Monday, March 12, 2018

KULIAH 1 PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI

Sektor Ekonomi Primer (Ekonomi Asas)



Ekonomi primer ialah sektor ekonomi asas yang berhubung terus dengan sumber alam. Antaranya seperti pertanian, perikanan. penternakan, perhutanan dan perlombongan adaiah terletak dalam kategori sektor primer kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awai yang menggunakan sumber alam sebagai bahan mentah dan produknya. Tanpa sumber alam sector ini tidak boleh beroperasi



Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Primer



·         Jenis aktiviti ekonomi: Terbahagi kepada sektor yang berasaskan sumber alam seperti pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan dan perikanan.



·         Taburan. Mengikut kawasan sumber pengeluaran -contoh pinggir laut (perikanan), luar bandar (pertanian).



·         Orientasi pengeluaran. Skala pengeluaran samada kecil, sederhana atau besar, intensif atau ekstensif. Contohnya sektor perladangan tujuannya ialah untuk eksport dan skala pengeluarannya beratus hektar.



·         Ciri Penggunaan modal. Modal pusingan yang digunakan banyak atau sedikit. Sebagai contoh sektor perladangan di Malaysia bermodal besar menggunakan modal GLC seperti daripada FELDA dan SIMEDARBY.



·         Ciri buruh dan kepakaran. Meliputi kuantiti dan kualiti penggunaan buruh, tenis buruh yang digunakan (buruh tempatan atau buruh asing), intensif buruh atau giat tentera. Dalam sektor perladangan kelapa sawit di Malaysia banyak menggunakan tenaga buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh.



·         Ciri teknologi yang digunakan. Penggunaan teknologi konvensional atau teknologi moden. Sebagai contoh sektor perikanan pinggir pantai menggunakan teknologi tradisional seperti bubu. pukat, jala dan pancing. Manakala perikanan laut dalam menggunakan teknologi moden seperti alat ecosonar dan GPS, pukat tunda, pukat harimau dil.



Sumbangan/kepentingan Sektor Ekonomi Primer.



·         Memajukan sektor lain yang berkaitan. Dalam konteks ini rantaian ekonomi hiliran akan berkembang apabila bahan mentahnya disumbangkan oleh sektor ekonomi primer. Contohnya sektor perlombongan petroleum dan gas asli membantu perkembangan industri petrokimia seperti pembuatan plastik, polistrin, cat dan sebagainya.



·         Meningkatkan kemaluan Teknologi dan R&D. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam negara melalui program R&D, seperti bioteknologi dan nanoteknologi.



·         Peluang Pekerjaan. Membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk sekaligus meningkatkan pendapatan perkapita mereka melebihi garis kemiskinan. Kadar penggangguran berkurangan, kuasa beli dan tabungan bertambah dan taraf hidup penduduk akan meningkat.



·         Pasaran dan Pendapatan Negara. Perluasan pasaran dan kesan-kesan positif dari perluasan pasaran samada dalam atau luar negara. Ini menyebabkan aliran perdagangan meningkat mampu memperbaiki imbangan perdagangan, Pendapatan eksport negara akan bertambah -KDNK meningkat, pertumbuhan ekonomi negara keseluruhannya menjadi pesat.



·         Modal dan Pelaburan. Perkembangan sektor ekonomi primer juga berupaya menambahkan dana dalam negara terutamanya menerusi pelaburan asing (FDI) dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Contoh FELDA dan SIMEDARBY melabur dalam perladangan kelapa sawit. SHELL dan PETRONAS melabur dalam perlombongan minyak dan gas.



·         Buruh dan Kepakaran. Penggunaan tenaga buruh murah, mahir dan separa mahir dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kos buruh yang murah akan menarik kemasukan pelaburan asing. Di samping penggunaan buruh asing bagi sektor kritikal seperti sektor perladangan.



Masalah dan Cabaran Yang Dihadapi oleh Sektor Ekonomi Primer Di Malaysia Masa Kini



·         Kekurangan modal untuk meningkatkan pengeluaran. Masalah kekurangan buruh. Di Malaysia, masalah kekurangan buruh dihadapi oleh sektor perladangan.



·         Masalah pasaran. Masalah ini berlaku kerana penghasilan produk yang tidak berkualiti sukar untuk bersaing di pasaran global.



·         Masalah teknologi. Daya saing pasaran juga berkaitan dengan kekurangan teknologi, R&D dan inovasi bagi menghasilkan produk yang dapat memenuhi citarasa semasa pengguna.



·         Masalah pengurusan. Kelemahan pengurusan dan urus tadbir governan serta korporat banyak mengganggu kelancaran proses pembangunan ekonomi.



·         Masalah fizikal. ini boleh dikaitkan dengan ancaman cuaca seperti banjir, kemarau, ancaman pencemaran seperti jerebu dan penularan wabak penyakit.



Sektor Sekunder (Perkilangan)



Sektor sekunder adalah sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer. ia lebih bersifat pemprosesan dan pembuatan. Sektor sekunder banyak menggunakan keluaran (output) sektor primer sebagai bahan mentahnya untuk diproses menjadi barangan separa siap. Contoh sektor ekonomi sekunder ialah: industri pemprosesan, industri pembuatan, industri pembinaan dan juga industri penjanaan tenaga.



Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Sekunder:



·         Jenis aktiviti ekonomi: Terbahagi kepada tiga iaitu industri pemprosesan. industri pembuatan dan industri pembinaan.



·         Taburan. industri pemprosesan berada di kawasan sumber. Contohnya kilang memproses kelapa sawit berada di ladang kelapa sawit. Manakala kilang pembuatan pula berada di kawasan pasaran/bandar seperti kilang elektrik, elektronik, makanan, minuman dll supaya produknya mudah dipasarkan.



·         Orientasi pengeluaran. Syarikat pembuatan seperti PANASONIC. SONY, SAMSUNG. NOKIA adalah syarikat Multinasiond yang beroperasi secara besar-besaran untuk memenuhi pasaran global. Manakala lndustri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah berskala tempatan/kecil yang menjadi pembekal kepada syarikat multinasional.



·         Ciri Penggunaan modal. Bagi industri berskala besar (syarikat multinasional) adalah milik pelabur asing sepenuhnya samada dari Jepun, Korea, USA, Eropah dii. Manakala syarikat IKS adalah dimiliki oleh penduduk tempatan.



·         Ciri buruh dan kepakaran. Industri berskala besar menggunakan tenaga pakar import yang dibawa masuk bersama dengan pelaburan mereka. Tenaga buruh bagi syarikat besar lazimnya menggunakan tenaga buruh tempatan yang lebih murah kosnya.



·         Ciri teknologi yang digunakan. Syarikat multinasional menggunakan teknologi tinggi (Hi-Tech). Oleh itu ia amat mementingkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D).



·         Ciri pasaran. Produk sektor pembuatan berfokus kepada pasaran eksport luar negara misalnya pengeksportan barangan elektrik dan elektronik, pakaian] tekstil, jentera, petrokimia dil.



Sumbangan/Kepentingan Sektor Ekonomi Sekunder Kepada Pembangunan Negara



·         Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan eksport Negara. Contohnya sektor pembuatan menjadi jentera pertumbuhan kedua ekonomi Malaysia selepas sektor perkhidmatan.



·         Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, sekaligus kadar pengganguran berkurangan dan guna tenaga penuh.



·         Kesan pengganda iaitu memajukan sektor ekonomi lain yang berkaitan. Misalnya sektor pemprosesan kelapa sawit membantu sektor perladangan kelapa sawit.



·         Meningkatkan kemajuan Teknologi dan R&D. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam negara melaiui program R&D, seperti teknologi rekabentuk, kawalan mutu dan nanoteknoiogi.



·         Modal dan Pelaburan. Perkembangan sektor ekonomi sekunder/perkilangan juga berupaya menambahkan dana dalam negara terutamanya menerusi pelaburan asing (FDl).



·         Buruh dan Kepakaran. Penggunaan tenaga buruh mahir dan separa mahir dalam sektor perkilangan.



Masalah dan Isu Yang Dihadapi oleh Sektor Ekonomi Sekunder



·         Masalah pasaran. ia berkaitan dengan ketidaktentuan pasaran antarabangsa akibat krisis ekonomi global.



·         Masalah asas sektor pembuatan terlalu sempit dan nilai tambah yang rendah. Produk eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu menjurus kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik serta tekstil. Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added).



·         Masalah daya saing produk yang lemah. Sektor pembuatan tempatan masih berada di tahap penghasilan produk bernilai rendah, dan jelas mereka sudah tidak memiliki kelebihan dalam persaingan antarabangsa khususnya untuk bersaing dengan produk negara China yang jauh lebih murah.



·         Masalah kekurangan modal/dana. Bagi industri kecil dan sederhana (IKS) yang dikuasai oleh pelabur tempatan menghadapi ketidakcukupan modal Untuk menjalankan operasi secara besar-besaran.



·         Masalah kekurangan buruh. Pada masa ini industri berskala besar dan IKS juga menghadapi masalah buruh terutama sekali apabila terlaksananya skim gaji minimum RM 900.00. Syarikat yang tidak begitu berupaya membayar gaji buruh akan menghadapi penghijrahan keluar buruh dan sesetengahnya terpaksa bergantung kepada buruh import.



Sektor Tertier (Perkhidmatan)



Sektor tertier adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan dan telekomunikasi. penyimpanan, perkhidmatan utiliti (elektrik. gas dan air), perdagangan borong. runcit, pelancongan, hotel dan restoran, perkhidmatan kewangan, insurans dan bank, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang sudah jauh hubungannya dengan sumber alam kecuali aktiviti pelancongan.



Ciri-Ciri Sektor Ekonomi Tertier



·         Jenis aktiviti ekonomi: Meliputi semua bidang perkhidmatan seperti perkhidmatan pelancongan, pengangkutan dan telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan bank, perkapalan dan logistik, perdagangan, perkhidmatan kerajaan dan juga swasta.



·         Taburan. Sebahagian besar sektor perkhidmatan berada di bandar-bandar besar yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai yang memerlukan pelbagai jenis perkhidmatan.



·         Orientasi pengeluaran. Skala operasi samada kecil, sederhana atau besar bergantung kepada keupayaan syarikat untuk menyediakan kuantiti, kualiti dan liputan perkhidmatan. Syarikat kewangan antarabangsa misalnya mempunyai liputan perkhidmatan di seluruh dunia contohnya perkhidmatan bank, insurans dan perkhidmatan.



·         Ciri Penggunaan modal. Modal pusingan juga bergantung kepada keupayaan syarikat dan pemilikan syarikat samada secara individu, konsortium, GLC atau syarikat multinasional. Syarikat-syarikat yang besar memiliki keupayaan modal yang tinggi berbanding dengan syarikat kecil.



·         Ciri buruh dan kepakaran. Tumpuan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi samada di bidang pengurusan dan teknikal, penyelidikan dan pembangunan. Namun begitu terdapat juga tenaga buruh bukan profesional seperti peringkat penghantaran dan pengedaran dll.



·         Ciri teknologi yang digunakan. Penggunaan teknologi tinggi (Hi-Tech). Oleh itu ia amat mementingkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D). Teknologi tinggi juga di bawa bersama dengan tenaga pakar dan pelaburan modal khususnya dari syarikat multinasional.



Sumbangan Sektor Ekonomi Tertier Kepada Pembangunan Negara



·         Sumbangan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Pada masa kini sektor tertier (perkhidmatan) menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK negara. Keadaan ini sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang memasuki era k ekonomi.



·         Sumbangan kepada Pekerjaan dan Guna Tenaga. Pada masa kini sektor perkhidmatan juga menjadi 'majikan' terbesar kepada guna tenaga dalam negara. Justeru itu perkembangan pesat sektor perkhidmatan berjaya mengurangkan kadar pengganguran. meningkatkan pendapatan perkapita penduduk, menambahkan kuasa beli dan tabungan sekaligus meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup penduduk Malaysia.



·         Kesan Pengganda. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perkhidmatan turut membantu memajukan sektor ekonomi yang lain. Misalnya kemajuan sub sektor pelancongan (sektor tertier) turut memajukan industri kecil dan sederhana (sektor sekunder) seperti kraf tangan. batik. tembikar dan lain-lain



·         Meningkatkan kemajuan Teknologi dan R&D. Menggalakkan perkembangan teknologi dalam negara melalui program R&D. Sebagai contoh Teknologi nano diguna secara berleluasa dalam peralatan telekomunikasi, teknologi, internet tanpa wayar, teknologi GPS dll.

6 comments:

Unknown said...

cikgu saya nak tanya ape beza rantaian ekonomi dengan kesan pengganda.?

Unknown said...

Terbaik

Unknown said...

Ada tak masalah yang dihadapi oleh sektor ekonomi tertier

Unknown said...

Terima kasih, minta halal ya

silukshemyblog said...

Tq cikgu

Unknown said...

Terima kasih

Cuti2 Cameron 2013

Cuti2 Cameron 2013 Slideshow: Asmawi’s trip to Cameron Highlands was created with TripAdvisor TripWow!

Hari Keluarga Janda Baik, Bentong, Pahang 2011

Hari Keluarga di Janda Baik, Bentong, Pahang. Slideshow: Asmawi’s trip to Pahang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

TRIP TO LANGKAWI

Trip to Langkawi, Kedah Slideshow: Asmawi’s trip from Pahang, Malaysia to Langkawi was created by TripAdvisor. See another Langkawi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.