TEMA 4 SISTEM HIDROLOGI
Fasa Air dan Kitaran Hidrologi
Fasa Air
1
Air wujud dalam bentuk cecair
(air), pepejal (ais) dan gas (wap air).
2
Air berubah kepada beberapa fasa
seperti:
(a)
Proses kondensasi/pemeluwapan yang
menukarkan wap air kepada cecair
(b)
Pemejalwapan menukarkan pepejal
kepada wap air
(c)
Pencairan atau peleburan
menukarkan ais (pepejal) kepada air (cecair)
(d)
Pembekuan menukarkan air (cecair)
kepada ais (pepejal)
3.
Tiga fasa proses perubahan air dan
tenaga yang terlibat:
(a)
Fasa cecair
(i) Sejatan berlaku di permukaan bumi apabila menerima pancaran cahaya
matahari dan menukarkan badan air kepada wap air. Tenaga haba yang tinggi akan
menukarkan molekul air kepada wap-wap air.
(ii) Apabila wap air mencapai takat beku, air akan bertukar menjadi pepejal
atau hablur-hablur ais di atmosfera.
(b)
Fasa pepejal
(i) Perubahan bentuk pepejal kepada cecair apabila terdapat tenaga yang
berlebihan sehingga takat suhu lebur menyebabkan berlaku proses penyerapan
tenaga haba sebanyak 80 kalori bagi setiap gram ais yang dikenali sebagai haba
pendam lakuran (latent heat of fusion).
(ii) Perubahan bentuk pepejal kepada wap air menyebabkan berlaku proses
pemejalwapan, iaitu perubahan jirim kepada gas.
(c)
Fasa gas
(i) Melibatkan perubahan wap air dalam bentuk gas bertukar menjadi cecair
melalui proses pemeluwapan.
(ii) Perubahan berlaku apabila suhu sekitar rendah daripada takat beku
menyebabkan wap air bertukar menjadi hablur ais.
(iii) Pembebasan tenaga semasa wap air berubah menjadi pepejal lebih besar,
iaitu sebanyak 680 kalori bagi setiap gram air.
(iv) Apabila suhu menjadi lebih sejuk, zarah gas akan berubah menjadi
cecair.
Kitaran
Hidrologi
Kitaran hidrologi
ialah proses perubahan dan peredaran air yang berlaku secara berterusan dalam
sistem bumi seperti di atmosfera, litosfera dan hidrosfera. Kitaran ini
melibatkan perubahan bentuk air kepada cecair, gas dan pepejal.
Proses
Mendatar Kitaran Hidrologi
Alir lintang
atmosfera ialah proses pengumpulan wap-wap air di lapisan atmosfera dan membentuk
wap-wap air. Jisim udara mengalami proses penyejukan secara berterusan sehingga
takat beku dan bertukar menjadi cecair dan turun sebagai hujan.
1
Larian air permukaan
(a)
Larian air permukaan ialah baki
air hujan di permukaan bumi setelah berlaku proses susupan tanih, pintasan
tumbuhan dan sejatan. Air bergerak menuruni permukaan bercerun apabila kadar
air melebihi penyejatan dan susupan tanah.
(b)
Jenis tanah mempengaruhi kadar
susupan tanah seperti tanah liat dan lempung. Bagi tanah yang poros seperti pasir
dan gambut, kadar serapan tinggi berbanding tanah liat.
(c)
Cerun landai mempunyai kadar
susupan air permukaan yang lebih tinggi berbanding dengan cerun curam.
(d)
Hujan yang lebat menyebabkan air
larian air permukaan lebih tinggi.
(e)
Hujan yang berlaku secara musiman
dan lebat menyebabkan berlaku larian air permukaan.
(f)
Tumbuhan yang padat, tebal dan
mempunyai kanopi mempunyai kadar susupan air dan pintasan yang tinggi
berbanding hutan biasa yang nipis, proses susupan kurang berlaku dan larian air
permukaan adalah tinggi.
(g)
Lapisan permukaan bumi yang
berturap, bersimen dan berkonkrit terutama di kawasan pembandaran menyebabkan
air hujan tidak dapat menyusup masuk ke dalam tanah dan menjadi air larian
permukaan.
2
Larian air bawah tanah
(a)
Proses susupan dan resapan air
yang berlaku di bawah tanah setelah berlaku hujan dikenali sebagai larian air
bawah tanah.
(b)
Hujan yang turun dengan lebat
menyebabkan proses susupan air tanih menjadi cepat melalui proses mampatan. Air
hujan tidak dapat diserap masuk ke dalam tanah.
(c)
Tanih yang poros dan berongga
besar, kadar susupan air adalah tinggi seperti tanah pasir dan gambut
berbanding dengan tanah liat dan lempung yang mempunyai saiz dan ruang rongga
kecil yang mengurangkan proses serapan berlaku.
(d)
Struktur dan letakan batuan
mempengaruhi proses susupan air. Batuan yang retak membenarkan susupan air
berlaku terutama di kawasan tanah rata. Di kawasan yang bercerun curam, proses
resapan tidak berkesan.
(e)
Tanah yang gondol dan berongga
seperti di kawasan gurun, kadar serapan adalah tinggi kerana rongga-rongga air
yang besar berbanding dengan kawasan lembap mempunyai partikel tanah halus dan
rapat mengurangkan kadar serapan air.
(f)
Tumbuh-tumbuhan membantu proses
susupan air tanah terutamanya di kawasan hutan yang tebal dan padat. Kanopi,
aliran batang dan akar pokok menghalang larian air permukaan dan menggalakkan
proses susupan.
Proses
Menegak Kitaran Hidrologi
1 Proses sejatan
(a)
Proses pertukaran cecair kepada
wap air berlaku apabila suhu permukaan badan air lebih rendah berbanding dengan
suhu di atmosfera menyebabkan wap yang mengandungi tenaga diserap dari lautan,
tasik, sungai dan kolam.
(b)
Cahaya matahari yang dipancarkan
ke permukaan tasik, sungai, kolam, dan laut akan meningkatkan suhu airm Apabila
dipanaskan, wap air naik ke angkasa sehingga mencapai takat suhu beku dan turun
kembali ke bumi sebagai air hujan.
(c)
Sejatan yang berlaku di kawasan
tanah lembap berlaku apabila matahari memanaskan dan meningkatkan suhu
permukaan tanah berbanding dengan tekanan suhu udara sekitar yang rendah.
(d)
Pergerakan angin yang laju membawa
bersama arus suhu sejuk dan panas yang akan mempengaruhi proses sejatan.
(e)
Tekanan udara mempengaruhi kadar
sejatan. Jika tekanan udara tinggi, wap air yang tersejat di permukaan adalah
rendah.
(f)
Permukaan air yang luas seperti di
kawasan tasik, kadar sejatan lebih tinggi berbanding dengan di sungai.
(g)
Tekanan wap air yang tepu di
permukaan air meningkatkan kadar sejatan wap air di atmosfera. Sejatan lebih
berkesan di kawasan badan air tawar seperti sungai, taşik dan kolam berbanding
dengan laut yang mengandungi air masin.
2 Proses perpeluhan dan sejat-peluhan
(a)
Perpeluhan merujuk kepada
pembebasan wap air ke udara oleh tumbuhan, haiwan dan manusia melalui proses
respirasi.
(b)
Apabila cuaca menjadi panas, haiwan
dan manusia membebaskan haba melalui perpeluhan.
Manakala tumbuhan
membebaskan wap air melalui stoma daun.
(c)
Merujuk proses sejatan yang
berlaku serentak di antara lembapan tanih, permukaan air dan perpeluhan
tumbuhan yang menyebabkan berlaku kehilangan air secara terus ke udara.
(d)
Pada waktu siang, stoma-stoma daun
akan terbuka apabila terkena cahaya matahari menyebabkan proses transpirasi
mudah berlaku.
Penerimaan
cahaya matahari akan mempengaruhi proses perpeluhan tumbuhan. Pada waktu siang,
kadar perpeluhan lebih tinggi berbanding pada waktu malam atau hari mendung
kerana stoma daun akan berkembang dan meningkatkan kadar transpirasi.
(f) Kelembapan bandingan mempengaruhi proses sejatan dan transpirasi. Jika
kelembapan bandingan tinggi, kadar transpirasi dan sejatan berkurangan.
(g) Sejatan yang berlaku di permukaan air dan daratan dipengaruhi oleh
tiupan angin. Angin kering yang membawa wap air menyebabkan kadar sejatan
tinggi, kelembapan rendah dan transpirasi tinggi.
(h) Kadar sejatan dipengaruhi oleh sifat dan kualiti air seperti kemasinan
air laut, air yang keruh, kecetekan air dan keluasan kawasan berair.
(i) Permukaan tanah yang berwarna gelap seperti litupan tumbuhan hijau akan
menyerap lebih banyak pancaran cahaya matahari menyebabkan proses sejatan dan
transpirasi tinggi.
(j) Tumbuhan yang mempunyai daun yang beşar dan lebar serta menghadap
sinaran matahari menyebabkan proses transpirasi berlaku dengan cepat.
(k) Di kawasan hutan yang tebal, sejatan kurang berlaku kerana pancaran
cahaya matahari dan tiupan angin dihalang oleh kanopi pokok untuk sampai ke
bahagian permukaan tanah.
3 Pemeluwapan
(a) Pemeluwapan ialah proses penukaran wap air daripada bentuk gas kepada
bentuk cecair atau pepejal.
(b) Pertukaran kadar adiabatik pada ketinggian 1000 meter menyebabkan suhu persekitaran
mengalami penurunan. Wap-wap air akan menarik antara satu sama Iain dan
membentuk awan dan berubah menjadi cecair .
4
Pemejalwapan
Pemejalwapan
ialah proses perubahan jirim daripada pepejal kepada gas apabila dipanaskan
tanpa melalui keadaan cecair. Apabila dipanaskan, tenaga zarah pepejal
bertambah dan terbebas menjadi zarah gas.
5
Kerpasan
(a) Air yang mengalami proses pemeluwapan akan jatuh ke bumi dalam bentuk
cecair yang dikenali sebagai hujan.
(b) Wap-wap air yang terdapat di udara akan membentuk kumpulan awan,
apabila mencapai takat tepu, wap-wap air akan turun sebagai air hujan.
(c) Menurut teori Bergeron—Findeisen, kerpasan berlaku akibat perbezaan
tekanan wap dan suhu di permukaan dan bawah permukaan air menyebabkan berlaku
penepuan air serta membentuk wap-wap air.
(d) Wap-wap air ini tersejat dan melekat kepada hablur ais dan bertukar
menjadi titisan air.
(e) Teori pelanggaran pula melibatkan pelanggaran hablur ais dan
percantuman bintik ais ketika jatuh ke bumi. Bintik ais yang pelbagai saiz
jatuh ke bumi dengan kelajuan berbeza bercantum dengan bintik ais yang kecil
dan mengembang menjadi lebih besar.
(f) Hujan ialah cecair yang jatuh dari awan kumulonimbus yang terhasil
daripada proses pemeluwapan, percantuman bintik-bintik air dan membentuk awan.
Turun sebagai air hujan apabila mencapai takat beku.
(g) Wap air akan mengalami proses pembekuan apabila berada di bawah takat
beku dan dipanggil hujan batu.
(h) Air hujan yang mengalami pembekuan akan membentuk titisan air beku yang
kecil apabila hampir dengan permukaan bumi dikenali sebagai hujan beku kerana
lapisan udara yang sejuk
6
Pintasan atau cegatan silara
(a) Pintasan merujuk kepada kanopi atau silara pokok yang bertindak
menghalang titisan air hujan daripada jatuh ke bumi.
(b) Pintasan berfungsi untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah
dengan memperlahankan pergerakan air larian permukaan. Secara tidak langsung
simpanan air tanah menjadi bertambah.
(c) Saiz silara pokok yang besar berupaya menghalang lebih banyak air hujan
daripada terus jatuh ke permukaan bumi.
(d) Tekstur batang pokok yang lurus dan licin akan mempercepatkan aliran
air turun ke bumi dengan jumlah yang banyak.
(e) Intensiti hujan yang lebat dan tinggi dalam tempoh masa yang lama akan
mengurangkan kadar pintasan kerana storan air sementara di bahagian permukaan
tanah telah mengalami penepuan air.
7
Aliran batang
(a) Aliran batang ialah air hujan yang dialirkan ke bawah melalui lelehan
atau 'aliran batang'.
(b) Ketebalan kanopi pokok memerangkap lebih banyak air dan dialirkan
sebagai aliran batang.
(c) Kulit pokok yang licin dan kasar akan mempengaruhi aliran batang.
Jumlah air yang mengalir melalui kulit yang licin lebih banyak berbanding pokok
berkulit kasar kerana kurang berlaku resapan.
(d) Diameter batang pokok yang besar dan berlubang-lubang menyebabkan
proses aliran batang kurang. Pokok yang berlekuk-lekuk cenderung untuk menyerap
aliran air yang melaluinya.
(e) Struktur dahan dan kebasahan pokok cenderung untuk mempengaruhi aliran
batang. Dahan yang condong mempercepatkan proses aliran air turun melalui
batang.
8
Resapan
(a) Air dari permukaan bumi yang bergerak masuk ke bahagian dalam tanah
atau batuan dikenali sebagai resapan atau susupan.
(b) Air hujan atau salji akan meresap masuk ke bawah tanah sebagai air
bawah permukaan, air larian bawah tanah dan dialirkan ke sungai-sungai.
(c) Jika aliran air resapan berada jauh di bawah tanah dan berada dalam
takungan batuan ia akan membentuk takungan air yang dikenali sebagai akuifer.
9
Keberkesanan kerpasan
(a) Kawasan litupan hujan dipengaruhi oleh jenis hujan. Jika hujan bukit,
kawasan menerima hujan hanya di bahagian cerun berbanding dengan hujan monsun
timur laut di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia.
(b) Suhu panas terutama di kawasan yang beriklim tropika dan khatulistiwa
akan menggalakkan proses sejatan. Air daripada lembapan tanih, tasik, sungai dan
lautan akan tersejat melalui proses pemeluwapan ke atmosfera dan membentuk
bintik-bintik air dan turun sebagai hujan lebat terutama jika berlaku
pertembungan angin sejuk dan udara panas dari Kutub Utara dan tropika.
(c) Arah tiupan angin mempengaruhi kadar penerimaan hujan. Tiupan angin
monsun timur laut akan membawa hujan lebat di kawasan pantai timur manakala
angin monsun barat laut pula menyebabkan hujan lebat di kawasan pantai barat.
(d) Kadar penerimaan hujan berbeza mengikut jenis hujan dan tiupan angin yang
membawanya. Contohnya, hujan monsun timur laut membawa hujan lebat di pantai
timur Semenanjung Malaysia dengan tempoh masa 6 bulan berbanding hujan
perenggan.
(e) Di Malaysia, hujan turun dengan lebat pada musim tiupan angin monsun
timur laut dan angin monsun barat daya sehingga menyebabkan berlaku banjir di
kawasan pantai timur pada bulan November dan Mac. Ketika El-Nino, berlaku
fenomena kemarau kerana kekurangan hujan.
Edaran AirTanih
dan Imbangan Air
Edaran AirTanih
Konsep
Air Tanih
1
Edaran air tanih merujuk kepada
air yang berada di bawah permukaan tanah, iaitu air hujan dan salji yang
meresap masuk melalui liang-liang tanah dan rekahan batuan kemudian disimpan
sebagai air bawah tanah atau akuifer.
2
Air yang bergerak antara tanih
semasa proses resapan atau susupan dikenali sebagai air tanih. Pergerakan air
berlaku melalui liang-liang dan rekahan tanah secara menegak atau secara
mendatar.
Faktor yang Mempengaruhi Edaran AirTanih
1
Larian
air permukaan
(a) Pergerakan air yang berlaku di atas permukaan bumi secara menyeluruh
tanpa melalui saluran ige apabila berlaku hujan. Larian air permukaan berlaku
apabila air gagal diserap masuk ke dalam tanah kerana telah mengalami proses
penepuan.
(b) Mengalir bersama lumpur dan menutup liang-liang pori tanah menyebabkan
berlaku larian air permukaan.
(c) Bahan muatan yang dibawa semasa mengalir seperti batu-batu akan
menggores tanah dan membentuk alur kecil, kemudian bertukar menjadi parit kecil
dan akhirnya menjadi sungai.
(d) Kecerunan akan mempengaruhi kadar kelajuan aliran air permukaan melalui
alur atau sungai. Di kawasan yang rendah aliran permukaan akan membentuk tasik.
(e) Tanih yang poros atau telap air mempengaruhi aliran air permukaan. Air
yang tidak diserap akan mengalir sebagai air larian permukaan.
(f) Air permukaan yang bergerak dengan laju menyebabkan kadar serapan air
ke dalam tanah menjadi sedikit. Lebihan serapan air mengalir ke sungai, tasik,
kolam dan lautan.
(g) Kawasan yang berhutan tebal, larian permukaan berlaku dengan perlahan.
Akar pokok berperanan melakukan pintasan air begitu juga dengan kanopi pokok
yang menghalang air hujan jatuh terus ke lantai hutan.
2
Resapan
(a) Resapan merujuk kemasukan air ke dalam tanih secara menegak melalui
rongga-rongga tanih atau batuan.
(b) Liang-liang pori tanah mempengaruhi kadar serapan air tanih. Contohnya,
tanah liat mempunyai kadar serapan yang lebih rendah berbanding dengan tanah
pasir.
(c) Struktur partikel tanah yang besar dan longgar membenarkan proses
resapan lebih berkesan kerana terdapat ruang udara yang luas.
(d) Komposisi dan saiz partikel tanah yang terdiri daripada pelbagai jenis
campuran tanih lebih senang mengalami proses serapan berbanding jenis tanah
liat. Saiz batuan yang besar juga mempengaruhi proses resapan kerana mempunyai
ruang udara yang besar.
(e) Tanah di kawasan yang kering lebih senang mengalami proses resapan
kerana struktur tanah yang longgar berbanding dengan kawasan yang mempunyai
lembapan yang tinggi dan tepu.
(f) Hujan yang turun dengan lebat mempunyai kadar resapan yang sedikit berbanding
dengan hujan yang renyai-renyai.
(g) Resapan berlaku dengan berkesan di kawasan yang mempunyai litupan hutan
tebal berbanding dengan kawasan yang kurang tumbuhan.
(h) Aktiviti manusia yang menurap tanah, menyimen dan membina jalan
menghalang proses susupan air tanih.
3
Aliran air bawah tanah
(a)
Air mengalir secara perlahan di
antara liang-liang batuan di bawah permukaan tanah kerana perbezaan tekanan dan
kecerunan yang dilalui.
(b)
Air hujan dari permukaan yang
menyerap masuk ke dalam tanah dikenali sebagai infiltrasi.
(c)
Perkolasi pula ialah air yang
disaring oleh pori-pori tanah dan disimpan sebagai air bawah tanah.
(d)
Jumlah simpanan air bawah tanah
dipengaruhi oleh faktor seperti intensiti hujan, keporosan tanah, litupan
tumbuhan dan ketelapan tanah.
(e) Intensiti hujan yang lebat kurang berlaku resapan aliran air bawah
tanah disebabkan kadar larian permukaan yang tinggi berbanding hujan
renyai-renyai.
(f) Hutan yang tebal dapat meningkatkan kadar serapan kerana proses halaju
air dikurangkan dan air dapat meresap masuk ke dalam tanah. Proses serapan
berlaku dengan lebih tinggi.
(g) Keporosan dan ketelapan air mempengaruhi susupan air ke bawah tanah.
Kawasan yang mempunyai kadar keporosan yang tinggi menyebabkan kadar susupan
lebih tinggi berbanding dengan tanih yang telap air seperti tanah liat.
(h) Batuan yang keras tidak menggalakkan berlaku proses susupan air
berbanding dengan batuan yang lembut dan mengalami retakan. la memudahkan air
menyusup masuk ke dalam tanah.
4
Simpanan air bawah tanah
(a)
Air yang diserap dan disimpan di
bawah permukaan tanah yang dikenali sebagai akuifer (air bawah tanah).
(b)
Simpanan air bawah tanah berfungsi
sebagai pengawal air secara semula jadi dengan menyerap air masuk ke dalam
tanah ketika hujan dan menyalurkan air ke sungai semasa musim kemarau.
(c)
Simpanan air bawah tanah akan
mengalami pengurangan akibat berlaku tarikan air permukaan oleh cahaya matahari
dan tumbuhan.
(d)
Air simpanan bawah tanah akan
menjadi tepu apabila liang tanih tidak mampu menyimpan air. Kelembapan tanih
mempengaruhi jumlah simpanan air bawah tanih terutama pada musim kemarau.
5
Keporosan
(a)
Merujuk kepada ruang rongga udara
yang terdapat antara tanih yang menyebabkan air boleh mengalir masuk.
(b)
Saiz partikel tanah yang kecil
akan mengurangkan kemasukan air kerana liang-liang tanah yang kecil. Semakin
besar saiz partikel semakin tinggi tahap keporosan air.
(c)
Struktur susunan partikel yang
longgar dan jarang-jarang mempunyai liang-liang udara yang besar membolehkan
air masuk dengan banyak.
(d)
Komposisi saiz partikel yang
pelbagai menyebabkan keporosan rendah kerana partikel yang kecil menutupi
ruangan poros yang besar.
6
Ketelapan
(a)
Ketelapan merujuk kepada kebolehan
air menyerap masuk ke dalam tanah.
(b)
Apabila liang pori tanah semakin
besar, kadar ketelapan menjadi semakin tinggi.
(c)
Liang pori tanah yang besar
menyebabkan kadar ketelapan air yang tinggi. Tanah pasir mempunyai liang pori
yang besar berbanding dengan tanah liat yang lebih kecil liang porinya.
(d)
Struktur susunan partikel yang
longgar dan jarang-jarang mempunyai liang-liang pori yang besar membolehkan air
masuk dengan banyak menyebabkan kadar ketelapan tinggi.
(e)
Komposisi saiz partikel yang
pelbagai menyebabkan ketelapan air rendah kerana partikel yang kecil menutupi
ruangan poros yang besar.
7
Akuifer
(a)
Akuifer merujuk kepada air yang
masuk secara perlahan-lahan melalui liang-liang pori tanah dan rongga batuan
lalu membentuk takungan air batuan.
(b)
Akuifer membekalkan air bawah
tanah melalui mata air dan aliran air bawah tanah ke sungaisungai.
(c)
Akuifer berperanan mengawal air
permukaan tanah apabila berlaku hujan lebat dengan menyerap dan menyimpan air
di bawah tanih dan mengalirkan kembali air pada musim kemarau.
(d)
Air yang disimpan dalam batuan
granit dikenali sebagai akuifer tidak membenarkan air keluar.
(e)
Batuan yang boleh menyimpan dan
menyalurkan air bawah tanah dikenali sebagai akuiduk (aquiduct) seperti batuan
syal dan tanah liat.
(f)
Batuan yang poros dan telap air
menentukan keupayaan batuan menyerap dan menyimpan air sebagai air bawah tanah.
(g)
Batuan berupaya menahan air yang
mengalami tahap tepu daripada mengalir keluar dari akuifer.
(h)
Akuifer berupaya mengeluarkan dan
mengalirkan air pada masa tertentu atau menyimpannya sebagai simpanan air bawah
tanah.
Imbangan
Air
1 Konsep imbangan
air ialah berkaitan dengan lebihan air dan kurangan air.
(a)
Imbangan air merujuk kepada jumlah
air yang diterima oleh permukaan bumi (masuk) sama banyak dengan jumlah
kehilangan air di permukaan bumi dan atmosfera (keluar).
(b)
Imbangan air dikira berdasarkan
formula berikut:
P = ET + dST + S di mana,
P :
Jumlah air yang diterima daripada kerpasan
ET : Jumlah air yang hilang melalui proses
sejat-peluhan
dST : Air yang diterima atau hilang dari
lapisan-lapisan tanah
S : Air yang berlebihan atau storan
(simpanan) air
Imbangan Air Positif (Banjir)
1
Lebihan air bermaksud jumlah
kerpasan (hujan) melebihi kadar sejatan yang menyebabkan berlakunya banjir.
2
Banjir ialah limpahan air daripada
tebing yang melebihi daya tampung seperti tasik, kolam dan sungai.
3
Lebihan air akan menyebabkan:
(a)
Banjir sungai berlaku kerana alur
sungai tidak mampu menampung jumlah air yang banyak disebabkan hujan lebat atau
pencairan salji. Air banjir ini akan melepasi tebing sungai dan menenggelamkan
kawasan rendah.
(b)
Banjir lautan berlaku kerana
dipengaruhi oleh ribut yang berlaku di lautan. Ribut ini membawa hujan lebat
dan menenggelamkan kawasan daratan yang rendah di pinggir pantai.
(c)
Pencairan ais dan peningkatan
jumlah hujan menyebabkan tasik mengalami banjir terutamanya pada musim sejuk.
4
Faktor yang mempengaruhi kejadian
banjir:
(a)
Tindakan manusia meneroka sumber
hutan untuk tujuan pertanian, perindustrian, pembalakan dan pelancongan telah
memusnahkan fungsi hutan sebagai tempat simpanan air. Hujan membawa bersama
bahan mendak dan dimendapkan di sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek.
(b)
Hujan lebat yang luar biasa
menyebabkan berlakunya banjir ketika musim tiupan angin monsun timur laut di
pantai timur Semenanjung Malaysia.
(c)
Tiupan angin chinook dan perubahan
musim bunga dan musim panas menyebabkan pencairan salji di negara yang
mengalami iklim hawa sederhana seperti di Kanada.
(d)
Fenomena La-Nina menyebabkan
berlaku peningkatan jumlah hujan kerana tiupan angin lembap dari Lautan Pasifik
yang menurunkan hujan yang lebat ke kawasan daratan menyebabkan berlaku banjir.
(e)
Kejadian gempa bumi, hentaman
meteorit dan letusan gunung berapi dasar lautan akan menyebabkan berlaku
tsunami. Tsunami bergerak dengan laju dan semakin perlahan apabila menghampiri
pantai yang akan menyebabkan berlaku banjir besar.
(f)
Letusan dan gegaran gunung berapi
menyebabkan air yang terdapat di dalam empangan dan kolam akan melimpahi
tebing. Jika berlaku di kawasan beriklim sejuk, aliran magma gunung berapi akan
mencairkan ais dan memendapkan bahan sedimen ke dalam sungai menjadikan sungai
semakin cetek dan mudah berlaku banjir.
5
Kesan lebihan air:
(a)
Memusnahkan kawasan pertanian
seperti tanaman padi dan tembakau.
(b)
Mengganggu kegiatan perikanan
terutamanya nelayan pinggir pantai pada bulan November kerana tiupan angin
kencang dan ombak besar.
(c)
Jalan raya dan landasan kereta api
ditenggelami air menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas dan jalan
perhubungan terputus. Contohnya, banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun
2014.
(d)
Pada musim banjir, kedatangan
pelancong berkurangan kerana banyak jalan perhubungan terputus dan menghalang
aktiviti luar pelancong.
(e)
Mengganggu aktiviti harian
penduduk seperti berniaga, sekolah dan hospital kerana premis dinaiki air.
(f)
Air sungai yang keruh dan
berkelodak memusnahkan hidupan akuatik serta siratan makanan turut terjejas
kerana lumut dan rumpair dihanyutkan air deras.
(g)
Hujan yang lebat menyebabkan
berlaku runtuhan dan hakisan tanah. Tanah tidak berupaya menyerap air kerana
tepu dan mengalir sebagai air permukaan. Lebihan air tanah menyebabkan berlaku
tanah runtuh, pokok tumbang dan hakisan cerun.
(h)
Banjir membawa bersama bahan
mendapan seperti kelodak, batu kelikir dan lumpur serta memendapkan bahan
tersebut di dalam alur sungai. Sungai menjadi cetek dan menghalang laluan
kapal, perahu dan bot nelayan.
(i)
Hujan yang lebat menyebabkan
berlaku larian air permukaan yang laju dan menghakis permukaan cerun, pinggir
bukit dan pinggir sungai.
6 Langkah
mengurangkan banjir:
(a) Pembinaan terusan akan dapat mengurangkan jumlah dan isi padu air di
dalam sungai dan tasik. Terusan sebagai alternatif menyalurkan air lebihan bagi
mengelakkan berlaku banjir seperti pembinaan terowong SMART.
(b) Pembinaan empangan dapat mengatasi masalah banjir besar disebabkan
hujan lebat. Empangan bertindak sebagai storan lebihan air dan digunakan untuk
kegunaan domestik, perindustrian dan penjanaan kuasa hidroelektrik.
(c) Sungai yang berliku dan cetek mudah berlaku banjir. Kerja-kerja melurus
dan mendalamkan alur sungai dapat mengatasi masalah banjir.
(d) Setiap projek pembangunan yang diluluskan terutama melibatkan kesan
alam sekitar perlu menyediakan laporan EIA bagi memastikan alam sekitar
terpelihara.
Imbangan Air Negatif (Kemarau)
1
Imbangan air negatif merujuk
bekalan air yang semakin berkurangan dalam sesebuah negara dalam tempoh masa
tertentu.
2
Kemarau merujuk kepada jumlah
sejat-peluhan melebihi jumlah kerpasan dalam jangka masa yang tertentu.
3
Terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi kurangan air:
(a) Suhu yang panas dan kering mempengaruhi proses sejat-peluhan dan
pemeluwapan.
(b) Jumlah hujan yang turun semakin berkurangan menyebabkan tanah kurang
kelembapan dan sejat-peluhan kurang terjadi, Ini mengganggu proses pemeluwapan
dan pembentukan hujan.
(c) Perubahan dan halaju angin mempengaruhi kadar penerimaan hujan. Kawasan
yang sepatutnya menerima hujan dipesongkan aliran angin ke arah lain
menyebabkan kawasan tersebut kemarau.
(d) Fenomena El-Nino menyebabkan negara mengalami kemarau. Angin timuran
yang sepatutnya membawa hujan lebat ke Malaysia mengalami pemesongan dan menurunkan
hujan di Ecuador dan Chile.
(e) Penerokaan hutan secara besar-besaran untuk tujuan ekonomi telah
menjejaskan kitaran hidrologi. Walaupun suhu dan sejatan tinggi, tetapi
kelembapan udara rendah akan mengurangkan hujan.
Kesan Kurangan Air
1
Kemarau yang panjang menyebabkan
manusia mengalami kehilangan air dalam badan.
2
Hidupan akuatik seperti alga,
lumut dan rumpair akan terjejas dan ini akan memberi kesan kepada hidupan air
yang lain seperti udang dan ketam.
3
Suhu panas yang melampau
mendedahkan hutan kepada kebakaran semula jadi dan memusnahkan ekosistem.
4
Suhu panas menyebabkan udara
menjadi kering dan kurang mengandungi wap-wap air yang membentuk bintik hujan
menyebabkan kekurangan hujan.
5
Simpanan air dalam tanah
berkurangan kerana berlaku proses sejat-peluhan dan penyaluran air bawah tanah
ke sungai, tasik dan kolam.
6
Aktiviti harian dan ekonomi
penduduk terjejas kerana kekurangan sumber air. Aktiviti berkelah, melancong
dan pemprosesan makanan tidak dapat dijalankan.
Langkah Mengatasi
Masalah Kurangan Air
1
Kawasan tadahan air perlu
dikekalkan dengan mewartakan hutan simpan sebagai hutan simpanan kekal bagi
memastikan bekalan sumber air terpelihara.
2
Menggunakan sumber air bawah tanah
terutamanya di Kelantan dapat mengatasi kurangan air kerana kos yang murah.
3
Memproses air lombong dan tasik
untuk digunakan oleh penduduk bagi kekurangan
air. Pemprosesan dan rawatan air lombong dapat mengatasi masalah bekalan äir seperti
di Selangor.
4
Mengitar semula air yang digunakan
melalui proses rawatan kegunaan domestik, perindustrian dan pembinaan.
Contohnya, Singapura yang merawatdäll n kembali air buangan domestik dikenali
sebagai NEWater.
5
Melakukan pembenihan awan dengan
menyembur larutan garam di udara bagi menarik bintik-bintik air seterusnya
membentuk awan dan turun sebagai hujan.
6
Kekurangan air dapat diatasi
melalui penyaluran air terowong. Contohnya, empangan Klang Gates memperoleh
sumber air dari Sungai Benus, Pahang.
7
Menjalankan kaedah catuan air bagi
mengatasi kekurangan air seperti yang dilakukan oleh Puncak Niaga dan SYABAS.
Variasi Imbangan Air Mengikut Ruang dan Masa
1.
Wap
air membawa hujan berbeza mengikut latitud. Di kawasan yang beriklim
khatulistiwa, pertemuan angin timuran utara dan selatan banyak membawa wap air
dan menurunkan hujan berbanding dengan kawasan latitud lebih 100 utara
dan selatan.
2.
Kawasan
lindungan angin kurang mendapat hujan berbanding yang menghadapnya.
3.
Perubahan
musim juga menyebabkan perbezaan imbangan air mengikut ruang dan masa. Pada
musim ekuinoks, solstis musim panas dan solstis musim sejuk, angin membawa
hujan yang lebat di kawasan yang terlibat seperti China, Filipina dan Thailand.
4.
Fenomena
El-Nino dan La-Nina mempengaruhi angin yang membawa wap air ke Malaysia akibat
perubahan arus panas di Lautan Pasifik. La-Nina akan menurunkan hujan lebat di
Malaysia.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Variasi Imbangan Air
1.
Di
kawasan tanah tinggi, kadar susupan air tanah rendah kerana berlaku air larian
permukaan yang menuruni cerun yang tinggi. Di kawasan tanah rendah susupan air
banyak berlaku kerana aliran air yang perlahan.
2.
Kawasan
yang menghadap angin akan menerima lebih banyak hujan daripada kawasan
lindungan hujan.
3.
Kadar
penerimaan hujan di sesuatu kawasan menyebabkan berlaku lebihan atau kurangan
air. Kawasan yang menerima hujan yang lebat akan meningkatkan kadar sejatan.
4.
Bentuk
topografi mempengaruhi penerimaan air hujan. Tanah rendah susupan air lebih
banyak berlaku dibandingkan dengan kawasan tanah tinggi.
- Tumbuhan membantu proses susupan air melalui cegatan silara dan aliran batang. Sejat-peluhan membebaskan wap air melalui liang-liang stoma daun yang membentuk wap air.
- Bentuk dan struktur batuan mempengaruhi susupan air tanah. Batuan yang merekah, bersifat kasar dan telap air membenarkan air melaluinya.
Kaitan
Sistem Hidrologi dengan Manusia
Kepentingan Air
Kepentingan
|
Huraian
|
Bekalan air domestik
|
Menggunakan sumber air
untuk kegunaan isi rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan minuman.
|
Pertanian - pengairan
|
Air digunakan untuk
mengairi kawasan pertanian seperti padi sawah.
|
Perikanan - akuakultur
|
Kawasan penternakan
ikan seperti di kolam, tasik, sungai.
|
Perindustrian
|
(a)
Pencuci dalam industri kertas
dan petrokimia.
(b)
Menyejukkan enjin dan generator kilang
atau kenderaan.
(c)
Digunakan dalam industri kecil
dan sederhana seperti dalam pembuatan batik
|
Penjanaan tenaga
elektrik hidro.
|
Penjanaan kuasa hidroelektrik bagi menggantikan sumber petroleum dan
arang batu.
|
Pengangkutan
|
Sebagai
jalan perhubungan antara kawasan bandar dengan pedalaman. Contohnya seperti
Sungai Rajang di Sarawak.
|
Pelancongan
|
Aktiviti
pelancongan dan rekreasi seperti Lata Kinjang di Perak dan Taman Rimba
Templer di Selangor.
|
Gangguan
Imbangan Air terhadap Aktiviti Manusia
Kemarau
1
Operasi kilang akan terjejas
kerana kekurangan air bagi menjalankan operasi seperti kilang memproses makanan
dan elektronik.
2
Sumber air yang berkurangan akan
menghalang aktiviti berkaitan dengan air seperti berkelah. Pelancong asing
berkurangan kerana suhu yang tinggi menyebabkan mereka tidak selesa.
3
Aktiviti penternakan akan terjejas
kerana padang ragut kekurangan rumput, menjadi kering dan mati. Binatang
ternakan juga akan mati kerana ketiadaan air untuk minum.
4
Sungai yang dijadikan jalan
perhubungan menjadi cetek, kering dan menghalang pergerakan perahu, bot dan
feri.
5
Aktiviti perniagaan juga turut
terjejas kerana kekurangan air dalam penyediaan makanan dan minuman. Pendapatan
penjual atau penjaja turut terjejas.
6
Kekurangan sumber air dalam aktiviti
pertanian menyebabkan tanaman menjadi layu, kekuningan dan mati. Air penting
dalam proses pembesaran pokok.
7
Penternakan ikan dalam sangkar dan
kolam turut terjejas kerana kekurangan air atau kering Ternakan udang dan ikan
tidak dapat dijalankan dan mati.
Banjir Musiman/Monsun
1
Negeri Kelantan, Terengganu dan
Pahang menerima hujan yang lebat pada bulan November hingge Mac ketika tiupan
angin monsun timur laut menyebabkan berlakunya banjir. Bencana tersebul
memusnahkan kawasan tanaman padi dan sayur-sayuran.
2
Lautan bergelora dan angin kencang
menghalang kegiatan nelayan pinggir pantai untuk menangkap ikan dan memusnahkan
kawasan ternakan ikan sangkar dan kolam.
3
Banjir besar memusnahkan jaringan
pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, kereta api lapangan terbang
dan jambatan.
4
Pulau-pulau pelancongan kurang
dikunjungi oleh pelancong kerana angin kencang dan lau bergelora seperti di
Pulau Redang dan Pulau Tioman untuk aktiviti menyelam.
5
Industri membuat batik, keropok
dan ikan masin akan terjejas kerana kekurangan ikan dan cahaye matahari untuk
aktiviti menjemur.
6
Aktiviti perniagaan, pendidikan
dan perkhidmatan terjejas kerana ditenggelami Oleh banjir
7
Banjir Kilat
8
Menenggelamkan jalan pengangkutan
dan perhubungan terutamanya di kawasan bandar yang padat seperti di Kuala
Lumpur.
9
Menenggelamkan kawasan
perindustrian menyebabkan kilang-kilang terpaksa ditutup.
10
Kawasan perniagaan terpaksa
ditutup kerana ditenggelami air dan menjejaskan pendapatan penduduk. Contohnya
seperti di Kajang, Selangor.
11
Penternakan ikan sangkar dan kolam
akan musnah ditenggelami air. Ikan terlepas dari sangkar dan sangkar mengalami
kerosakan.
12
Pelancong terperangkap dalam
banjir kilat dan menghalang mereka untuk bergerak ke tempat lain.
13
Aktiviti harian penduduk terjejas.
Sekolah, hospital dan bank terpaksa ditutup kerana berlaku limpahan air.
Penyesuaian Manusia terhadap Kurangan Air dan Lebihan
Air
1
Hujan tiruan dilakukan oleh pihak
berkuasa dengan menyembur lautan garam yang bertindak sebagai nukleus
higroskopik bagi menarik bintik-bintik air dan membentuk awan kumulonimbus bagi
mencapai tahap tepu dan turun sebagai air hujan.
2
Pembinaan sistem pengairan dapat
membantu masalah kurangan dan lebihan air. Bagi kawasan yang sering dilanda banjir
kilat seperti di Kajang dan Kuala Lumpur, langkah membina terowong SMART,
membesarkan sungai dan parit dapat membantu mengurangkan banjir kilat.
3
Kegiatan penyahhutanan menyebabkan
berlaku kekurangan air dan berlaku proses penggondolan. Tanah-tanih menjadi
kering, proses sejatan dan sejat-peluhan tumbuhan kurang menyebabkan berlaku
kemarau. Penanaman semula pokok dapat meningkatkan sejatan air.
4
Menggunakan sumber air bawah tanah
bagi mengatasi kurangan air seperti di Kelantan. Selain itu, proses penyahgaraman
air laut melalui proses penyulingan dapat mengurangkan masalah kurangan air.
5
Menjalankan catuan air di kawasan
yang terlibat dengan gangguan air seperti yang berlaku di negeri Selangor yang
dijalankan oleh SYABAS dan Puncak Niaga disebabkan oleh kekurangan sumber air
dari Empangan Langat dan Klang Gates.
6
Memberikan kesedaran kepada
pengguna dengan menjalankan kempen penjimatan air melalui media massa dan media
cetak.
7
Langkah pendidikan kepada pengguna
bagi mengelakkan pembaziran sumber air yang berlebihan, kenaikan tarif air
dapat membantu dalam mengurangkan pembaziran air.
8
Langkah penstrukturan dengan
membina lebih banyak empangan, parit, terusan, dan tangki air di kawasan yang
berpotensi banjir dan disimpan dan disalurkan kembali sebagai air minuman,
kegunaan kilang dan pengairan. Contohnya, pembinaan Empangan Pedu di Kedah yang
turut digunakan sebagai sumber air pengairan sawah padi.
2 comments:
Nota yang padat
mantul
Post a Comment