sekitar akan berlaku.
7
Sebaliknya
apa yang positif ialah dengan tumpuan penduduk yang ramai ke sesuatu kawasan
boleh menyebabkan semua sumber yang ada seperti mineral, tanih dan tumbuhan
akan digunakan secara optimum untuk tujuan meningkatkan ekonomi dan taraf hidup
penduduk. Banyak peluang pekerjaan akan wujud.
Pertumbuhan
Penduduk
Pertumbuhan Penduduk Dunia
1
Pertumbuhan
penduduk dunia hari ini, khususnya di negara sedang membangun di Asia, Afrika
dan Amerika Latin sangat pesat. Bilangan penduduk sentiasa meningkat daripada
masa ke semasa disebabkan oleh kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian
yang rendah.
2
Pertumbuhan
penduduk yang pesat adalah berikutan peningkatan tahap kesihatan dan keadaan
hidup yang semakin baik. Bagaimanapun, pertumbuhan penduduk di negara maju
mutakhir ini menunjukkan kadar yang agak perlahan atau dikenali sebagai kadar
pertumbuhan penduduk sifar (zero population growth).
3
Pada
tahun 2005, penduduk dunia berjumlah 6.9 bilion dan mengikut suruhanjaya
mengenai Kependudukan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menyatakan jumlah penduduk dunia akan meningkat kepada 9 bilion pada
tahun 2050.
4
Daripada
238 buah negara yang di rekod oleh Biro Bancian Amerika Syarikat pada tahun
2010, China mencatatkan penduduk paling ramai, iaitu 1.3 bilion orang manakala
Pitcairn Island adalah negara paling sedikit penduduknya, iaitu 64 orang.
Jumlah penduduk Malaysia pula ialah seramai 28.7 juta orang. Pada tahun 2100
penduduk dunia dijangka meningkat kepada 10.1 bilion.
5
Trend pertumbuhan
penduduk dunia masa kini:
(a)
Penduduk dunia
bertambah tiga orang setiap saat atau 250 000 sehari atau 90 juta hingga 100
juta orang setahun.
(b)
Pada tahun 1990,
bilangan penduduk dunia ialah 5.3 bilion dan era 1933-an ini menyaksikan
pertumbuhan penduduk paling pesat dalam sejarah pembangunan manusia sejagat
Jadual
1 Anggaran penduduk dunia mengikut wilayah pada tahun 2û15
Wilayah dunia
|
Bilangan Penduduk
(juta orang)
|
Asia
Timur
|
2
050.6
|
Asia
Tenggara
|
4873
|
Amerika
Selatan — Carribean
|
624.3
|
Asia
Barat — Afrika Utara
|
393.9
|
Asia
Selatan
|
1651.9
|
Afrika
sub-Sahara
|
921.1
|
Eropah
Barat
|
286.8
|
Amerika
Utara
|
450.3
|
Oceania
|
252
|
6
Pertumbuhan
penduduk merujuk kepada peratus perubahan bilangan penduduk yang mendiami sesuatu
kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itü positif
(bertambah) atau negatif (berkurang) disebabkan kadar kelahiran, kematian dan
migrasi bersih. Kombinasi tiga faktor tersebut telah menyebabkan perubahan
bilangan penduduk berlaku sama ada pesat, semakin bertambah atau stabil.
7
Pertumbuhan
penduduk juga merujuk kepada perbezaan antara kadar kelahiran dengan kematian
serta perbezaan antara migrasi maÅŸuk dengan migrasi keluar (migrasi bersih).
8
Pertumbuhan
semula jadi penduduk ialah perbezaan antara bilangan kematian dengan bilangan
kelahiran (kadar kelahiran tolak kadar kematian). Manakala pertambahan penduduk
ialah bilangan penduduk yang semakin ramai atau meningkat.
9
Kadar
pertumbuhan penduduk adalah paling tinggi di Asia, manakala pertambahan
penduduk terendah adalah di Eropah, iaitu dengan keadaan pertumbuhan penduduk
sifar.
10
Kelahiran
dan migrasi maÅŸuk akan menambahkan bilangan penduduk sesuatu kawasan manakala
kematian dan migrasi keluar akan mengurangkan penduduk di sesuatu kawasan.
11
Kadar
kelahiran merujuk kepada bilangan bayi yang dilahirkan oleh setiap 1 000 orang
penduduk dalam sesuatu tahun. Kadar kelahiran sangat tinggi di negara seperti
Afrika, Amerika Latin dan Asia (35/1 000 orang).
12
Kadar kematian pula
ialah bilangan kematian bagi setiap 1 000 orang penduduk. Berikut ialah kadar
pertumbuhan penduduk dunia mengikut negara dan kawasan terpilih:
Jadual 2 Pertumbuhan penduduk dunia
Negara/Kawasan
|
Pertumbuhan (%)
|
Mexico
|
3.0% ke atas
|
Ecuador
|
3.0% ke atas
|
Arab Saudi
|
3.0% ke atas
|
Algeria
|
3.0% ke atas
|
India
|
2.0% hingga 2.9%
|
Bangladesh
|
2.0% hingga 2.9%
|
India
|
2.0% hingga 2.9%
|
Filipina
|
2.0% hingga 2.9%
|
China
|
1.0% hingga 1.9%
|
Australia
|
1.0% hingga 1.9%
|
Argentina
|
1.0% hingga 1.9%
|
USA/Amerika Utara
|
Kurang daripada
1.0%
|
Perancis
|
Kurang daripada
1.0%
|
United Kingdom
|
Kurang daripada
1.0%
|
Switzerland
|
Kurang daripada
1.0%
|
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran
1
Faktor
hayat berkaitan dengan bangsa, kesihatan dan kesuburan genetik. Misalnya, kadar
kesuburan wanita dipengaruhi oleh umur semasa berkahwin. Perkahwinan pada usia
muda atau kahwin muda boleh mempengaruhi kadar kesuburan dan keupayaan
melahirkan anak yang lebih ramai.
2
Faktor
demografi seperti bilangan penduduk, umur, komposisi jantina, tempat tinggal di
luar bandar atau bandar dan status wanita sama ada berkerjaya atau sebaliknya.
Wanita berkerjaya cenderung berkahwin pada usia yang lewat. Bilangan penduduk
muda yang ramai boleh mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Golongan penduduk muda
adalah lebih subur dan sihat.
3
Faktor
sosial seperti berkahwin awal pada usia muda, perkahwinan kanak-kanak
(kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka apabila
sudah dewasa atau matang), umur semasa berkahwin, tabiat seks dan adat
berkaitan perkahwinan.
4
Di
Asia, umur purata semasa berkahwin ialah 22.6 tahun, di Asia Timur ialah 24.2
tahun, di India 19.3 tahun dan Afrika 18.5 tahun. Pada zaman 1970-an, umur
berkahwin di Malaysia ialah 15—19 tahun.
5
Adat
perkahwinan berkaitan poligami dan poliandri (amalan bersuami lebih daripada
satu orang pada masa yang sama) banyak berlaku tetapi hanya melibatkan beberapa
buah negara seperti penduduk India dan Mongolia yang mengamalkan poliandri.
6
Dari
segi agama, sebarang cubaan yang sengaja menghadkan saiz keluarga dianggap
sebagai penyelewengan hükum agama. Agama Islam dan Kristian Katolik
mengharamkan pengguguran janin.
7
Taraf
pendidikan dan pekerjaan seseorang mempengaruhi kehidupan kekeluargaan. Saiz
keluarga yang kecil sudah mencukupi bagi mereka yang berpendidikan tinggi dan
terlibat dalam bidang profesional.
8
Dasar
kerajaan juga mempengaruhi saiz keluarga. Contohnya pada tahun 1970, Singapura
mengamalkan dasar menghadkan bilangan anak, iaitu hanya dua orang sahaja, di
China dasar hanya satu orang anak manakala di India menjalankan dasar
pemandulan terutama di kalangan penduduk lelaki.
9
insentif
kerajaan Malaysia antaranya ialah pemberian cuti bersalin yang lebih panjang
kepada ibu bersalin (6090 hari), dasar rebat percukaian ke atas bilangan anak
dan skim rawatan percuma kepada ibu mengandung turut mempengaruhi kadar
kelahiran yang tinggi.
10
Amalan
perancangan keluarga mempengaruhi kadar kelahiran menjadi lebih kecil apabila
penduduk menggunakan kaedah penjarakan anak melalui penggunaan ubatan dan alat
pencegahan kehamilan. Contohnya seperti pil perancang kehamilan, kondom,
mengikat rahim (bilateral tubal ligation), IUD (intrauterine device) dan
lain-lain. Amalan perancangan keluarga ini kebanyakannya diamalkan di negara
maju. Perancangan keluarga kadang-kadang tidak begitu berjaya di sesetengah
negara yang mengharamkan pengguguran janin serta halangan agama dan adat di
samping kos yang tinggi terutama di negara sedang membangun.
11
Kemajuan
teknologi dalam perubatan mampu memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit.
Ubat-ubatan yang moden mampu menyembuhkan penyakit dan dapat mengurangkan kadar
kematian ibu dan anak ketika bersalin.
12
Teknologi
dan peralatan moden untuk ibu-ibu bersalin pula memudahkan kelahiran anak. Teknologi
dan alatan moden yang terdapat di bahagian obstetrik dan ginekologi (O&G),
pediatrik, radioterapi, neurologi dan ortopedik juga diperluaskan untuk
mengesan dan merawat pelbagai penyakit.
13
Amalan
pemakanan yang sihat dan sempurna juga mempengaruhi kadar kelahiran. Bekalan
makanan yang mencukupi serta berkhasiat
adalah penting untuk ibu-ibu mengandung dan bayi yang bakal dilahirkan hidup.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kadar Kematian
1
Kadar
kematian ialah bilangan penduduk yang mati berbanding dengan jumlah penduduk
pada tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang. Contohnya, pada tahun 1980 Sweden
dan Jepun mencatatkan kadar kematian bayi yang rendah di dunia, iaitu 8.0
orang/1 000 bagi setiap kelahiran, manakala di Afghanistan, iaitu 22.6 orang/1 000
kelahiran.
2
Antara
faktor yang mempengaruhi kadar kematian (terutamanya bayi) ialah:
(a)
pemakanan
yang kurang berkhasiat atau zat yang tidak mencukupi
(b)
taraf
kesihatan yang rendah terutama penduduk miskin yang tinggal di kawasan luar
bandar
(c)
kekurangan kemudahan perubatan dan kawalan kebersihan di
rumah dan persekitarankemiskinan dan taraf hidup yang rendah menyukarkan
penduduk mendapatkan kemudahan rawatan kerana kos yang tinggi
(d)
perang,
bencana alam, wabak penyakit boleh menyebabkan kematian penduduk yang ramai.
3
Berikut
ialah langkah-langkah mengurangkan kadar kematian di Malaysia:
(a)
pendidikan
kesihatan terutamanya kepada ibu mengandung
(b)
pendidikan
mengenai pemakanan seimbang dan berkhasiat
(c)
pemberian
susu kotak dan makanan percuma (rancangan makanan tambahan) di sekolah
(d)
mengurangkan
penggunaan gula dalam minuman dan makanan
(e)
kempen
larangan merokok dan kempen antidadah
(f)
menyediakan
bekalan air bersih terutama di kawasan luar bandar
(g)
kaedah
pembuangan najis dan pelupusan sampah yang bersistematik dan moden
(h)
pencegahan
wabak penyakit seperti pembersihan tempat pembiakan nyamuk Aedes dan Iain-lain
penyakit bawaan vektor
(i)
perkhidmatan
perubatan moden, menambah bilangan doktor dan jururawat, hospital dan klinik
yang lengkap dengan peralatan moden dan perkhidmatan klinik bergerak di kawasan
pedalaman.
Migrasi
1
Migrasi
juga adalah salah satu lagi faktor yang mempengaruhi perubahan bilangan
penduduk. Migrasi masuk (imigrasi) penduduk ke sesuatu kawasan akan
meningkatkan jumlah penduduk, sementara migrasi keluar (emigrasi) akan
mengurangkan penduduk.
2
Terdapat
lebih kurang 780 000 rakyat Malaysia menetap dan berhijrah ke Australia.
Malaysia pula menjadi tumpuan penduduk Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar
dan Iain-lain yang berada di Malaysia.
Dasar Kerajaan
1
Kerajaan
sesebuah negara banyak mempengaruhi kadar kelahiran seperti kerajaan China yang
telah menetapkan sebuah keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja.
Pada tahun 1970-an, kerajaan Singapura juga menetapkan sebuah keluarga hanya
boleh mempunyai dua orang anak sahaja. Jika keluarga mempunyai lebih daripada
dua anak, keluarga tersebut terpaksa menanggung segala kos pendidikan dan sara
hidup anak tersebut.
2
Kerajaan
Malaysia pula menggunakan polisi cukai, iaitu rebat cukai per kepala dilakukan
ke atas ketua keluarga bergaji tetap yang menanggung sebilangan anak di bawah
tanggungan mereka. Cuti bersalin yang agak panjang (30-90 hari) juga diberikan
kepada ibu yang bersalin untuk menjaga anak yang masih kecil.
Demografi Kependudukan
1.
Demografi
ialah kajian mengenai keadaan penduduk. la mengkaji hal-hal yang berkaitan
dengan penduduk termasuk saiz dan jumlah penduduk, perubahan-perubahan yang
berlaku dalam penduduk, sebab musabab perubahan terjadi dan kesan perubahan
pada masa akan datang.
2
Secara
khususnya, demografi ialah:
(a)
pertumbuhan
saiz penduduk di seluruh dunia (kadar kelahiran dan kematian)
(b)
kadar
kesuburan mempengaruhi keupayaan melahirkan dan mempunyai anak. Contohnya di
Malaysia keupayaan seseorang ibu adalah boleh melahirkan seramai 6.6 orang anak
(c)
kadar
kematian bayi, kanak-kanak dan ibu
(d)
jangka
hayat penduduk yang dikaitkan dengan kesihatan dan proses penuaan penduduk
(e)
nisbah
jantina, iaitu antara lelaki dan wanita di Malaysia ialah 106:100. Bilangan
lelaki lebih ramai berbanding perempuan
(f)
piramid
umur jantina. la penting kepada kerajaan sebagai petunjuk untuk menyediakan
kemudahan kepada golongan yang berkaitan.
Masalah Kependudukan
Lebihan Penduduk di Negara Sedang Membangun
1
Lebihan
penduduk bermaksud kadar pertumbuhan penduduk melebihi pengeluaran sumber alam.
Lebihan penduduk berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti bilangan
penduduk yang bertambah, sumber alam yang semakin berkurangan dan berlakunya
permintaan untuk tenaga buruh yang tinggi.
2
Pertambahan
penduduk yang pesat membebankan kerajaan serta golongan dewasa kerana terpaksa
menanggung golongan yang lebih muda dan tua.
3
Pengangguran
tinggi kerana peluang pekerjaan terhad dan berlaku persaingan untuk mendapatkan
pekerjaan terutamanya pekerjaan kolar biru.
4
Menimbulkan
masalah perumahan dan kesihatan. Penduduk tiada tempat tinggal dan terpaksa
tinggal di kawasan setinggan (squatter) yang kotor, kurang kemudahan asas dan
boleh menjejaskan kesihatan.
5
Masalah
kemiskinan tinggi apabila peluang pekerjaan terhad.
6
Kadar
buta huruf yang tinggi boleh membantutkan usaha kerajaan dalam penyebaran dan
pembauran inovasi. Golongan buta huruf lambat menerima pembaharuan.
7
Masalah
kekurangan bekalan makanan dan kebuluran yang mengancam nyawa.
8
Tekanan
ke atas sumber-sumber semula jadi seperti tanah, galian, tumbuhan yang
menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar, kerosakan dan
kepupusan biodiversiti, hakisan dan runtuhan tanah serta peningkatan suhu.
9
Kehabisan
dan kepupusan sumber akibat eksploitasi berlebihan menyebabkan kehilangan pekerjaan
dan mengurangkan pendapatan negara.
10
Kekurangan
kemudahan asas terutamanya sistem pengangkutan, kesihatan dan pendidikan yang
sempurna menyebabkan penduduk luar bandar ketinggalan dalam arus pembangunan
negara.
Kurang Penduduk
Penduduk yang mendiami sesuatu kawasan adalah sedikit
berbanding saiz kawasan, negeri dan negara yang luas. Sumber alam seperti
mineral, tanah dan kekayaan lain juga banyak tetapi tidak dieksploitasi secara
maksimum yang menyebabkan pembaziran. Pertumbuhan ekonomi yang lambat serta
sektor kritikal tidak berkembang kerana masalah kekurangan tenaga kerja atau
penduduk. Contoh negara kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia, New
Zealand, Malaysia dan Singapura.
Penuaan Penduduk
1
Penuaan
penduduk bermaksud penduduk menjadi tua. la berkaitan dengan jangka hayat,
iaitu umur boleh hidup penduduk bermula daripada masa lahir sehingga saat
kematian. Di Malaysia, jangka hayat penduduk adalah di antara umur 65 hingga 75
tahun manakala di Jepun antara 75 hingga 85 tahun.
2
Penduduk
tua dunia telah meningkat dengan mendadak daripada 131 juta pada tahun 1950
kepada 469 juta pada tahun 2000. Anggaran penduduk tua pada tahun 2025 ialah
813 juta orang. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (2005), pada tahun 1991
jumlah penduduk tua ialah 679 600 orang dan telah meningkat kepada 900 600
orang pada tahun 2000.
3
Penduduk
tua dapat digolongkan kepada tiga kumpulan. Pertama, individu yang sihat yang
dapat menjaga dirinya dan memerlukan penjagaan kesihatan yang minimum. Kedua,
individu yang terhad aktivitinya dan mereka memerlukan bantuan untuk ke tandas,
mandi dan makan. Ketiga, individu yang sangat memerlukan penjagaan kesihatan
dan rawatan perubatan seperti memberi suntikan, membuang air kecil dan makan
menggunakan tiub. Kumpulan ketiga ini kebanyakannya yang terlantar di atas
katil (bedridden).
4
Proses
penuaan penduduk memberi kesan terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi
di sesebuah negara seperti perubahan komposisi umur (golongan tua bertambah),
bekalan tenaga buruh berkurangan dan bebanan kepada kerajaan untuk membayar
pencen dan penyediaan kemudahan percuma. Bagaimanapun, golongan lebih tua atau
warga emas yang berpendidikan tinggi juga merupakan penyumbang idea kepada
pembangunan negara kerana keintelektualan dan pengalaman mereka.
5
Ketidakseimbangan
taburan penduduk disebabkan migrasi dari luar bandar ke bandar yang menyebabkan
ketidakseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan
pembangunan ini akan mewujudkan jurang yang luas dan menyebabkan kawasan luar
bandar mundur.
6
Pencemaran
alam sekitar, penduduk padat, kesesakan lalü lintas, tekanan perasaan dan
masalah sosial seperti jenayah, pelacuran dan penyakit berjangkit akan berlaku
apabila bilangan penduduk meningkat dengan pesat.
Model Peralihan Demografi
1.
Model
peralihan demografi adalah model dalam bentuk graf garis yang diasaskan untuk
menerangkan tentang perubahan atau transisi penduduk mengikut tempoh tertentu
tentang kadar kelahiran, kadar kematian dan dipertumbuhan penduduk keseluruhan
daripada masa lalü hingga sekarang. Peralihan yang berlaku adalah secara
berperingkat-peringkat.
2
Terdapat
empat tahap atau peringkat peralihan demografi, iaitu:
(a)
tahap
I (tetap tinggi) di mana kadar kelahiran dan kematian adalah tinggi
(b)
tahap
II (pengembangan awal) di mana kadar kelahiran kekal atau tetap tinggi dan
kematian menurun sedikit
(c)
tahap
III (pengembangan akhir) menerangkan kadar kelahiran menurun ya
(d)
tahap
IV (tetap rendah) di mana kadar kelahiran dan kadar kematian rendah.
Ciri Penduduk dalam Konteks Model Peralihan Demografi Negara Sedang Membangun
1
Kadar
pertumbuhan meningkat disebabkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian
menurun. Migrasi penduduk berlaku dengan pesat terutamanya migrasi antara
bandar ke bandar dan migrasi luar bandar ke bandar.
2
Kadar
kelahiran terutamanya bayi dan bilangan kanak-kanak meningkat. Faktor yang
menyebabkan kadar kelahiran meningkat ialah kerana kemudahan perubatan moden,
pemakanan seimbang dan berkhasiat serta taraf sosioekonomi penduduk yang
semakin meningkat.
3
Kadar
kematian telah menurun kerana teknologi perubatan semakin majü dan kes kematian
semasa bersalin jarang berlaku dan berkurangan. Peperangan yang melibatkan
kematian yang beÅŸar sudah berkurang kecuali di beberapa buah negara Timur
Tengah yang masih dalam konflik perang saudara.
4
Kebuluran
(malnutrition) yang dihadapi oleh penduduk seperti di Sudan, Chad dan Somalia
telah berkurang dengan banyak. Tanaman yang ditanam menjadi maka sumber makanan
mencukupi jika tidak berlaku bencana alam seperti kemarau panjang dan kemusnahan
kawasan pertanian akibat cuaca yang melampau.
5
Jangka
hayat penduduk semakin meningkat. Hal ini adalah kerana kaedah rawatan dan
penjagaan kesihatan yang baik. Peningkatan dalam penjagaan kesihatan dan
penemuan kaedah rawatan moden terutama bagi golongan tua mempengaruhi
pemanjangan jangka hayat seseorang
Piramid Penduduk
1
Piramid penduduk ialah
gambaran berdasarkan sebuah graf yang menunjukkan struktur penduduk mengikut
umur dan jantina di sesebuah negara. Sesebuah graf piramid penduduk boleh
menggambarkan ciri-ciri demografi, kependudukan dan sosioekonomi penduduk
sesebuah negara seperti:
(a)
Ciri
kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar pertumbuhan penduduk semula jadi
(b)
Komposisi
jantina penduduk
(c)
Jangka hayat penduduk
yang semakin meningkat
(d)
Nisbah tanggungan
golongan bekerja tinggi
(e)
Tahap kemajuan dan
pembangunan ekonomi yang pesat
(f)
Taraf sosial (taraf
kesihatan, taraf pendidikan, pemakanan, status sosial dalam masyarakat).
2
Bentuk piramid penduduk
boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
(a)
Piramid
progresif dengan tapak lebar, puncak tajam, cerun landai mewakili negara sedang
membangun di Asia Tenggara kecuali Singapura
(b)
Piramid
regresif atau peralihan atau perantara yang mempunyai puncak lebar, cerun
cembung mewakili negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman,
Perancis, Singapura dan lain-lain lagi.
(c)
Piramid
mantap atau stabil yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan piramid
progresif mewakili negara Jepun dan Sweden.
3
Ketiga-tiga bentuk
piramid di atas berbeza dari segi tapak, kecerunan dan puncaknya yang
menunjukkan ciriciri demografi yang berbeza. Piramid penduduk sesebuah negara
berkait rapat dengan transisi demografi yang dialami oleh negara tersebut serta
menggambarkan tahap pembangunan ekonomi dan sosial yang dialami oleh sesebuah
negara. Perancangan atau program pembangunan kerajaan berkaitan penduduk
dilakukan berdasarkan gambaran daripada graf piramid penduduk tersebut.
Kesan Pertumbuhan Penduduk Dunia dan di Malaysia
1
Pertumbuhan
penduduk dapat dikelaskan kepada pertumbuhan yang pesat, sederhana, perlahan
dan negatif atau sifar.
2
Kepesatan
atau kesederhanaan pertumbuhan penduduk boleh memberi kesan serta mempengaruhi
ciri sosioekonomi dan demografi sesebuah negara terutama bila dibandingkan
antara negara maju dengan negara sedang membangun.
3
Kesan
terhadap ciri sosioekonomi adalah berkaitan dengan keadaan kemiskinan,
pengangguran, taraf hidup yang rendah serta sumber alam sesebuah negara.
Manakala kesan ke atas ciri demografi dikaitkan dengan kadar kelahiran, kadar
kematian, struktur umur dan jantina, nisbah tanggungan dan jangka hayat penduduk.
4
Bilangan
penduduk yang ramai menyebabkan berlaku persaingan pekerjaan. Untuk mendapatkan
pekerjaan yang sesuai mereka mesti mempunyai kelayakan akademik yang baik untuk
memasuki pasaran pekerjaan. Bagi penduduk yang tidak mempunyai pendidikan yang
baik atau tidak berpengalaman, peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah
sukar. Kadar pengangguran yang tinggi akan menimbulkan banyak masalah sosial.
5
Masalah
sosial seperti jenayah rompak, ragut dan keruntuhan moral akan berlaku dan
sukar dibendung. Ini boleh mengancam keselamatan penduduk Iain dan juga
kesejahteraan negara.
6
Kemiskinan juga akan berlaku apabila
penduduk ramai dan tiada kerja tetap atau menganggur. Ketua keluarga yang tidak
bekerja atau yang bergaji rendah dengan saiz keluarga besar akan mewariskan
kemiskinan itu kepada anak-anak mereka. Kemiskinan penduduk bandar juga ber'aku
di kalangan pekerja bawahan atau buruh kasar kerana kadar upah yang rendah
tetapi terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.
7
Pertumbuhan penduduk yang pesat juga memberi
kesan terhadap sumber alam. Persaingan guna tanah untuk petempatan,
perindustrian, pembandaran, infrastruktur, pertanian dan sebagainya akan
meningkat bagi menampung bilangan penduduk yang ramai. Ini akan menyebabkan
sai7 tanah secara relatifnya semakin sempit dan tidak ekonomik. Harga tanah
menjadi sangat mahal.
8
Kerosakan dan kemusnahan sumber alam akan
berlaku dengan berleluasa bila penduduk yang ramai mengeksploitasi sumber alam
tanpa kawalan. Kerja pemotongan tanah, cerun bukit untuk kediaman akan menyebabkan
hakisan, tanah runtuh dan mendap selain gondol. Sumber airjuga akan terjejas
apabila kawasan tadahan hujan musnah oleh tindakan manusia membersihkan hutan.
la boleh menyebabkan dan mempercepatkan berlakunya banjir.
9
Pencemaran juga akan banyak berlaku akibat
tindakan manusia. Pencemaran udara dan jerebu berlaku apabila penduduk membina
kilang dan menggunakan kenderaan. Gas karbon monoksida dan sulfur dioksida dari
kilang dan kenderaan adalah punca pencemaran berlaku. Pencemaran sampah sarap
atau persekitaran berlaku dari sikap penduduk yang membuang sampah di merata
tempat atau ke dalam sungai.
10
Penduduk yang ramai sebaliknya dapat
menyumbang kepada pembangunan sumber alam. Sumber alam telah dapat
dieksploitasi dan dimajukan dan tidak dibiarkan membazir. Tanah terbiar telah
diusahakan untuk pertanian komersial. Tanah paya, tanah bekas lombong dan
pinggir laut ditebus guna untuk dijadikan kawasan pertanian, perindustrian dan
petempatan.
11
Penduduk yang ramai juga merupakan pasaran
tersedia barangan dan perkhidmatan yang besar dan luas. Permintaan yang tinggi
daripada penduduk terhadap barangan keperluan mempengaruhi aktiviti pemprosesan
dan pengeluaran. Seterusnya, produk sumber yang ada boleh dipelbagaikan.
Migrasi Penduduk
Migrasi
1
Migrasi
ialah penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat baharu
kerana terdapatnya tanah, pekerjaan, harapan menjadi kaya, tolak ansur agama,
kebebasan politik dan penghijrahan paksa.
2
Terdapat
banyak faktor yang menyebabkan mengapa manusia berhijrah. Antaranya seperti
ekonomi, sosial dan politik.
3
Migran
merujuk kepada orang yang berhijrah.
4
Imigran
merujuk kepada penduduk yang berpindah masuk ke sesebuah negara atau tempat
bagi tujuan tertentu dan tempoh tertentu.
5
Emigran
merujuk kepada penduduk yang berpindah keluar dari sebuah negara atau tempat
untuk mengubah nasib dan mengubah keadaan hidup di tempat baharu.
6
Penghijrahan
yang berlaku di dalam sesebuah negara disebut migrasi dalaman.
7
Jika
penduduk yang berhijrah merentasi sempadan antara dua negara atau antara benua,
maka ia disebut migrasi antarabangsa.
8
Migrasi
melibatkan migrasi kekal, sementara dan bermusim. Migrasi menpengaruhi
perubahan bilangan penduduk sesebuah negara, iaitu migrasi masuk akan
meningkatkan jumlah penduduk dan migrasi keluar akan mengurangkan jumlah
penduduk.
Jenis-jenis
Migrasi
Migrasi Dalaman
1
Migrasi
dalaman hanya berlaku di dalam sesebuah negara sahaja dan tidak melibatkan
sempadan antarabangsa.
2
Terdapat
beberapa jenis migrasi dalaman atau arah aliran migrasi dalaman, iaitu dari
mana ke mana penduduk itu berhijrah.
3
Arah
aliran migrasi dalaman ialah seperti dari luar bandar ke bandar, dari luar
bandar ke luar bandar, dari bandar ke luar bandar dan dari bandar ke bandar
yang lain. Komposisi aliran migrasi penduduk berkaitan jantina, umur dan taraf
pendidikan penduduk.
4
Golongan
migrasi di Malaysia terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kebanyakan mereka
adalah lepasan sekolah sehingga yang mempunyai ijazah. Mereka adalah golongan
remaja, belia dan dewasa. Golongan tua merupakan kumpulan umur yang kurang
melakukan migrasi.
5
Migrasi
dalaman di Malaysia umumnya berlaku secara sukarela. Migrasi ini biasanya
berlaku dalam keadaankeadaan tertentu berikutan dengan perubahan dan
perkembangan dari segi ekonomi, sosial, politik dan demografi. Peluang
pekerjaan yang terhad serta bermusim di luar bandar menyebabkan penduduk muda
berhijrah ke bandar.
Migrasi Luar Bandar ke Bandar
1
Penduduk
dari kawasan luar bandar dari negeri-negeri pantai timur dan utara di Malaysia
telah berhijrah ke bandar-bandar besar dan sederhana utama seperti Kuala
Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam, Georgetown, Seberang Prai,
Ipoh dan Johor Bahru. Manakala penduduk luar bandar Sabah dan Sarawak pula ke
Kota Kinabalu dan Kuching atau ke Kuala Lumpur.
2
Sebab
utama mengapa penduduk luar bandar berhijrah ke bandar ialah kerana tarikan
ekonomi di samping pelbagai kemudahan yang dapat menarik penduduk seperti
kemudahan pendidikan, kesihatan, hiburan, rekreasi, pusat beli-belah dan
lain-lain seperti sistem pengangkutan awam yang cekap dan pelbagai.
3
Banyak
peluang pekerjaan ditawarkan di dalam sektor perkhidmatan, perniagaan dan
perindustrian di bandar-bandar besar. Gaji yang tinggi juga menarik penduduk ke
bandar besar seperti di Kuala Lumpur dan Selangor.
4
Pola
aliran migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di Malaysia melibatkan
golongan muda atau belia dan dewasa. Migrasi jenis ini merupakan aliran migrasi
dalaman yang terbesar.
Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar
1
Migrasi
luar bandar ke luar bandar di Malaysia biasanya dirancang oleh kerajaan. Dasar
pembangunan tanah dan pembangunan wilayah adalah untuk memajukan wilayah mundur
dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar terutama golongan yang tidak
bertanah.
2
Agensi
yang menyelaras perpindahan penduduk akan menyediakan kawasan petempatan yang
terancang dengan dibekalkan 10 ekar tanah untuk diusahakan seperti menanam
tanaman getah dan kelapa sawit.
3
Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah
Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDA) adalah
antara agensi pembangunan tanah yang menyediakan kemudahan untuk golongan
penduduk luar bandar atau peneroka yang berpindah dari kawasan luar bandar
seluruh Malaysia terutamanya bagi penduduk yang miskin, menganggur dan tidak
memiliki tanah.
4
Pada
tahun 1990 sahaja, FELDA telah menempatkan sejumlah 119 300 orang peneroka atau
peserta rancangan di kawasan pembangunan tanah tersebut dengan jumlah
keseluruhan penduduk terlibat adalah seramai 750 000 orang.
5
Pada
zaman darurat dan ancaman komunis pada tahun 1960-an hingga 1970-an, kerajaan
telah memindahkan penduduk di beberapa petempatan atau kampung yang terpencil
di luar bandar, kaki bukit dan tepi hutan untuk mengekang pengaruh komunis dan
menjaga keselamatan penduduk.
6
Penduduk
tersebut ditempatkan di petempatan baharu dikenali sebagai kampung baru seperti
di Gerik, Gua Musang, Kepong dan Mentakab.
Migrasi Bandar ke Bandar
1
Migrasi antara bandar banyak berlaku di Malaysia seperti
dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, Kuantan ke Kuala Lumpur, Kota
Bharu ke Shah Alam dan sebagainya.
2
Migrasi
seperti ini banyak berlaku di kalangan pekerja ikhtisas, pekerja kilang dan pegawai
kerajaan yang bertukar tempat kerja atau mendapat kerja yang lebih baik.
Manakala peniaga atau pengusaha akan berpindah ke bandar kerana membuka
cawangan baru di bandar yang lebih besar dan berdaya saing.
3
Penduduk terutama pelajar dari bandar kecil juga berpindah
ke bandar untuk melanjutkan pelajaran di bandar besar yang mempunyai pelbagai
institusi pendidikan tinggi. Contohnya, dari Bachok, Kelantan ke USM di Pulau
Pinang.
4
Hukum
migrasi seperti step Wise menerangkan migrasi bandar ke bandar juga berlaku
secara berperingkatperingkat, iaitu dari bandar kecil ke bandar sederhana, dari
bandar sederhana ke bandar besar dan dari bandar besar ke bandar metropolis.
Peluang ekonomi dan sosial yang lebih baik mempengaruhi migrasi bandar ke
bandar.
Migrasi Bandar ke Luar Bandar
1
Bagi
penduduk Malaysia, migrasi bandar ke luar bandar atau desa jarang atau tidak
banyak berlaku sehingga boleh menimbulkan kesan besar di kawasan yang dituju.
2
Migrasi
ini berlaku apabila pekerja atau penjawat awam yang bersara atau tamat tempoh
perkhidmatan berpindah ke luar bandar kerana mereka mempunyai rumah sendiri
yang berdekatan dengan bandar tersebut. la juga dikenali sebagai retirement
migration.
3
Kebanyakan
pesara profesional pula memilih kawasan luar kota atau di tepi-tepi pantai yang
jauh dari kesibukan seperti di sepanjang pantai negeri Terengganu dan Kelantan.
4
Migrasi
bandar ke luar bandar juga berlaku apabila kerajaan melalui dasar penyelerakan
industri ke luar bandar untuk tujuan menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan bandar-luar
bandar dan rancangan koridor pembangunan ekonomi SCORE, NCER dan ECER di bawah
program transformasi luar bandar. la secara tidak langsung melibatkan
pertukaran dan petempatan pegawai dan kaki tangan ke kawasan pembangunan luar
bandar tersebut.
Transmigrasi
1
Transmigrasi
adalah satu rancangan pemindahan penduduk secara besar-besaran merentas
sempadan pulaupulau dan lautan yang dirancang oleh kerajaan Indonesia.
2
Tidak
ada rancangan transmigrasi di negara Iain selain daripada yang telah dijalankan
di Indonesia sejak tahun 1970 hingga 1980-an melalui Rancangan Pembangunan Lima
Tahun (REPELITA) mereka.
3
Apa
yang dilakukan ialah memindahkan penduduk yang sangat padat di Pulau Jawa ke
Pulau Sumatera dan Pulau Borneo (Kalimantan).
4
Dalam
tempoh 10 tahun kerajaan Indonesia telah memindahkan seramai 3.4 juta penduduk
Pulau Jawa ke pulau-pulau Iain.
5
Selain
untuk mengurangkan tekanan penduduk di Pulau Jawa, transmigrasi juga bertujuan
menyediakan tenaga buruh untuk memajukan ladang-ladang getah, kelapa sawit, lada
hitam, lombong arang batu, bijih timah dan petroleum di Sulawesi, Kalimantan
dan Pulau Sumatera.
Jadual 1 Aliran migrasi Malaysia pada tahun 2000
Jenis
Aliran
|
Tahun
2000
|
Bandar ke bandar
Bandar ke luar bandar
Luar bandar ke bandar
Luar bandar ke luar bandar
|
63.2 0/0
9.2 0/0
176%
10.0 36
|
Bilangan Migran
|
3 328 485 juta orang
|
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman
1
Secara
umumnya terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi migrasi, iaitu faktor
tarikan di kawasan yang dituju, faktor tolakan di kawasan asal serta dasar
kerajaan.
2
Faktor
tarikan merujuk kepada keadaan dan peluang ekonomi, sosial dan situasi politik
yang menggalakkan penduduk berhijrah masuk ke tempat baharu. Itu semua termasuk
tujuan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dan upah yang tinggi. Tujuan
mengubah kehidupan juga merupakan hasrat utama berhijrah.
3
Penduduk
juga berhijrah untuk menikmati kemudahan sosial yang tersedia seperti rekreasi,
hiburan, khidmat kewangan, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan Iain-Iain.
4
Faktor
tolakan di tempat asal adalah seperti punca pendapatan yang tidak tetap,
kemiskinan tegar, kekurangan dan persaingan pekerjaan, kekurangan peluang
ekonomi, perang saudara dan bencana alam.
Faktor Tarikan (Ekonomi)
1
Terdapat
banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang tinggi telah menarik ramai golongan
muda dan dewasa berhijrah ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru,
Georgetown dan sebagainya.
2
Faktor
gaji yang tinggi, tetap dan menokok berserta bonus dan elaun sara hidup di
samping keadaan dan suasana tempat kerja yang kondusif sangat menarik golongan
muda berhijrah ke bandar.
3
Bagi
penduduk yang tidak mempunyai tanah, mereka akan berhijrah ke kawasan
pembangunan tanah baharu FELDA, KESEDAR, KEJORA dan Iain-Iain dengan tujuan
untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.
Faktor Tarikan (Sosial)
1
Penduduk
terutamanya golongan muda atau pelajar akan memilih bandar besar yang
menyediakan institusi pendidikan tinggi dan kemahiran seperti Universiti
Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia di Kuala
Lumpur, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Universiti Teknologi
Malaysia di Johor Bahru sebagai destinasi melanjutkan pelajaran dan
memperkembangkan kemahiran.
2
Kemudahan
pengangkutan yang cekap seperti perkhidmatan bas, teksi dan sistem rel dalam
bandar mempengaruhi pergerakan dan ketersampaian penduduk luar berhijrah ke
bandar-bandar dengan cepat, selesa dan boleh sampai ke pelbagai tempat dengan
mudah.
3
Kemudahan
dan perkhidmatan bandar seperti pusat membeli-belah, tempat rekreasi, pusat
perkhidmatan dan perniagaan telah menarik golongan tertentu berhijrah. Bagi
golongan profesional, peniaga atau pengusaha, bandar merupakan tempat sesuai
untuk membuka gedung perniagaan kerana kemudahan infrastruktur yang tersedia di
samping saiz pasaran yang cukup besar.
Faktor Tolakan (Ekonomi)
1
Di
kawasan luar bandar, penduduk sangat bergantung kepada sektor ekonomi
pertanian. Ini menyebabkan penduduk menghadapi masalah pendapatan yang tidak
tetap. Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan mereka terpaksa bersaing
dengan kadar upah yang rendah menekan kehidupan mereka. Mereka keluar mencari
rezeki di bandar atau tempat yang menawarkan gaji yang lebih baik.
2
Peluang
pekerjaan yang sedikit berbanding dengan bilangan penduduk yang ramai di luar
bandar menyebabkan lebihan tenaga kerja. Kadar pengangguran tinggi di luar
bandar kerana persaingan untuk mendapatkan kerja.
Faktor Tolakan (Sosial)
1
Kurangnya
pusat pendidikan seperti kolej dan universiti di luar bandar menyebabkan
golongan lepasan SPM, STPM dan kolej berhijrah ke bandar untuk melanjutkan
pelajaran. Kebanyakan kolej dan universiti terletak di bandar.
2
Golongan
muda dan belia banyak berhijrah ke bandar kerana bekerja. Di samping itu juga,
mereka tertarik untuk tinggal di bandar kerana terdapat banyak kemudahan yang
disediakan seperti pusat membeli-belah dan sebagainya.
Faktor Dasar Kerajaan
1
Kerajaan
memainkan peranan penting dan sangat mempengaruhi penghijrahan penduduk ke
sesebuah tempat atau kawasan.
2
Perancangan
kerajaan dengan membuka kawasan tanah-tanah baharu di bawah program pembangunan
tanah dan pembangunan wilayah untuk menyeimbangkan pembangunan dan memajukan
kawasan luar bandar telah menarik ramai penduduk menjadi peneroka di kawasan
tanah rancangan.
3
Usaha
kerajaan menyelerakkan kawasan perindustrian ke kawasan kurang maju di pinggir
bandar dan membuka bandar-bandar baharu juga telah menyebabkan penduduk
berhijrah ke kawasan perindustrian baharu itu secara beramai-ramai terutamanya
golongan profesional muda. la secara tidak langsung mengembangkan rantaian
ekonomi berkaitan dan sekali gus menarik golongan penduduk yang Iain.
Migrasi Antarabangsa
1
Migrasi
antarabangsa merupakan perpindahan atau penghijrahan penduduk dari sebuah
negara ke negara Iain dan melintasi sempadan negara atau antarabangsa. Migrasi
ini bersifat sama ada kekal, sementara atau bermusim untuk tujuan tertentu
seperti bekerja, berniaga dan meningkatkan taraf hidup.
2
Sempadan
antarabangsa boleh dikategorikan dengan laut yang luas, sebuah banjaran gunung,
kawasan padang pasir, pagar yang tinggi dan utuh atau sebatang sungai seperti
Sungai Golok yang menyempadani Malaysia dengan Thailand dalam jarak yang sangat
dekat. Ada juga migran yang terpaksa berpindah untuk mencari perlindungan
politik seperti yang berlaku kepada penduduk di negara yang sering dilanda
krisis seperti pembersihan etnik dan agama di Myanmar (Burma) dan Kashmir. Pada
tahun 2000, terdapat hampir 16 juta orang penghijrah politik (pelarian) atau 9%
daripada jumlah migran antarabangsa.
3
Pada
November 2014, menurut Pelan Tindakan Negeri Rakhine, kerajaan Myanmar akan
mengusir lebih kurang 1 juta orang penduduk Rohingya jika mereka tidak dapat
membuktikan keluarga mereka telah tinggal lebih 60 tahun di sana.
4
Terdapat
dua aliran migrasi antarabangsa, iaitu yang melibatkan perpindahan antara
sempadan dua buah negara dan juga yang melibatkan perpindahan penduduk antara
benua.
5
Contoh
migrasi antara negara ialah seperti penghijrahan penduduk Indonesia, Filipina,
Bangladesh, Myanmar dan Nepal ke Malaysia. Terdapat lebih kurang 780 000 rakyat
Malaysia menetap dan berhijrah ke Australia.
6
Contoh
migrasi antara benua ialah penduduk dari benua Asia telah berhijrah ke benua
Eropah, benua Asia ke benua Amerika Utara, benua Afrika ke Amerika Utara, benua
Amerika Selatan ke Amerika Utara dan Iain-Iain.
7
Sejarah
migrasi dan tujuannya (tahun1950-an hingga 1960-an):
(a) Dari Eropah ke
benua Amerika Utara. Penghijrahan ini disebabkan oleh sumber galian emas,
menyebar agama, meningkatkan taraf hidup, mencari peluang pekerjaan dan tanah
pertanian.
(b) Dari Eropah ke
benua Asia yang bertujuan meluaskan tanah jajahan, iaitu penjajahan Inggeris di
Tanah Melayu, penjajahan Belanda di Indonesia dan Perancis di Indo-China.
(c) Perang saudara
yang berlaku di Zaire, Congo, Angola dan Iain-Iain telah menyebabkan rakyat
lari atau berpindah ke negara Iain sebagai pelarian.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Antarabangsa
1
Faktor
ekonomi adalah motif utama migrasi ini. Penduduk akan keluar untuk mendapatkan
pekerjaan dan perniagaan yang banyak terdapat di sektor pertanian, perkilangan,
perusahaan teknologi tinggi dan pembinaan di negara Iain. Gaji atau upah yang
tinggi berbanding di negara asal sangat menarik penduduk Indonesia, Bangladesh
dan Nepal bekerja di Malaysia terutamanya di sektor kritikal seperti perladangan
dan pembinaan sebagai buruh kontrak. Manakala pekerja dari Amerika Syarikat,
Kanada, Jepun, Australia dan India terdiri daripada pekerja ikhtisas.
2
Kerajaan
Malaysia atas permintaan kerajaan Bangladesh dan Indonesia telah memudahkan dan
menggalakkan kemasukan buruh dari Bangladesh
dan Indonesia dengan memudahkan urusan pengeluaran permit kerja dan Visa untuk
memenuhi pekerjaan di sektor binaan, perladangan, pekerja pusat beli-belah,
pembantu stesen minyak dan Iain-Iain.
3
Kerajaan
Malaysia juga menggalakkan supaya rakyat Malaysia dapat berhijrah ke luar
negara terutama ke negara-negara maju untuk melanjutkan pelajaran dan
mempelajari kemahiran bidang teknikal dan profesional yang lebih tinggi.
4
Keadaan
geopolitik sesebuah negara yang stabil atau porak-peranda juga menggalakkan
berlakunya pergerakan masuk dan keluar migran. Malaysia telah bebas daripada
ancaman pengaruh komunis pada tahun 1980-an dan tidak wujud lagi unsur-unsur
yang boleh mengancam keselamatan negara selepas itu. Hal ini menyebabkan negara
lebih selamat dan terjamin untuk para imigran.
5
Mengikut
PBB ancaman pembersihan agama dan etnik di Rakhine, Myanmar telah menyebabkan
hampir 1.3 juta penduduk asal, iaitu etnik Rohingya terpaksa berhijrah ke
Thailand dan seterusnya ke Malaysia.
6
Bencana
alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, banjir dan ribut
taufan juga boleh menyebabkan keadaan sesebuah negara dalam keadaan huru-hara.
Jadi bagi negara seperti Malaysia yang bebas daripada bencana alam tersebut
pada tempoh yang panjang telah menarik ramai penduduk negara luar berhijrah dan
mencari rezeki.
Jadual 2 Impak migrasi penduduk ke kawasan destinasi
dan kawasan asal
Kawasan
|
Impak Positif
|
Impak Negatif
|
Kawasan destinasi atau kawasan yang dituju
|
·
Pertambahan tenaga kerja untuk menggerakkan pelbagai
sektor ekonomi
·
Memajukan sumber ekonomi seperti tanah, mineral dan
ekopelancongan
·
Berlaku pertambahan penduduk yang dapat memajukan sesebuah
kawasan
|
·
Persaingan aktiviti ekonomi dengan penduduk tempatan dari
segi ruang dan kawasan niaga seperti pasar malam, pasar tani, restoran dan
sebagainya sehingga berlaku perbalahan
|
Kawasan
|
Impak Positif
|
Impak Negatif
|
|
·
Kemudahan sosial dan kemudahan asas disediakan untuk
memenuhi keperluan penduduk Saiz pasaran domestik bertambah besar dan luas
·
Mempercepatkan proses urbanisasi
·
Migrasi masuk tenaga profesional dan berpendidikan tinggi
bagi menggerakkan dan menjana pembangunan ekonomi di samping sikap positif
yang boleh meningkatkan persaingan positif dengan penduduk tempatan
|
·
Persaingan dengan tenaga buruh tempatan yang menyebabkan
buruh tempatan menganggur
·
Pengaliran keluar wang negara yang merugikan negara
·
Mewujudkan banyak masalah sosial dan budaya kuning seperti
jenayah, budaya liar, keldai dadah dan perkahwinan tidak sah taraf di Sisi undang-undang
|
Kawasan asal atau negara asal migran
|
·
Penghantaran balik wang ke tempat asal atau negara asal.
la boleh mengubah taraf hidup keluarga di kampung atau tanah air mereka
·
Mempelajari teknik dan teknologi dan membawa balik
kemahiran ke tempat asal migran untuk dipraktikkan
·
Membawa balik idea-idea bernas ke tempat asal
·
Mengurangkan pengangguran dan tekanan ke atas sumber di
negara asal
|
·
Pengaliran keluar ramai tenaga muda membantutkan
pembangunan negara asal seperti kekurangan dari segi tenaga mahir
·
Mengubah gaya hidup dan sikap buruk yang ditiru di negara
dituju
|
Penduduk
dan Sumber Alam
Konsep dan Komponen Alam Sekitar
1
Alam sekitar
terbahagi kepada dua, iaitu alam sekitar manusia dan alam sekitar fizikal. Alam
sekitar manusia ialah alam sekitar yang dipengaruhi oleh tindakan dan campur
tangan manusia di atas permukaan bumi seperti petempatan bandar dan luar
bandar, jaringan dan rangkaian pengangkutan dan lain-lain seperti guna tanah
pertanian, perindustrian, perlombongan serta pelancongan. Ia juga dikenali
sebagai pandang darat budaya.
2
Alam sekitar fizikal
merujuk kepada bentuk muka bumi (seperti gunung-ganang, bukit bukau, tanah
tinggi, tanah rendah), saliran (sungai, paya, tasik, lautan), tumbuhan dan
haiwan (flora dan fauna) serta lapisan udara. Alam sekitar fizikal juga
dikenali sebagai pandang darat fizikal.
3
Alam sekitar fizikal
ialah asas kepada sumber alam dan ia terbahagi kepada empat komponen atau
sistem yang utama dan saling berinteraksi, iaitu:
(a)
biosfera (sistem
ekologi)—la merupakan lapisan kerak bumi dan atmosfera yang menjadi komponen
kehidupan kepada manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma termasuklah
bakteria, protozoa dan lain-lain. Ia bertindak sebagai pentas atau habitat
kepada semua kehidupan di daratan, lautan dan di lapisan bawah atmosfera.
(b)
litosfera (sistem
geomorfologi). Ia merupakan lapisan kerak bumi pejal yang membentuk kawasan
benua dan pulau. Ia juga membentuk dasar laut. Di sini terdapatnya segala unsur
tanih, batuan dan galian yang sangat bernilai. Proses luluhawa, hakisan, tanah
runtuh, pengangkutan dan pemendapan adalah aktiviti alam yang berlaku di
kawasan ini. Ia membentuk pandangan darat yang sangat kompleks.
(c)
hidrosfera (sistem
hidrologi). Ia merupakan komponen bumi yang mengandungi air, iaitu air laut,
sungai dan tasik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Air sangat penting
kepada kehidupan. Krisis air boleh menyebabkan malapetaka. Lebihan air boleh
menyebabkan banjir besar.
(d)
atmosfera (sistem
atmosfera). Ia adalah lapisan udara dan gas yang menyelimuti bumi. Komponen
atau lapisan udara membekalkan oksigen, karbon dioksida dan air hujan kepada
kehidupan. Ia menjadi penebat bahangan bumi dan bahangan matahari, iaitu
menyerap kedua-dua bahangan tersebut supaya suhu bumi sentiasa stabil. Ia juga
melibatkan elemen di dalam iklim dan cuaca seperti kerpasan (hujan, kabus,
salji) dan tekanan udara serta angin.
Alam Sekitar Fizikal Sebagai Sumber Alam
1
Sumber alam
dimaksudkan sebagai apa-apa sahaja yang terdapat dalam alam sekitar semula
jadi, berguna dan boleh digunakan oleh manusia dan memenuhi keperluan biologi
mereka. Tahap penggunaannya pula berbeza-beza antara manusia kerana tingkat
pengetahuan, teknologi, pengurusan stok dan kehendak serta keperluan hidup
manusia yang berbeza di samping kuantiti dan kualiti sumber alam itu sendiri.
2
Manusia memerlukan
sumber alam untuk kehidupan dan kemajuan sosioekonomi mereka.
3
Sumber alam terbahagi
kepada dua jenis, iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui (akan habis) dan
sumber yang boleh diperbaharui (tidak akan habis).
4
Contoh sumber alam
yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber kuasa (petroleum, gas asli dan
arang batu) dan pelbagai jenis logam lain seperti bijih besi, bijih timah, emas
dan nikel.
5
Sumber alam yang
boleh diperbaharui wujud secara berterusan dan tidak akan pupus seperti ombak,
air pasang surut, cahaya matahari, angin dan sumber yang boleh diganti seperti
sumber tanah, hutan, padang rumput dan air.
6
Ringkasnya, sumber
terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu:
(a)
sumber mineral, iaitu
logam dan bukan logam seperti bijih besi, bijih timah, batu permata, kuprum,
raksa dan lain-lain
(b)
sumber hutan daripada
jenis hutan tropika, hutan paya, hutan pantai dan sebagainya
(c)
sumber tenaga seperti
petroleum, gas asli, arang batu, tenaga nuklear, tenaga biomas, tenaga suria
dan lain-lain tenaga.
7
Manusia memerlukan
sumber alam sebagai pentas dan landasan untuk menjalankan kehidupan dan
pembangunan sosioekonomi. Mereka mengeksploitasi dan menggunakan segala elemen
alam sekitar fizikal untuk menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian,
melombong, ekopelancongan, membalak dan membina petempatan serta pengangkutan
secara meluas.
8
Sumber pekerjaan,
peningkatan taraf hidup, pendapatan negara (KDNK), pembangunan kawasan atau
kesan rantaian ekonomi yang berlaku hampir kesemuanya adalah berkait dengan
jenis-jenis sumber alam yang ada.
9
Air sebagai satu
unsur dalam persekitaran fizikal dianggap sangat penting kerana mempengaruhi
kehidupan harian, aktiviti pertanian, penjanaan kuasa elektrik hidro,
pertumbuhan pokok dan sebagainya.
10
Air daripada air
hujan, air bawah tanah, sungai dan cairan salji penting untuk mengairi kawasan
pertanian atau menjana tenaga elektrik. Air laut, sungai, tasik dan kolam
adalah sumber alam yang sangat berguna. Air tawar bersih yang telah ditapis
disalurkan untuk kegunaan domestik dan perindustrian.
11
Empangan air Sungai
Muda (Rancangan Pengairan Sungai Muda) di Kedah adalah projek pengairan
berimpak tinggi, iaitu ia boleh mengairi hampir seluruh kawasan tanaman padi di
delta Kedah-Perlis (210 500 hektar).
12
Sebahagian besar
negeri di Malaysia dikelilingi oleh air laut dan Pentas Sunda yang cetek dan
mempunyai banyak ikan. Ikan juga banyak terdapat di sungai, kolam dan tasik.
Kegiatan menangkap ikan dan memproses hasil ikan pula merupakan kegiatan utama
penduduk di perkampungan nelayan.
13
Hutan penting sebagai
kawasan tadahan hujan. la juga mengimbangi proses kitaran hidrologi dan
berupaya mengurangkan hakisan tanah dan pergerakan jisim. Aktiviti berkaitan
dengan hutan seperti menebang hutan memberi sumber pekerjaan kepada penduduk,
sumber pendapatan negara dan mewujudkan industri berkaitan. Kayu keras seperti
kayu cengal, kayu jati, kayu seraya, rotan, buluh dan damar adalah hasil
dagangan utama. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang membekalkan kayu
keras dunia.
14
Tanah di komponen litosfera menyediakan tapak asas untuk aktiviti pertanian
kebun kecil dan pertanian dagangan seperti getah dan kelapa sawit. Tanah
laterit sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Terdapat lebih kurang 2.7 juta
hektar tanah ditanam dengan kelapa sawit di Malaysia. Kelapa sawit adalah
tanaman eksport yang penting dan menyumbang kepada KDNK dan tukaran wang asing
negara.
15
Malaysia mempunyai
'emas hitam', iaitu sumber petroleum dan gas asli yang menyumbang sebanyak 7%
daripada sumber eksport negara dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas.
Secara tidak langsung, ia pemangkin kepada perkembangan bandar Paka, Kerteh dan
Kemaman sebagai tempat memproses sumber mineral tersebut. Hasil daripada
petroleum juga banyak membantu pembangunan negara Malaysia.
16
Komponen atmosfera
(udara) merupakan sumber semula jadi yang sangat penting untuk manusia dan
pelbagai jenis hidupan yang lain. la membekalkan oksigen (02) dan karbon
dioksida (C02) kepada hidupan.
Daya Tampung Persekitaran Fizikal
1
Daya tampung sumber fizikal
merujuk kepada kebolehan, kemampuan, keupayaan, keseimbangan atau kecukupan
sesuatu sumber alam untuk menampung atau memenuhi keperluan penduduk dan
kegunaan mereka pada jangka masa atau tempoh tertentu. Contohnya seperti air
dan udara yang bersih, tanah pertanian, makanan, hutan dan mineral. Teknologi
dan pengurusan sumber yang mapan serta bilangan penduduk yang optimum
menentukan daya pengeluaran tanpa pula merosakkan sumber-sumber alam tersebut.
2
Daya tampung sumber
alam adalah berkait rapat dengan:
(a)
Kuantiti dan kualiti
sumber alam seperti simpanan mineral atau galian yang banyak dan berterusan
serta sesuai dan selamat digunakan bagi menjamin kegunaan berpanjangan dan
seterusnya boleh menjana pendapatan penduduk dan negara. Di samping itu, tanah
yang subur dan luas sesuai untuk pertanian yang akan mempengaruhi daya
pengeluaran dan kualiti.
(b)
Tingkat dan keupayaan
teknologi untuk mengeksploitasi sumber. Bioteknologi berupaya meningkatkan
hasil tanaman melalui teknik pengklonan dan hibrid. Pokok tanaman pula lebih
tahan kepada penyakit dan berupaya mengeluarkan hasil dalam tempoh yang
singkat. Penggunaan jentera moden juga mempercepatkan pengeluaran serta dapat
mengatasi masalah operasi dan masalah tenaga kerja.
(c)
Pengurusan sumber
yang cekap, sistematik dan berterusan. Tahap pendidikan, kemahiran, mengurus,
menjalankan kerja, memantau, mengemas kini, penyelidikan dan post-mortem
merupakan gerak kerja yang boleh mengelakkan kerosakan dan kepupusan sesuatu
sumber. Contoh tindakan yang cekap adalah seperti usaha tanam semula, kitar
semula dan ladang hutan yang boleh menjamin keberterusan sumber hutan.
(d)
Penduduk yang ramai
akan menggunakan sumber tanah untuk pelbagai tujuan. Persaingan guna tanah,
hakisan tanah dan runtuhan berlaku menyebabkan kegiatan dan kehidupan
terganggu. Penggunaan tanah yang intensif untuk menampung bilangan penduduk
yang ramai menyebabkan tanah cepat hilang kesuburan.
1
Jika sumber alam
kehabisan, musnah, rosak dan tidak dapat memenuhi keperluan manusia pada tempoh
diperlukan maka ia boleh menjejaskan sistem kehidupan manusia pada masa akan
datang. Alam sekitar perlu dipulihkan supaya keseimbangan ekosistem terus
berkekalan.
2
Penerokaan terhadap
alam sekitar memerlukan penduduk menggunakan pendekatan berhemah dan mesra alam
bertujuan mengekalkan daya tampung sesuatu sumber fizikal tersebut. Pendekatan
lestari dalam semua aktiviti ekonomi penduduk adalah penentu kepada keupayaan
menampung persekitaran fizikal.
Kesan Pertumbuhan Penduduk terhadap Alam Sekitar Fizikal
1
Berlaku hakisan tanah
dan tanah runtuh. Kegiatan menebang pokok, membersihkan hutan, menarah dan
memotong cerun secara berleluasa akan mempercepatkan kejadian hakisan dan
gerakan jisim tanah. Perubahan pandang darat berlaku dengan meluas seperti
kemusnahan infrastruktur, bangunan runtuh, nyawa terkorban dan kos membaik
pulih adalah besar. Contohnya seperti yang berlaku di kawasan pertanian Tanah
Tinggi Cameron pada tahun 2013 dan 2014.
2
Pencemaran alam
sekitar terutama pencemaran udara, air dan sampah sarap yang dilakukan oleh
penduduk yang tidak bertanggungjawab. Aktiviti perindustrian yang membebaskan
asap ke udara dan mengalirkan sisa toksik ke dalam sungai telah menyebabkan
berlakunya pencemaran yang serius. Lebih kurang 3.5 juta tan minyak dibuang ke
dalam laut setiap tahun di Malaysia oleh pengusaha kapal yang tidak
bertanggungjawab.
3
Aktiviti manusia di
bandar telah mengubah kualiti udara dengan menambahkan bahan-bahan pencemar dan
partikel terampai (PMIO) di dalam atmosfera bandar. Litupan tumbuhan yang
kurang dan pelepasan gas-gas rumah hijau meningkatkan lagi suhu bumi.
4
Aktiviti pertanian
penduduk yang meneroka tanah secara haram di kawasan tanah tinggi mempengaruhi
kejadian banjir dan banjir kilat. Hal ini berlaku kerana tumbuhan yang
bertindak sebagai span telah musnah sehingga tiada lagi kawasan simpanan air
semula jadi. Luahan air hujan yang lebat dan berterusan menyebabkan kejadian
banjir dan banjir kilat. Aktiviti pertanian yang tidak terkawal juga boleh
mempengaruhi kejadian hakisan dan tanah runtuh yang boleh memusnahkan harta dan
nyawa.
5
Kemusnahan ekosistem
dan kepelbagaian biologi juga berlaku sehingga menyebabkan kepupusan dan
habitat haiwan musnah. Punca utamanya ialah penerokaan hutan secara berleluasa
tanpa permit atau secara haram.
Langkah-langkah Mengurangkan Kemusnahan terhadap Persekitaran Fizikal
1
Pembangunan
berterusan atau lestari (sustainable
development) bermaksud pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa
kini tanpa menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
2
Pembangunan lestari
memberi penekanan kepada lapan prinsip pembangunan yang bertujuan untuk
meningkatkan keseimbangan keperluan manusia yang tidak terbatas dengan
persekitaran fizikal bersama sumber alamnya. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
(a)
menjana atau
menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi
(b)
mengubah kualiti
pertumbuhan ekonomi bagi menjamin kesejahteraan hidup
(c)
memulihara dan
mempertingkatkan sumber asas
(d)
memastikan aras
penduduk yang boleh ditampung
(e)
mengorientasikan
semula teknologi dan kaedah pengurusan risiko
(f)
mengintegrasikan alam
sekitar dan ekonomi dalam membuat keputusan
(g)
memperbaharui
hubungan ekonomi antarabangsa
(h)
memperkukuhkan
kerjasama antarabangsa.
3
Pemeliharaan merujuk
kepada langkah pengawalan, mengekalkan, memelihara dan menjaga alam sekitar
daripada kerosakan akibat pembangunan oleh manusia secara keterlaluan dan tidak
terancang.
4
Pemuliharaan merujuk
kepada langkah memperbaiki, iaitu membaik pulih alam sekjtar yang semakin
terancam, rosak dan hampir pupus. Usaha pengawalan dilakukan melalui langkah
perundangan dan langkah bukan perundangan.
(a)
Pelaksanaan
akta, enakmen atau peraturan khususnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974, Akta Perhutanan Negara, Akta Perikanan dan enakmen lain yang berkaitan.
(b)
Mewujudkan
agensi pelaksana dan penguatkuasaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan
Laut, Jabatan Perhutanan, PERHILITAN dan Pejabat Tanah dan Galian.
(c)
Menjalankan
aktiviti rondaan, pemantauan dan tangkapan. Denda dan kompaun juga dikenakan
selain menyita premis dan membatalkan lesen serta diheret ke mahkamah.
(d)
Melaksanakan
Kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) di peringkat sebelum, semasa dan
selepas sesuatu projek dilaksanakan. Kelulusan EIA diperlukan terlebih dahulu
terutamanya sebelum sesuatu projek dijalankan.
5
Amalan pengurusan
yang strategik meliputi langkah penstrukturan, amalan pemeliharaan dan amalan
pemuliharaan.
6
Amalan tebang dan
bakar hutan yang mencemarkan udara ditukar kepada amalan tebang dan reput yang
boleh meningkatkan nutrien tanah.
7
Kawasan tanah yang
gondol dan terdedah kepada agen hakisan akan ditanam dengan pokok dari jenis
yang cepat membesar dan matang seperti pokok dari spesies batai, Acacia mangium
dan sebagainya.
8
Mengikut Seksyen 10
(1) Akta Perhutanan Negara 1984, hutan dikelaskan kepada 11 jenis, iaitu hutan
pengeluaran kayu, hutan perlindungan tanah, hutan tebus guna tanah, hutan
kawalan banjir, hutan tadahan air, hutan perlindungan hidupan liar, hutan
simpanan hutan dara, hutan lipur, hutan penyelidikan, hutan pendidikan dan
hutan bagi maksud persekutuan.
9
Kaedah pillow tube juga digunakan untuk tujuan
pengawalan hakisan pantai di pantai barat Semenanjung Malaysia. la dibuat
dengan menggunakan pelbagai bahan semula jadi termasuk gentian, sabut serta
pasir yang dibalut dengan kain tahan lasak dengan ketinggian 1.8 meter dan
kelihatan seperti bantal besar yang merentangi arah pergerakan ombak laut.